Saturday, 31 December 2011

Macam Best

Macam Best


Biodata Penuh Johan Asari

Posted: 30 Dec 2011 10:45 PM PST

Biodata Johan Ariff Asari

Nama : Johan Ariff Asari
Umur : 25 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pendidikan: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
Kebolehan: menghafal 1 setengah juzuk al quran
Seorang yang kelakar dan peramah, suka merendah diri
Watak Botak dalam Juvana : Botak ialah seorang remaja berusia 17 tahun, anak luar nikah yang menjadi mangsa dera bapa yang kaki botol.  Akhirnya Botak jadi suka  memberontak dan membuli.

 

Incoming search terms:

  • johan asaari (14)
  • johan ashaari (5)
  • johan asaari biodata (5)
  • biodata johan ashaari (4)
  • biodata johan as\ari (3)
  • johan asari profile (2)
  • BIODATA JOHAN ASAARI (1)
  • nama penuh johan asari (1)
  • johan as\ari biodata (1)
  • johan ariff datuk ashaari (1)

Os Terus Bawa Teksi Selepas Osbon Juara MLM

Posted: 30 Dec 2011 08:45 PM PST

Os Terus Bawa Teksi Selepas Osbon Juara MLM

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan duo Osbon, Mr. Os akan terus menjadi pemandu teksi biarpun muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan memenangi hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Menurut pelawak dan pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Santan Berlada pada awal tahun 1980-an itu, dia akan menggunakan wang kemenangan yang akan dikongsinya bersama pasangannya, Abon selepas menjuarai pertandingan anjuran Astro Warna tersebut.

"Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini.

"Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil," katanya.

Os berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya final MLM yang menyaksikan kumpulan Boboi muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM250,000, tempat ketiga Saehu (RM150,000) dan pemenang keempat Syok (RM50,000).

Pada pertandingan yang menggunakan sistem pemarkahan 70 peratus daripada para pengkritik dan 30 peratus lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton itu, Osbon mendapat 31.1 peratus markah, Boboi (29.3), Saehu (22) dan Syok (17.5).

Sementara itu, Abon pula berkata dia dan Mr. Os tidak berasa kecil hati biarpun sepanjang menyertai MLM mereka pernah dikritik teruk oleh pengkritik pertandingan itu terutamanya Datuk Chef Wan tetapi berkat kesabarannya ia membuahkan hasil.

"Dalam tiga minggu pertama menyertai MLM kami memang dikutuk teruk menyebabkan kami terpinga-pinga. Saya mulanya seperti tidak boleh terima bagaimana seorang tukang masak seperti Chef Wan mengkritik lawak kami sedangkan dia bukannya pelawak.

"Begitu juga misalnya dengan Zainal Abidin Hassan seorang pemain bola sepak. Apa yang dia (Zainal) tahu tentang lawak jenaka? Tetapi kami terima kritikan mereka dengan hati terbuka dan menyahut cabaran serta kritikan itu bagi menunjukkan bakat sebenar kami," jelasnya.

Semakan Keputusan Permohonan Sekolah menengah teknik 2012

Posted: 30 Dec 2011 07:43 PM PST

Semakan keputusan permohonan sekolah menengah Tenik ke tingkatan 4 boleh disemak mulai sekarang. Kepada calon PMR 2011 anda boleh membuat semakan melalui butiran yang diberikan dibawah.

Semakan Permohonan KV SMT SMV

  • Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
  • Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke KV, SMT dan SMV 2012 adalah di http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

pemenang Maharaja Lawak Mega Osbon-Video

Posted: 30 Dec 2011 07:40 PM PST

Yeaah, seperti yang aku jangkakan. tahniah kepada Osbon kerana menjadi juara Maharaja Lawak Mega. Memang tidak dinafikan, lawak yang dibawa oleh Osbon memang terbaik dari minggu pertama hinggalah minggu final.

Mereka membawa pulang wang bernilai RM 350,000. Fuhhh, banyak tu . Seorang dapat RM175,000..

tahniah sekali lagi kepada Osbon, dan tidak lupa juga Naib juara Boboi, tempat ke 3 Saehu, dan tempat ke 4 Syok.

Moga lepas ni semua mereka ni akan lebih sukses lagi.

Meh tengok 1 video dari Osbon masa final tu.

www.youtube.com/watch?v=zkgrt1Cpy1w

Incoming search terms:

  • mahara lawak mega (1)

Malaysia Vs Liverpool

Posted: 30 Dec 2011 07:50 AM PST

   Dah selesai malam tadi perlawanan antara Malaysia VS Arsenal. Dan Malaysia kecundang di tangan Arsenal dengan kedudukan mata 4-0.

  Walaupun Malaysia kecundang ianya bukanlah penghancur semangat untuk mereka, seharusnaya itu dijadikan penanda aras di masa akan datang.

16 Julai ni pulak, Malaysia sekali lagi akan berhadapan dengan kelab terkemuka dunia iaitu Liverpool. Bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Aku ucapakan semoga berjaya kepada pasukan negara pada perlawanan tersebut..
nak dapt tiket free untuk perlawanan Malaysia vs Chelsea? klik sini

P/s: aku menjangkakan keputusan ialah 3-0….hehehe tak payah nak cakap kan mana yang 0 tu..hehe
p/s: yang penting kalahkan Singapura nanti..tak sabar nak tengok Malaysia vs singapura

Jom buat duit dengan says.my, RM20 dalam masa 3 hari.

Posted: 29 Dec 2011 07:50 PM PST

Jom, aku nak menyeru kepada semua rakayat malaysia, kepada yang nak kan pendapatan tambahan tanpa modal, jom join Says.my.. says.my ni dulu nama dia youthsays, tapi sekarang dah tukar jadi says.my.

konsep yang diguna pakai di dalam says.my ni sama sahaja seperti konsep dalam churp2.
Dimana setiap klik yg kita dapat akan diberi ganjaran RM 0.20. banyak ke sikit?

Wei, banyak tu. Cuba dalam sehari ada 10 orang klik iklan tu, kan dah RM 2. Kaalau sebulan? Dapatlah cashout. Sapa nak bagi duit free kan.

Okaylah, aku dah join says.my ni sejak zaman youthsays. Tapi aku baru aktif 3 hari lepas. Aku start dari RM 0.00. n sekarang dah meningkat jadi RM 19.60 dalam masa 3 hari. Berbaloi ke tak? Bagi aku kira oklah tu.

Apa? nak bukti?oklah…ni dia screenshot earning aku.

Siap dapat badge ninja lagi tu..hehehe

Sebenarnya ada yang lebih otai, boleh dapat RM 20-50 dalam sehari juga tau.
 Aku  tak kisah sangat lah, yang penting setiap hari ada duit masuk.Walaupun 20sen/hari aku tetap meghargainya..
Untuk join benda ni, klik sini. Join dah start dapat earning pertama korang…
untuk churp2 join sini
Okay, nanti lepas ni aku nak share cara yang aku guna untuk dapat earning dalam masa 3 hari kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment