Thursday, 29 December 2011

Macam Best

Macam Best


Akui Terkejut, Faizal Tahir Tidak Bersedia Sertai ‘Mentor’

Posted: 28 Dec 2011 10:23 PM PST

Faizal Tahir

 

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor terpilih bagi program Mentor musim keenam yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media khas pelantikan enam mentor bagi musim tersebut termasuklah Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Ella, Adam dan Ferhad di Sri Pentas TV3, di sini, Rabu.

Faizal berkata, dia sebenarnya masih lagi berfikir dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor kepada bakat-bakat baru dan tidak memberi apa-apa kata putus kepada pihak TV3 tetapi tidak sangka namanya terus dipanggil pada pengumuman tersebut.

“Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini (Rabu) untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya belum membuat apa-apa lagi keputusan (mengenai Mentor).

“Bagaimanapun, saya terima pemilihan ini. Memang pada mulanya saya enggan sertai Mentor 6, tetapi penerimaan tawaran ini juga bukan kerana terpaksa. Saya akan buat sedaya yang mungkin,” katanya.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu "Karma" ini, keengganannya melibatkan diri dalam program popular tersebut adalah kerana tahap keyakinan diri untuk mengajar protege baru agak kurang.

Barisan mentor yang bakal beraksi bersama protege masing-masing pada tahun depan. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

 

Malah, Faizal tahu, mengasah bakat seseorang bukannya mudah, malah memerlukan strategi dan kesabaran yang sangat tinggi.

“Bukan mudah untuk mendapatkan seseorang protege seperti yang diinginkan. Malah, tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang juga agak kurang kerana saya sendiri masih lagi bertatih dalam bidang muzik ini.

“Saya selalu meletakkan satu tahap yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali beraksi, inikan pula seorang bakat baru yang akan berada di bawah saya. Lebih menakutkan ialah, saya risau jika tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih daripada seorang juara,” tegasnya.

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Sementara itu, Ogy pula sudah bersedia untuk menerima segala kritikan pedas yang mampu membakar semangatnya untuk terus mendidik protege yang bakal dipilihnya nanti.

“Memang ketika bekerja saya seorang yang sangat tegas dan protege yang dipilih perlu mengikut kriteria-kriteria seperti yang diinginkan seperti boleh bermain alatan muzik dan paling penting, membaca nota muzik.

“Apabila mereka tahu dua perkara ini, ia lebih memudahkan saya mengasah bakat mereka menjadi yang terbaik. Dan ya, kritikan pedas yang diberi oleh juri juga saya sudah bersedia untuk menerimanya,” seloroh Ogy.

Cintai Lelaki Muda, Ramlah Ram Kenal Pasti Penyebar Fitnah

Posted: 28 Dec 2011 10:14 PM PST

Ramlah Ram dan Hafiz hanya menjalinkan hubungan profesional sahaja. Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

 

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram, 46, terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurus perubadinya yang berusia 20-an seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Ramlah berkata, gosip yang dianggap ‘busuk’ itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjaga rekod bersih sepanjang berada dalam industri hiburan tempatan.

“Gosip tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Buat masa ini, saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar.

“Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Dengan usia saya yang sudah meningkat begini, agak malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak,” katanya yang ditemui pada sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Rabu.

Tambah Ramlah yang baru sahaja muncul dengan single baru, Sesaat Kau Datang(kolaborasi dengan duo Sleeq), dia tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

“Perkara ini memang telah memalukan saya. Hati ini masih ada rasa geram,” ujarnya yang menjadi mentor dalam pertandingan realiti Mentor musim keenam pada tahun hadapan.

Bercerita tentang tanggungjawab barunya sebagai mentor itu, Ramlah sudah bersedia untuk mencari bakat baru yang memiliki kriteria-kriteria yang diingini untuk diasah menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat.

“Antara ciri-ciri utama protege yang saya inginkan, mereka mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak menjadi klon kepada mana-mana penyanyi yang tersedia ada.

“Apa-apa pun, ia satu tugasan yang besar buat saya untuk mengasah bakat seseorang dengan jangka masa yang pendek dan ia bukan senang, lebih-lebih lagi melibatkan markah daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS),” jelasnya.

Selain Ramlah, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Adam (AF).

Uji bakat akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Elly Suriati Menangis Kerana Keguguran

Posted: 28 Dec 2011 10:13 PM PST

Elly Suriati.

