Tuesday, 27 December 2011

Macam Best

Macam Best


Gambar Bunga Cinta Lestari Minum Arak dan Merokok

Posted: 27 Dec 2011 02:10 AM PST

Gambar sosial bunga cinta lestari  sambil merokok dan minum arak tersebar di internet dan menampakkan perlakuannya yang tidak senonoh. Kesemua 5 keping gambar ini disebarkan di forum indonesia dan timbul persoalan adakah Bunga Cinta Lestari kembali kepada perangainya yang lama. Pengarah indonesia Rizal juga turut dipersoalkan kerana gambarnya bersama Bunga Cinta Lestari. Ada juga berpendapat bahawa penyebaran gambar ni bertujuan untuk menjatuhkannya.
http://i965.photobucket.com/albums/ae131/rotikaya/bcl_dugem-20111226-004-ritacopy.jpg
sumber:melvister.com

Robot Seks di China

Posted: 27 Dec 2011 01:44 AM PST

Kalau dengar pasal robot buat kerja rumah, cuci pinggan mangkuk, bersihkan rumah dan sebagainya , mesti korang tak hairan kan. Sebab sekarang ni dah canggih.
 Tapi, dekat China, oleh sebab mereka dah terlampau ‘pandai’ , mereka  pun cipta robot yang bertujuan untuk seks. Di dalam erti kata lain dijadikan Sex Doll.
Aish, macam-macam la China ni. Apala nak jadi.

Gambar Bogel Taylor Swift?

Posted: 26 Dec 2011 09:40 AM PST

Taylor Swift, penyanyi lagu 'You Belong To Me" mengecam sebuah laman web yang bertindak menyebarkan sekeping gambar separa bogel. Kecaman itu bukan dibuat secara suka-suka kerana ia dikaitkan dengan peribadi Taylor Swift yang selama ini bersih daripada kontroversi.

Laman web Celebrity Jihad mendakwa foto separa bogel itu disyaki menyerupai wajah sebenar Taylor Swift. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar sama sekali. Ekoran daripada itu, Taylor Swift melalui peguamnya telah mengeluarkan sepucuk surat kepada laman berkenaan untuk menurunkan artikel tersebut dengan serta merta, atau mereka akan didakwa.

Surat tersebut menyebut, "mengandungi kandungan porno dan berita yang tidak benar."

Setakat ini, Taylor Swift enggan memberikan sebarang komen mengenai isu hangat ini.

sumber;ohbulan

Guru mencabul pelajar perempuan

Posted: 26 Dec 2011 08:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

 

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.
"Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.
"Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan," katanya.

 

 

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.
"Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

 

"Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama," katanya.
Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.
"Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.
"Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan," katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.
"Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.
Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .
Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

sumber : metro

Angry Bird Dalam Soalan Fizik .LoL.

Posted: 26 Dec 2011 07:50 AM PST

Siapa tak kenal Angry Bird? Hampir semua orang kenal kan. Dalam post sebelum ni, sini , mengenai angry bird Live.
Sekarang ni pulak, Angry Bird dah masuk dalam soalan exam Fizik dah. haha

Okay tak pecaya, tengok gambar ni.

P/s: penggubal soalan ni ketagih angry bird kot..hehe
Main game simple pun boleh menang PS3?wow !
Jika anda ada RM 100,000 anda akan beli apa?

Selepas 7 tahun baru sedar Suami merupakan seorang Gay

Posted: 26 Dec 2011 07:22 AM PST

 

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: "Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

"Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay," rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.
Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

 

"Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya," katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.
Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.
Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

 

 

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.
"Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

"Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. "Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat," katanya.
Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.
"Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.
"Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya," katanya.
Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. "Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil 'adik' masih tidak berubah.
"Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu," katanya.
Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.
"Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.
"Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini," katanya.

Baca Al-quran Semasa dalam Haid

Posted: 26 Dec 2011 05:50 AM PST

Aku nak share dengan pembaca sekalian, mengenai baca Al-quran semasa dalam haid. Lebih-lebih lagi sekarang ni dalam ramadhan kan.

Masa ramadhan ni la kita kena perbanyakkan ibadat kita, sebab berlipat kali ganda pahal untuk setiap amalan kita.

Sebagai wanita, mesti tertanya-tanya juga kan kalau dalam hadi, lepas tu, boleh ke baca dalam al-quran.

Okay, aku share video dari Dr Asri.

www.youtube.com/watch?v=eNmVCHFI2NY

Cara nak Lajukan Broadband Celcom

Posted: 26 Dec 2011 05:41 AM PST

Assalamualaikum semua. hari ini aku nak kongsi dengan pembaca semua berkenaan cara nak lajukan Broadband celcom. terutamnnya part nak download tu kan. Celcom ni kita dah tahu kan, kalau dah lebih quota yang dia bagi, kelajauan akan jadi sangat-sangat perlahan.

Macam aku sendiri aku ambik plan yang 3gb per month.  Aku rasa aku ni tergolong kot dalam golongan yang tegar menggunakan internet. Nak tahu, 3 Gb tu aku dapat habiskan dalam masa 4 hari sahaja. Tu pun tanpa aku download file-file besar ataupun tengok youtube. Semuanya aku gunakan untuk browse internet.

Okaylah, cakap banyak pun tak guna, ni aku nak share tips  ni.. okay semua, boleh lah ke link ini untuk tips lajukan celcom broadband..[sini]

Download movie hantu bonceng

Posted: 26 Dec 2011 05:15 AM PST

Jom tengok full movie hantu bonceng secara online. kalau yang ada download manager, boleh la rasanya download terus filem hantu bonceng ni.

 

www.youtube.com/watch?v=JVqeSWoZZvc

Cabaran membawa kambing ke Apple Store

Posted: 26 Dec 2011 05:10 AM PST

Berhubung dengan kejayaan Apple menjadi pengeluar smartphone terbesar, maka kali ini, apple di uji pula dengan kemesraan servis di Apple Store.

Apple Store dikatakan antara tempat yang mempunya pelayan pelanggan yang mesra

Dengan itu , satu rancangan yang dinamakan ‘APPLE store challenge’ telah dijalankan. Rancangan ini bertujuan untuk melihat tahap kemesraan pelayan-pelayan di Apple store itu.

 

Rancangan ini dikendalikan oleh Artis Komedi Amerika ,Mark Malkoff. Antara adegan-adegan yang dilakukan oleh Mark ialah, memakai pakaian Darth Vader, membawa binatang peliharaan ke Apple store iaitu seekor kambing , memesan pizza, dan lain-lain.

Okay, layan Video di bawah ini.

httpv://www.youtube.com/watch?v=Bo2p82aTQzo&feature=player_embedded

No comments:

Post a Comment