Friday, 30 December 2011

Macam Best

Macam Best


Daniel Lee Akui Ego, Hanya Popular Dua Tahun

Posted: 30 Dec 2011 02:33 AM PST

Setelah lama menyepi, Daniel Lee tampil dengan album terbarunya berjudul ‘Sincerely Yours Daniel’. Foto The Star / Lim Cheng Kiat

 

SUBANG JAYA: Penyanyi Daniel Lee mengakui kegembiraannya selepas menjuarai Malaysian Idol musim kedua pada 2005 hanya mampu bertahan selama dua tahun kerana popularitinya mula menurun selepas itu.

Katanya, ini disebabkan dia terlalu yakin selepas menjadi juara program realiti itu dia akan mendapat peluang luar biasa dan sokongan berterusan dalam bidang seni.

“Dulu saya sedikit ego. Saya terlalu yakin mampu bertahan dengan apa yang saya miliki pada ketika itu,” katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiganya yang diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Khamis.

Daniel yang muncul dengan album terbarunya berjudul ‘Sincerely Yours Daniel’ ini memberitahu, sepanjang empat tahun menyepi, dia pernah membuat keputusan untuk terus meninggalkan bidang seni.

“Saya hampir putus asa dan merasakan muzik beri tekanan kepada diri saya. Saya rasa bidang ini susah dan seperti tak mahu menyanyi lagi,” katanya.

Menurut Daniel, kesedaran mengenai muzik terjadi apabila dia diminta menguruskan perniagaan milik bapanya.

“Saya cuba nak berniaga, tapi tiba-tiba hati saya terbuka untuk berjinak-jinak kembali dalam bidang seni. Lama saya berfikir dan akhirnya saya sedar bahawa muzik perlu lahir dari hati, bukan usaha keras semata-mata seperti yang saya fikirkan dulu,” jelas penyanyi berusia 29 tahun ini.

Daniel berkata, selain sikap dan kurang pengalaman dalam industri hiburan, kesilapan memilih konsep dan aliran muzik yang sesuai untuk dirinya dulu turut menjadi salah satu faktor albumnya kurang mendapat sambutan.

“Sebelum ini apa sahaja yang saya buat semata-mata mahu buktikan kepada semua orang yang saya boleh buat. Sekarang saya sedar tindakan saya itu tidak betul. Dalam berkarya, kita kena jujur dan ikhlas. Semuanya perlu lahir dari hati,” ujarnya.

Justeru, menerusi album kali ini, Daniel amat bertuah kerana diberi kebebasan memilih konsep untuk albumnya, malah turut berpeluang mencipta empat buah lagu.

Daniel berkata, kelainan album ini dapat dilihat apabila lirik dan gubahan lagu-lagunya lahir tulus dari hatinya dan disampaikan dengan ikhlas kepada peminatnya.

“Lagu-lagu dalam album ini adalah lagu cinta dan kasih sayang tetapi dalam masa yang sama dapat memberi inspirasi dan semangat terutama buat mereka yang pernah berputus asa dalam hidup seperti saya,” katanya.

Ditanya mengapa tiada lagu Melayu diselitkan dalam albumnya kali ini dia menjawab:

“Selepas album ini, saya akan buat sesuatu yang lebih besar. Saya mahu merakamkan album berbahasa Melayu sepenuhnya,” katanya, yakin.

Sebelum ini Daniel popular di kalangan pendengar Melayu apabila lagu-lagunya sepertiMimpi, Pasti dan Tiada Maaf Bagimu sering berkumandang di radio.

Berbicara lanjut mengenai albumnya, selain lagu berbahasa Cina, album keluaran Sony Music ini turut memuatkan lagu Inggeris termasuklah lagu baru dan lagu Inggeris klasik bertajuk Fixing A Broken Heart.

“Album ini disasarkan untuk peminat berbangsa Cina dan mereka yang mendengar lagu-lagu Inggeris,” katanya.

Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri

Posted: 29 Dec 2011 09:54 AM PST

Menonton FIlem Lucah Suami Isteri

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)”  ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها 

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )  

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk  menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian

ust zaharuddin

Cerita Lawak- Buang Anak

Posted: 29 Dec 2011 09:41 AM PST

 

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: hehe

Ada apa dengan DuckFace cute ke?

Posted: 29 Dec 2011 07:50 AM PST

Aku suka jalan2 singgah blog orang baca entry. Aku suka baca apa orang tulis. Tapi antara satu sebab hobi aku itu terbantut bila aku masuk je ke dalam blog tu. Mak ko, berderet2 gambar duckface yang dia tayang. Kalau 1  atau 2 tu tak apa la juga. Cute apa.  tapi ni tak,hampir semua kot  gamabr duckface dia tu dia letak, samapai nak dekat 12 gambar.

Aku pernah tulis mengenai dukface ni sini.

 

Sebenarnya duckface ni saje menutup kelemahan muka yang tak cute tu. Orang yang cute, tak  buat duckface pun dia cute tau. nanti lepas ni aku nak cari bukti apa yang aku cakapkan ni. tunggu entry akan datang.

p/s: Cari kat google banyak je budak2 kita yang buat duckface ni.hehehe.. tak dinafikan ada yang cute juga la..hehe.. Aku saja tempek gambar minah salleh tu..

Bila Hati Diguris

Posted: 29 Dec 2011 05:02 AM PST

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

 

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

Nabi SAW bersabda ”Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”

Artikel iluvislam.com

Incoming search terms:

  • nabi saw bersabda sesungguhnya allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-nya dan siapa yang tidak dicintai-nya tetapi allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-nya (1)
  • sesungguhnya allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-nya dan siapa yang tidak dicintai-nya tetapi allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-nya (1)

Cara Mengganti Puasa dengan Fidyah.

Posted: 28 Dec 2011 07:50 PM PST

Puasa dah nak datang. Kurang dari sebulan saja lagi. Mesti ada antara korang yang belum ganti puasa kan. Terutaamnya golongan wanita.
Ada antara korang yang tak larat ataupun tak mampu untuk menggantikan puasa itu. Maka Islam telah memberi kelonggaran (rukhsoh) kepada penganutnya. Kelonggran yang diberikan itu ialah Fidyah.

Ramai juga yang tahu bahawa kalau tak mampu nak gnati puaa tu, kena ganti dengan fidyah. Tapi ada ramai juga yang hanya tahu tapi tidak tahu bagaimana cara betul untuk menggantikan puasa dengan fidyah.

Okay, di sini aku sertakan cara betul nak ganti puasa dengan Fidyah.

1. setiap 1 hari puasa yang tinggal, kena beri secupak mkanan utama (dalam kes Malaysia, beras la) kepada fakir miskin.

2. 1 cupak beras lebih kurang bersamaaan dengan 670 gram.

Okay. Maksudnya, bila setiap tahun dah tak dapt ganti puasa tu, maka bilangan itu kan bertambah. Untuk buat pengiraan. Lawat laman  web ni.

p/s: ganti lah cepat2 sebelum anda digantikan.
Pelan Hotlink terbaru.

No comments:

Post a Comment