 

PETALING JAYA: Pelakon, Azri Iskandar memberitahu isterinya, Elly Suriati sering menangis kerana tertekan selepas mengalami keguguran ketika mengarahkan filem Penanggal di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak pada Rabu.

Azri berkata, isterinya seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan kerana kehilangan bayi ketika usia kandungan itu telah mencecah empat bulan.

“Saya bimbang Elly tertekan dengan apa yang berlaku dan saya sering menyatakan kepadanya bahawa ia bukan salah sesiapa kerana itu adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun sedih saya berusaha untuk menenangkan dia,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Elly dikatakan menyedari mengalami keguguran apabila hendak membuang air kecil dan secara tiba-tiba berlaku pendarahan yang memaksanya di bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Azri berkata, selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan Elly mengalami keguguran dan terpaksa ditahan di Hospital Kuala Kangsar.

Elly ketika kejadian Elly baru sahaja selesai merakamkan adegan pada waktu malam filem itu yang berakhir sehingga lewat pagi.

“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi. Keguguran itu berlaku mungkin disebabkan dia terlalu aktif dan lasak ketika di lokasi namun itu adalah suratan daripada-Nya,” kata Azri.

Terdahulu sebelum ini, Elly dan Azri berkongsi khabar gembira apabila memberitahu mereka bakal menimang cahaya mata keempat dan pengumuman itu dibuat semasa pelancaran filem Penanggal baru-baru ini.

Elly yang ditemui nyata gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka dan memberitahu yakin dapat melakukan kerja-kerja pengarahan walaupun sedang berbadan dua.

Azri Iskandar.

 

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata, penggambaran filem Penanggal yang turut menampilkannya sebagai pelakon akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih.

Penanggal adalah filem arahan pertama Elly dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

GAMBAR PERCUTIAN YUNA DAN TEMAN LELAKI DI EROPAH

Posted: 28 Dec 2011 08:09 AM PST

Mari lihat gambar percutian Yuna dan Qi di Eropah. Bukan main mesra lagi Yuna ni bersama dengan kekasih gitu. Untuk pengetahuan, Yuna tidak lama lagi akan melancarkan album barunya berjudul Terukir di Bintang yang akan dikeluarkan pada Januari 2012 nanti. Sebelum tu, jom layan beberapa keping gambar yuna dan kekasinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: MELVISTER.COM

Blogspot baru

Posted: 28 Dec 2011 07:49 AM PST

Okay, ada blogger yang dah merasa ada  dashboard baru, ada yang belum. Ada yang dah rasa cakap tak best. Keliru dengan kedudukan butang-butang yang dah berbeza. Mereka cakap dashboard yang lama lagi best.
Okayla okayla, yang tak ada dashboard baru ni mesti korang jeles kan sebab tak dapt try. heheh.. Aku rasa blogspot tengah dalam trial kot. Hanya sesetengah je yang dapat automatik dashboard baru ni. Untuk tidak menghampakan korang, ni hah screenshot dashboard aku.

Cantik ke tak? Bagi aku, aku suka lah. walaupun sekarang ni aku masih boleh guna dashboard lama tu.

Bagi yang tak merasa tu, jangan bimbang dan rasa jeles.hehehe. takpe, sebenarnya korang masih boleh cuba  dashboard baru..macam yang aku  ada sekarang ni.. Masuk kat sini.
Kalau korang nak bagi dashboard baru tu sebagai default dashboard, tick butang atas sebelah kanan tu.

p/s: amacam ok ke tak ok?
p/s2: butang follower pun dah tukar la..heheh
Jom kira anak panah dan menang.

Jom join Google plus. Aku invite korang

Posted: 27 Dec 2011 07:50 PM PST

Okay, korang dah try tak google plus? Belum?Google plus tak tahu? okeh la tengok sini Rugi tak try. best…hehehe
kalau korang nak sign up sekarang ni, memang tak dapat. tak percaya cuba tengok sini..

Tak dapat kan? dia cakap quota exceeded. Sebab benda ni masih lagi dalam trial ataupun percubaan. Jadi kena ada orang invite, baru korang boleh join.

Apa2pun, kalau korang nak join. Meh, bagi email korang kat aku. Aku invite korang.

P/s: kalau letak email tu, pandai2la ya censored, takut jadi bahan makanan bot/spammer.. contoh buat macam ni macambetul01[at]gmail[dot]com….. okey..heheh..meh aku invite korang dan rasai perbezaanya dengan facebook.

No comments:

Post a Comment