Saturday, 24 December 2011

Macam Best

Macam Best


Fida Akui Kawan Rapat Dengan Seorang VIP, Sudah Bertemu Keluarga

Posted: 23 Dec 2011 07:18 PM PST

Lama juga kami tidak mendengar kisah terbaru Gadis Pantene ini selepas patah hati dengan Mamat, bekas anggota kumpulan Sepah beberapa bulan lalu.

Kami sempat bertemu mata hari ini dengan Fida Ibrahim yang hadir ke majlis pelancaran laman media sosial tempatan,mface.me.

Sempat juga kami bertanyakan perihal perkembangan gadis ini dan Fida Ibrahim selama ini sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama siri & telemovie.

Bukan Rotikaya namanya kalau tidak mengajukan soalan panas berbaur peribadi & kontroversi. Kami tanyakan kepada tuan badan adakah benar gossip dan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan seorang VIP juga ahli bergelar perniagaan?

Fida Ibrahim pada mula'nya enggan memberikan komen kemudian akur dan berkata memang beliau kini ada berkawan dengan orang yang para media maksudkan tetapi bukan sebagai kekasih.

"Hubungan kami lebih kepada seorang mentor perniagaan kepada seorang orang baru dalam bidang ini yang memerlukan bimbingan dan nasihat — maklumlah saya baru bertatih untuk mulakan bisnes tudungsaya," ujar Fida Ibrahim kepada media.

"Dia pun sudah bertemu keluarga saya dan keluarga saya tahu hubungan kami tetapi kami tidak merancang apa apa yang serius dalam masa terdekat"

sumber:rotikaya.com

Nak bagi warga emas berkilau

Posted: 23 Dec 2011 07:52 AM PST

Waa, ada program baru astro la, kali ni pula, khas untuk warga-warga emas.

Waa, dunia sekarang makin canggih, dari bayi sampailah usia tua dah ada program realiti tersendiri.
Apa pendapat korang dengan program realiti Kilauan Emas ni?

Alahai, dah elok-elok dah timbul kesedaran untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, tiba-tiba la pulak dorang ni wujudkan program ni

Bagi aku, mereka-mereka(penganjur) ni nak duit je kot. Nak tambah pendapatan dari undian undian sms.

Ok, apa pendapat anda pulak???

Postur betul ketika mengangkat barang

Posted: 22 Dec 2011 07:50 PM PST

Salam dari gagak,, hari ni nak kongsi sedikit tips kesihatan yang simple je. InsyAllah, jika kita praktikkan maka dapat lah meningkatkan taraf kesihatan hidup kita.(ayat karangan .).

okay, jaga tulang belakang anda. Penting sangat tulang belakang tu, kat sana ada spinal cord  segala.

Ok, salam

No comments:

Post a Comment