Macam Best |
- Yusry Kenali Hati Budi Lisa Melalui BlackBerry Messenger (BBM)
- Masjid dah berubah
- Alat Muzik Tradisional Di Malaysia
- Cara meletakkan link yang sama di dalam setiap post
- Sampul duit raya bertemakan bersih
- Duit Syiling Baru ada Kaitan Dengan Israel??
- Rekod terbaru pergigian: Sel stem tikus menumbuhkan gigi
- Video Gol Kontroversi Malaysia VS Chelsea
- Post guna android
- Cara Update status lebih dari 420 karakter
Yusry Kenali Hati Budi Lisa Melalui BlackBerry Messenger (BBM) Posted: 25 Dec 2011 03:12 AM PST ![]()
PUTRAJAYA: Penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim memberitahu menggunakan medium teknologi sebagai salah satu cara mendalami hati budi bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani. Yusry berkata, hampir setahun dia dan Lisa banyak berbual-bual mengenai pelbagai perkara menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum benar-benar serius dalam hubungan mereka. “Sebelum ini kami hanya terserempak di majlis-majlis hiburan sahaja dan benar-benar berbual antara satu sama lain apabila Lisa datang ke pejabat saya untuk berbincang mengenai kerja. “Dari sejak itu kami mula rapat sehinggalah ke tahap ini,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman tarikh perkahwinan pasangan itu di Putrajaya, Sabtu. Yusry berkata, dia berasa selesa berkawan dengan Lisa kerana dia seorang yang lemah lembut, peramah dan begitu mengambil berat mengenai dirinya. Ujarnya, dia bertambah selesa berkawan dengan bakal isterinya itu apabila tujuan dan objektif mereka dalam perhubungan adalah sama. “Saya tidak mahu main-main apabila menjalinkan hubungan kerana matlamat saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai seseorang yang mengambil berat dan akan menjaga saya sehingga akhir hayat. “Lisa juga begitu dan faktor itu membuatkan saya lebih selesa dan ingin memperisterikannya,” ujarnya. Dalam pada itu, Yusry berkata, sejak awal bertemu dengan Lisa dia sudah terpaut hati dan faktor itu telah menggerakkan dirinya untuk lebih mengenali lisa. Katanya, dia bukan sahaja terpaut dengan Lisa tetapi juga dengan ahli keluarganya. ![]()
“Perkahwinan bukan sahaja melibatkan dua pasangan tetapi seluruh keluarga. Tidak sampai setahun kami bercinta saya sudah berjumpa dengan keluarganya dan begitu juga dia. “Nyata keserasian kami terhadap keluarga kedua-dua belah pihak cukup baik dan cukup menyenangkan saya,” katanya. Sementara itu, walaupun sedikit fobia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis, Lisa berkata, kualiti bakal suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan merendah diri telah membuatkan hatinya terpaut pada lelaki berusia 38 tahun itu. Malah katanya, Yusry pada awal perkenalan mereka bukanlah seorang terburu-buru atau pun ‘gatal’ yang membuatkan dirinya selesa. “Pada awal perkenalan dulu abang (Yusry) tidak pernah menggatal dengan saya atau sesuatu perbualan itu menjurus ke arah itu. “Kami lebih banyak BBM mengenai kerjaya, filem dan sebagainya dan dia sangat menghormati saya sebagai wanita,” ujarnya. Terdahulu, pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari depan selepas keluarga Yusry menghantar rombongan merisik kepada Lisa pada Jumaat malam. Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). sumber:mstar |
Posted: 24 Dec 2011 11:43 PM PST alhamdulillah, setelah sekian lama masjid kampung aku ni tak berubah, akhirnya, hari ni ada jugalah perubahan. Dah makin cantik , warna biru putih. Agaknya dah nak dekat puasa kan, jadi itu adalah antara satu strategi nak tarik pengunjung/jemaah ke Masjid itu. Memang benarlah orang kata, selalunya luaran itu mencerminkan dalaman. Tetapi dont judge a book by its cover. hehe. Kadang-kadang 1st impression itu penting untuk kita bagi gambaran kasar mengenai sesuatu itu, tidak kiralah sebuah buku, orang, blog, gadeget dan sebagainya.. Selalunya dalam kes dalam dunia blog, 1st impression itu juga penting. Orang akan lihat template / theme blog tersebut. Selalunya bagi aku sendiri, jika blog tersebut banyak sangat lip lap lip lapnya, aku dengan tak teragak-agak akan tinggalkan blog itu tanpa dapat membaca isi dalam blog tu. Yelah, dah mata berpinar-pinar dengan blink-blink kat dalam tu. Sakit mata tau. okay, aku dah bertukar dari topik masjid kepada topik blog. hehe… Apa-apapun , selamat menjalani ibadah puasa yang tak lama lagi. pada yang belum ganti puasa tu, cepat-cepatlah ganti ya… Originally posted 2011-07-24 11:28:00. Republished by Blog Post Promoter |
Alat Muzik Tradisional Di Malaysia Posted: 08 Sep 2011 06:47 PM PDT Asslamualaikum, hari ini nak share beberapa jenis alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia, 1.Kompang Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulitKambing Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. 2. Rebana Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.
