Wednesday, 28 December 2011

Macam Best

Macam Best


KHAIRUL FAHMI CHE MAT JADI COVER MAJALAH GLAM

Posted: 28 Dec 2011 03:21 AM PST

waaa, khairul Fahmi che mat menjadi cover majalah GLAM untuk keluaran 2012. Meh tengok gambar beliau berposing bersama seorang wanita yg  entah perempuan mana aku tak kenal pun..

Kevin Zahri Jawab Isu Sambut Krismas

Posted: 27 Dec 2011 04:51 PM PST

 

PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, 33, (gambar) menjelaskan dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan para peminat yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Kevin berkata pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi Facebook "fan page" milik beliau itu dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri, 1, amat meminati pokok tersebut.

"Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

"Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kevin menulis status menunjukkan dia membuat keputusan untuk memadam gambar itu dari Facebooknya.

 

Kevin diminta mengulas tuduhan peminat dalam Facebooknya berhubung gambar yang dimuat naik menunjukkan dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar di berlatarbelakangkan pokok Krismas.

Dia turut menulis kegembiraan anaknya dengan pokok Krismas tersebut.

Tindakan itu membuatkan para peminat meluahkan rasa tidak puas hati selain menasihatinya agar tidak meraikan perayaan berkenaan yang ternyata salah di sisi Islam

Tambahnya: "Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham."

Bagaimanapun beberapa minit selepas mStar Online menghubungi Kevin, gambar tersebut telah di padam dan Kevin menulis status barunya: "Saya meminta maaf dengan gambar yang dimuat naik sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk memadam gambar itu."

Menyentuh tentang kariernya Kevin memberitahu dia sedang sibuk dengan beberapa seminar yang dikendalikannya.

Selain itu, dia juga mempunyai empat laman sesawang sendiri iaitu yang membicarakan tentang sukan dan penjagaan kesihatan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web.

SOROTAN 2011: Mereka ‘Pergi’ Tinggalkan Jasa

Posted: 27 Dec 2011 04:50 PM PST

Tahun 2011 menyaksikan industri hiburan tanah air telah kehilangan beberapa nama besar. Biarpun meninggalkan kita buat selama lamanya, namun jasa mereka dalam dunia hiburan tetap diingati.

 

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh umat Islam dan mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

1 Januari 2011 – (Faizal Yusup)

Tahun baru 2011 dibuka dengan berita sedih apabila pelakon Mohd Faizal Yusup,33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), kira-kira pukul 1.45 petang iaitu pada hari Sabtu, akibat serangan jantung.

Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur. Faizal meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Siti Nordiana, manakala perkahwinan kedua bersama Rosmunira Rashid dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Raqqim Fyzal.

 

 

19 Januari 2011 – (Antonio Vincent)

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu "Hatiku Kau Guris Luka" dan "Nak Kahwin Duit Tak Ada" ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

21 Februari 2011 – (M.Vasudevan)

Penyanyi rakaman popular Malaysia, M. Vasudevan meninggal dunia di selatan bandar Chennai, China selepas mengalami serangan jantung minggu lepas.

Penyanyi berusia 67 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas serangan jantung dan meninggal dunia di sebuah hospital swasta semalam.

Lebih dikenali dengan nama “Vasudevan Malaysia” di Kollywood, iaitu Bollywoood versi selatan, mendiang telah menyanyikan 8,000 lagu Tamil.

2 April 2011 – (Seri Bayu)

 

Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu. Jenazah beliau dikebumikan di rumah keluarga angkatnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

10 Mei 2011 – (Aimi Jarr)

Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, 10 Mei 2011.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P.Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media.

Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.

14 Mei 2011 – (Orchid Abdullah)

 

Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau "paraganglioma" sejak tiga tahun lalu.

 

21 Mei 2011 – (Mahyon Ismail)

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetesnya sahaja.

Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.

 

19 Jun 2011 – (Zami Ismail)

Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Allahyarham yang popular dengan sitkom "Pi Mai Pi Pai Tang Tu" pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" (arahan Mamat Khalid) dan "Shh…Dia Datang" (Saiful Apek).

Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.

 

1 Ogos 2011 – (Hasnah Haron)

Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah "Bersedih", "Sabar Menanti", "Aliran Usia", "Jauh Dariki", "Mengharap Kasih" dan "Bintang Pujaan."

5 Oktober 2011 – (Chee Hood Siong)

Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, "Baba Nyonya", Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak

sumber:mstar.com.my

Maher Zain “Terbaru”

Posted: 27 Dec 2011 03:13 PM PST

MAHER Zain berbaju Melayu menyampaikan lagu pada konsert 'Maher Zain Untukmu Rakyat' di Stadium Ipoh, Perak, Sabtu lalu.

KONSERT Maher Zain Untukmu Rakyat yang diadakan di Stadium Perak, Sabtu lalu, berjaya menarik lebih 30,000 orang daripada pelbagai peringkat usia bukan saja di Perak tetapi juga dari negeri lain berdekatan seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Peminat setia penyanyi kelahiran Lebanon yang bermastautin di Sweden itu mula membanjiri stadium seawal jam 7 petang bagi menyaksikan konsert yang diacarakan Datuk AC Mizal bermula jam 8.45 malam dengan Ramli Sarip menjadi penyanyi undangan bagi membuka tirai persembahan dengan lima lagu popularnya, seperti Doa Buat Kekasih dan Kamelia.

Konsert diteruskan dengan persembahan Irfan Makki iaitu penyanyi kelahiran Pakistan yang kini bermastautin di Kanada. Dia menyanyikan enam lagu antaranya, Waiting For The Call, Allahu, Mama dan You Never Walk Alone iaitu lagu yang pernah dipopularkan Michael Jackson.

Selepas lebih sejam menanti, peminat akhirnya bersorak gamat apabila penyanyi kesayangan mereka, Maher Zain memulakan persembahannya dengan mendendangkan Allahuakbar.

Penyanyi yang murah dengan senyuman itu mendendangkan 15 lagu, antaranya Insyaallah, Barakallah, Thank You Allah dan Hold My Hand. Malahan dia turut menjemput Irfan Makki untuk berduet dalam lagu I Believe.

Maher juga sempat mengenakan pakaian baju Melayu ungu lengkap bersampin pemberian Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mendendangkan dua lagu sebelum menamatkan persembahan kira-kira jam 11.30 malam.
Dr Zambry yang ditemani isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta beberapa exco negeri turut menonton konsert itu yang diadakan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk mempromosi Tahun Melawat Perak 2012.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Maher Zain berkata ia adalah konsert kedua terbesar yang pernah diadakan di Malaysia tetapi kali ini lebih menimbulkan kenangan kerana pertama kali muncul berpakaian baju Melayu ketika melakukan persembahan.

“Masyaallah, saya sangat gembira dan sambutan peminat di Perak sangat hebat. Saya sangat bertuah dapat melakukan persembahan sebegini di sini. Satu kesempatan yang begitu bermakna sekali.

“Baju Melayu itu adalah pemberian Menteri Besar dan ia satu penghormatan buat saya yang sangat bertuah dapat memakai pakaian rasmi rakyat Malaysia pada malam ini. InsyaAllah, saya akan datang lagi dan amat berbesar hati untuk datang semula ke Perak untuk melakukan persembahan lagi,” katanya.

sumber:bharian

 

Gambar Lisa Surihani Bercium

Posted: 27 Dec 2011 09:10 AM PST

tak lama lagi lisa surihani akan berkahwin dega Yusry. Mesti ramai lelaki2 di luar sana yang frust dengar berita ni kan? hehe… Tak pelah, tu cerita lain kali ni, nak cerita tentang satu gambar ni.

Gambar lisa surihani bercium. Oh no.. betul  ke? tak percaya? Aku pun sebenarnya tak percaya juga. Tapi lepas tengok gambar ni . Ya, memang betul ni memang gambar Lisa Surihani, bukan gambar Photoshop mahupun kena edit. Tapi  ni gambar  real punya..

Opsss, gambar lisa surihani bercium? betul ke jom tengok

lisa (Gambar) Aksi Panas Lisa Surihani Cium Mulut, OMG!

 

haaaa, laju je kan korang tekan nampak tajuk macam tu.. aihh.. tak pela.. gi la buat kerja korang tu… heheheh

Incoming search terms:

  • lisa surihani (1)

Budak perempuan parah dibaham anjing bapa

Posted: 27 Dec 2011 07:52 AM PST

NGERI...Luna yang mencederakan Jorja (gambar kecil).

LONDON: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam.

Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska – dinamakan sebagai Luna – dari kerusi secara tiba-tiba.

Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa.

"Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,"

katanya.

Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata.

Luna, 15 bulan, dipelihara bapa Jorja, Clive Ramscar, 42, yang menetap di Dunstable, Bedfordshire. – TS

Follower Box hilang

Posted: 27 Dec 2011 07:50 AM PST

Baru-baru ni ada blog yang tetiba follower box tu lesap entah ke mana. Tak tahu kemana hilang kotak follower tu.Kosong je. Tapi yang aku pelik, ada sesetengah blog yang tak hilang. Kukuh je di situ. Macam blog aku ni.hehe .
Sekarang ni, dah best2 baca entry org, dah komen, lepas tu nak follow, tetiba follower box hilang.. Semngat aku pun hilang. hehe…

Agaknya sekarang blogspot nak buat pembahruan kan. Dengar2 blogspot akan di-branding kan semula menjadi GOOGLE BLOG. Apa2pun kita tunggu je lah. picasa pun dah nak tukar ke GOOGLE PHOTO. dengar2 je la..hhee

Sekarang ni pun dah ada trial page untuk  blogspot. sini .

Incoming search terms:

  • kevin zahri hadiah pokok krismas (1)
  • POKOK KRISMAS KEVIN ZAHARI (1)

Cubaan murtadkan umat Islam

Posted: 27 Dec 2011 07:50 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandang serius tindakan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini dengan menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh berkata, antara golongan yang menjadi sasaran ialah orang miskin, golongan terbiar, remaja lepak dan pesakit di hospital.

“Hasil siasatan kita mendapati pihak terlibat kini aktif mencari sasaran dan cuba membawa keluar mereka dari agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat untuk penjawat awam di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata JHEAT mengambil beberapa langkah bagi menyelamatkan akidah umat Islam antaranya menganjurkan program yang boleh mendekatkan agensi tersebut dengan golongan belia bermasalah. – Bernama

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

Posted: 27 Dec 2011 07:49 AM PST

ALOR SETAR: Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

“Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Firdaus. – Bernama

Incoming search terms:

  • pegawai polis kena tetak serah saman (1)

Senarai Profile Peserta Raja Lawak Musim Ke 6

Posted: 27 Dec 2011 07:45 AM PST

Senarai Profile peserta Raja Lawak 6

KUMPULAN RIKI

Raja Lawak 6

  • Lyzal
  • Norlizal Bin Mohamed Ghani
  • Penang
  • 27 tahun
  • Bermain alat muzik
  • Pekerja Kilang
  • Menjadi juara raja lawak.
  • Azhar
  • Md Noor Hazhar Bin Adnan
  • Penang
  • 21 tahun
  • menyanyi
  • Pekerja Hotel
  • Menjadi juara raja lawak
  • Padil
  • Mohamad Fadzil Bin Akbar
  • Penang
  • 24 tahun
  • snake show
  • Pekerja Hotel

KUMPULAN 2YoL

  • Lan
  • Azlan bin Abdullah
  • Kota Tinggi, Johor
  • 40 tahun
  • Menyanyi dan berlakon
  • Operator
  • Layak ke final dan seterusnya menjadi Raja Lawak.
  • Ijat
  • Rohaizat Bin Samin
  • Kota Tinggi, Johor
  • 36 tahun
  • Menyanyi dan berlakon
  • Operator

KUMPULAN ALBOB

  • Abam
  • Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
  • Gombak, Kuala Lumpur
  • 23 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.
  • Ali
  • Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
  •  Kuala Lumpur
  •  22 tahun
  • Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM

KUMPULAN CUIT

  • Iktiar
  • Mohamad Ikhtiarudin Bin Naina Mohamad
  • Pulau Pinang
  • 27 tahun
  • Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Pekerja Kilang
  • Menjadikan Raja Lawak Musim ke-6 yang terbaik daripada musim-musim yang lalu.
  • Azmir
  • Azmir Bin Aziz
  • Pulau Pinang
  • 37 tahun
  • Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Berlakon
  • Menjadikan Raja Lawak Musim ke-6 yang terbaik daripada musim-musim yang lalu.
  • Shazli
  • Ahmad Shazli Bin Hasim
  •  Kuala Lumpur
  •  31 tahun
  • Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Freelance

KUMPULAN GMAN

  • Jiggy
  • Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
  • Klang, Selangor
  • 22 tahun
  • Menari, bersukan.
  • Freelance fire artist.
  • Memberi satu fenomena dan impak baru berbanding Raja Lawak yang sebelumnya dan untuk menjadi juara.
  • Man
  • Lokmanul Hakim Bin Mat Shum
  • Pulau Pinang
  • 22 tahun
  • Menari, bersukan.
  • Freelance fire artist.

KUMPULAN KETUPAT

  • Wak
  • Mohd Khairi Bin Kamarudin
  • Melaka
  • 26 tahun
  • DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Despatch
  • Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.
  • Acai
  • Mohd Hafizi Bin Hussin
  • Melaka
  • 26 tahun
  • DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Store Assistant
  • Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.
  • Aboy
  • Jusri Bin Johan
  • Melaka
  • 26 tahun
  • DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Pengedar Kereta

KUMPULAN KING

  • Raje
  • Raja Petera Bin Raja Abdullah
  • Johor Bahru
  • 46 tahun
  • Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
  • DJ
  • Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
  • Farid
  • Mohd Faridi Bin Bardaidi
  • Kedah
  • 29 tahun
  • Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal./li>
  • Emcee
  • Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
  • Kopi
  • Kedang Anak Blok
  • Sarawak
  • 29 tahun
  • Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
  • Promoter

kUMPULAN KODAN

  • Kodan
  • Mohd Shahdan Bin Salleh
  • Klang, Selangor
  • 27 tahun
  • Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
  • Event Management

KUMPULAN SELAK

  • fad
  • Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
  • Johor
  • 20 tahun
  • Menyanyi, berlakon
  • Customer Sevice Asst (TNB)
  • Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
  • Wak
  • Mohammad Zulzaini Bin Senin
  • Johor
  • 20 tahun
  • Menyanyi, berlakon
  • Pelajar (Politeknik Johor Bharu)

KUMPULAN SHIRO

  • Shahrol
  • Shahrol Azizie Bin Azmi
  • Johor
  • 27 tahun
  • Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Bekerja sendiri
  • Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6
  • Ajak
  • Mohd Hanaffi Bin Razak
  • Johor
  • 25 tahun
  • Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Emcee

KUMPULAN SKEMA

  • Sheikh
  • Sheikh Abdul Rahman Bin Zainal Abidin
  • Penang
  • 23 tahun
  • Menari, berlakon, bersilat
  • Pelajar
  • Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
  • Hafizi
  • Mohd Hafizi Bin Zulkifle
  • Kuala Lumpur
  • 23 tahun
  • Menari, berlakon, bersilat.
  • Pelajar

KUMPULAN SKEMA ZERO

  • Syaiful
  • Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
  • Kudat, Sabah
  • 23 tahun
  • Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Buruh kasar, nelayan
  • Menjadi finalis Raja Lawak 6
  • Sharif
  • Sharif Kadir Bin Doli Sharif
  • Kudat, Sabah
  • 21 tahun
  • Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Buruh kasar, nelayan
  • Menjadi finalis Raja Lawak 6
  • Atu
  • Sharid Kunal Bin Doli Sharif
  • Kudat, Sabah
  • 19 tahun
  • Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Buruh kasar, nelayan

 

 

No comments:

Post a Comment