3. Sape Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah. 4. Canang Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa. ![]() gedombak 5. Gedombak Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.
Sumber pencarian alat muzik tradisional: Wikipedia,http://www.slideshare.net/mhi/alat-muzik-tradisional
Incoming search terms:
|
Cara meletakkan link yang sama di dalam setiap post Posted: 30 Aug 2011 05:23 PM PDT Assalamualaikum, Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua berkenaan satu cara nak letakkan link yang sama di dalam setiap post di dalam 1 blog itu. Sebagai contoh macam ini,
okay, sebanarnya, cara ni senang je nak buat.cuma guna plugin quick adsense sahaja..
okay semua. selamat mencuba. Incoming search terms:
|
Sampul duit raya bertemakan bersih Posted: 22 Aug 2011 01:50 PM PDT Demi meneruskan lagi gelombang bersih, Pemuda Pas Gombak tampil dengan idea kreatif mereka dengan memperkenalkan sampul duit raya yang bertemakan bersih. Dikatakan perekara itu dilakukan demi untuk menyebarkan kepada semua rakyat Malaysia berkaitan mesej yang bersih cuba sampaikan. Sampul ini dijual dengan harga RM10/3packets. jom tengok rupabentuk sampul tersebut.. |
Duit Syiling Baru ada Kaitan Dengan Israel?? Posted: 28 Jul 2011 11:59 PM PDT Assalamulaikum semua.. Semua orang dahn tahu kan yang kita akan dapat duit syiling yang baru. Gembira tak?hehe. Atleast adalah juga kan rasa tak sabar nak pegan guit syiling tu. Macam zaman duit kertas RM5 diperkenalkan dulu. Okay, kali ni nak cerita sikit, adalah beberapa orang yang paranoid sikit ni kan, belum apa-apa lagi dah kaitkan duit syiling yang baru ni dengan Israel. Kononnya lamabang bintang berbucu enam tu ada kaitan dengan Israel. Contoh dalam gambar ni:
hah, amacam apa pendapat korang? Ni lah aku katakan paranoid, baru nampak sikit lambang camtu, dah kaitakan denga Israel, kaitan dengan Freemason, dll. Nak tahu tak lamang tu lambang apa? tengok ni:
Okay, sekarang dah nampak kan? Jadi kesimpulannya, janganlah senang-senang nak tuduhkan sesuatu tu dengan benda buruk. kan lebih baik kita cari benda-benda baik, dan selalulah bersangka baik.. Salam Incoming search terms:
|
Rekod terbaru pergigian: Sel stem tikus menumbuhkan gigi Posted: 25 Jul 2011 08:39 AM PDT Apa yang berlaku di Jepun, apabila sekumpulan saintis berjaya mencipta kaedah terbaru untuk mencipta secara semulajadi satu pasang gigi yang lengkap bagi seorang manusia, hanya dengan menggunakan sel stem dari tikus. Mereka menggunakan kombinasi fibers/gentian dengan tulang penyambung, ditambah dengan unit terpenting di dalam teknologi ini, iaitu sel stem seekor tikus. Gigi yang dihasilkan ini dapat berfungsi sepenuhnya, dalam ertia kata lain ianya dapat mengigit mahupun mengunyah makanan atau apa sahaja. Menurtu seoarang saintis yang terlibat ,perkembagan ini merupakan perkembangan positif dalam bidang regeneratif organ-oragan manusia. Dia berharap, pada masa akan datang akan lebih banyak lagi teknologi sebegini dapat diaplikasikan kepada tubuh badan manusia selain gigi.. ——————————————————————————-
|
Video Gol Kontroversi Malaysia VS Chelsea Posted: 21 Jul 2011 09:45 AM PDT Aku tengok pun tadi kat depan tv, serius. Tak gol laa… entah apa yang linesman tu nampak.. aishh, kalau tak, mesti dah 0-0 kan.. apa-apapun layan video goal controversi tu..heheh This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 03 Jul 2011 11:07 AM PDT Ni first post aku guna android aku ni.walaupum aku dh lama ada handphone ni.cuma tak ada keinginan nk update blog guna handphone.hehe..so far ok jugalah bagi korg yang kaki update blog kan.boleh guna perisian ni.bloggeroid..tapi aku lebih selesa guna laptop la.. |
Cara Update status lebih dari 420 karakter Posted: 28 Jul 2011 06:23 AM PDT Asslamulaikum semua, hari ni nak kongsi satu tips. Okay, selalu bila nak update status panjang-panjang kat facebook mesti tak dapat kan? Terutamnaya bila korang merupakan kaki update status panjang2, mesti tensen kan.. Okay, aku rasa cara ni memang semua orang tahu ni, cuma mungkin korang takterpikir untuk menggunakan teknik ni.heheh okay, cara dia senang je, pergi facebook korang lepas tu Photo>upload>pilih gambar.. Simple, pilih je mana-mana gambar yang korang nak, lepas dah pilih, tulislah status korang yang panjang berjelal-jela tu kat ruangan share.. Selesai taip/paste text korang, tekan SHARE. hahaha, siap!!.. Akan tertulislah ‘see more’. Ok lah kan daripada tak ada langsung.hehe okay, selamat beramall.. |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment