Macam Best |
- TARIKH PERKAHWINAN YUSRI DAN LISA SURIHANI
- MAYAT DIJUMPAI TERJELIR DI TEPI PADANG DI GOMBAK
- kelas semester ni dah habis dah!!
- Tips Download Celcom untuk yang dah capai Bandwidth Limit
- GAMBAR ISTERI BOB KUMAN
- Percuma Topup RM 5 dari Kementerian Belia Dan Sukan hanya dengan menjawab survey
- Maharaja Lawak Mega: Nak Cari Pelawak Atau Nak Cari Gaduh?
- Orang Buta ada Mimpi tak??
- Biodata Lengkap Neelofa
TARIKH PERKAHWINAN YUSRI DAN LISA SURIHANI Posted: 23 Dec 2011 12:46 AM PST KUALA LUMPUR – Kecoh lagi di blog-blog hiburan terkenal tanahair apabila mendapat jemputan sidang media khas dari pasangan popular, Yusri KRU dan Lisa Surihani, yang dijangka akan menjawab teka-teki hubungan antara kedua selebriti itu. Lebih mendebarkan, jemputan yang bertajuk 'Pengumuman Istimewa Yusri & Lisa' yang akan diadakan pada jam 10 pagi esok itu dikatakan bakal merungkai tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut. "99% hati kami mengatakan yang sidang media khas ini akan mengumumkan bilakah tarikh perkahwinan pasangan selebriti sensasi Malaysia ini," kata pemilik blog hiburan terkenal, Rotikaya.com. Menurut blog itu lagi, sidang media khas yang dijadualkan berlangsung di Marriott Putrajaya Resort & Spa itu juga akan dihadiri oleh kedua ibubapa Yusri iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner, serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad. "Namun apabila melihat senarai tetamu khas yang membabitkan ayah dan ibu Yusry serta ibu Lisa Surihani, Abang Nara yakin dan pasti mereka akan mengumumkan tarikh hari bersejarah mereka berdua esok. "Abang Nara 99.99% yakin dan pasti mereka berdua akan mengumumkan tarikh hari bahagia mereka," kata Abang Nara, pemilik blog Beautifulnara.com. Media Hiburan Online, yang turut teruja menerima jemputan sidang media itu awal-awal lagi telah mengucapkan tahniah kepada Yusri dan Lisa. "Biar apapun pengumuman yang bakal diumumkan, MH mengucapkan tahniah buat pasangan ini," kata blog hiburan milik Karangkraf Sdn Bhd tersebut. Pasangan sensasi Yusri dan Lisa beberapa kali berdolak-dalik mengenai persoalan yang diajukan mengenai desas-desus sebelum ini yang menyatakan bahawa mereka sedang merancang sebuah majlis perkahwinan besar-besaran, "Wedding of the Year", pada Februari tahun depan. Lisa yang malu-malu disoal wartawan mengenai dakwaan tersebut meminta agar soalan itu diajukan kepada Yusri terlebih dahulu dan berpendapat bahawa lebih manis sekiranya 'pihak lelaki' yang terlebih dahulu memberikan jawapan mengenai persoalan tersebut. SUMBER:MYNEWSHUB.MY |
MAYAT DIJUMPAI TERJELIR DI TEPI PADANG DI GOMBAK Posted: 23 Dec 2011 12:44 AM PST Anggota forensik memeriksa mayat lelaki dipercayai warga tempatan yang dijumpai mati di padang bola berhampiran kawasan perindustrian Sungai Dua, Rawang. GOMBAK: Seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan lidah terjelir dan mayat sudah mula membengkak di tepi padang bola sepak berhampiran kawasan perindustrian Sungai Dua, Rawang, malam kelmarin. Mayat lelaki berusia 40-an itu lengkap berpakaian dipercayai sudah dua hari berada di tempat kejadian sebelum disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam. Menurut sumber, mangsa dipercayai mengalami masalah sakit mental dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan perindustrian terbabit. “Orang awam yang menemui mayat berkenaan bertindak menghubungi Balai Polis Rawang. “Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan lidah terjelir namun polis tidak menemui sebarang kecederaan di badan mangsa,” katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR). Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. SUMBER:HMETRO |
kelas semester ni dah habis dah!! Posted: 22 Dec 2011 06:47 PM PST Alhamdulillah, selesai jugak lah kelas terakhir aku untuk semester ni. Sedar tak sedar dah nak final exam dah. Terasa macam baru je masuk semester ni. Mungkin juga disebabkan semester ni banyak sangat join program kan, tu yg tak terasa tu. Sibuk memanjang je kan.(Perasan sibuk je) Minggu depan dah study week.Aku harap aku akan gunakan study week ni dengan semaksimum mungkin. Teringat masa study week dengan kawan-kawan matrik dulu. Memang best. Start dari subuh, sampai tidur kitorang study. Masing-masing saling menginatkan bila ada kawan yang tak study. Bila ada kawan yang tidur , pukul guna bantal kejutkan dia untuk sama-sama study.. Itu dulu, masa matrikulasi. Sekarang ni, tak tahu lah.. Kena berdikari sendiri. InsyaAllah. buat sehabis mungkin untuk semester ni. |
Tips Download Celcom untuk yang dah capai Bandwidth Limit Posted: 22 Dec 2011 07:50 AM PST Seperti korang tahu, celcom ada bandwidth limit tersendiri. Macam aku aku ambik 3GB/month. Dan untuk pengetahuan koramg aku guna 4 hari je bandwidth tu dah capai limit. Apa yang aku nak kongsi disini ialah bagaimana nak bagi download speed laju. pertama sekali korang kena pakai IDM.(Internet download manager) Apa yang aku buat ialah. 1. Downlod file yang kita nak tu guna IDM , pastikan resume capabilty : YES Dulu aku pernah download guna IDM sampai mencecah 300KB/s. Masa tu aku dah capai limit 3GB dah pun, tapi still boleh dapat download speed camtu guna tips ni. Good luck. p/s: kadang – aku guna tips ni juga nak bagi cepat youtube loading.hehe |
Posted: 22 Dec 2011 03:23 PM PST hampir setiap hari, ada sahaj search term dari google yang masuk ke blog aku ni dengan keyword “Isteri Bob Kuman”. Aku tak tahu kat mana nak …klik like utk teruskan bacaan
cari gambar isteri bob kuman supaya pengunjung aku puas hati dengan apa yang mereka cari. Kepada sesiapa yg mempunyai sumber untuk gambar tersebut mugkin bolehlah tinggalkan komen di ruangan bawah nji.hehehe.. terima kasih… tak de gambar isteri dia, aku bagi je la k gambar dia ni.hehe
Incoming search terms:
|
Percuma Topup RM 5 dari Kementerian Belia Dan Sukan hanya dengan menjawab survey Posted: 22 Dec 2011 01:54 AM PST Sebagai tanda penghargaan, 5000 orang pertama yang menjawab survei ini akan mendapat hadiah berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) telefon bimbit bernilai RM 5.00. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada yang berjaya. Pembayaran top-up akan dibuat selepas kajian menerima penyertaan 5000 responden. Selepas menerima kod top-up, tuan/puan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up .
untuk buat survey tu bolehlah ke sini. link |
Maharaja Lawak Mega: Nak Cari Pelawak Atau Nak Cari Gaduh? Posted: 22 Dec 2011 07:35 AM PST Di awal rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) ini ke udara, tak banyak yang diperkatakan mengenainya. Namun minggu demi minggu, MLM mula menjadi buah mulut, mungkin disebabkan peningkatan kualiti lawak yang dipersembahkan oleh para pesertanya. Tetapi entah di mana silapnya, pentas yang sepatutnya menyajikan jenaka hingga boleh membuatkan orang kering gusi, nampaknya mula bertukar menjadi medan emosi yang cukup menjengkelkan. Rupanya skestsa di belakang pentas lebih 'hebat' daripada apa yang kita saksikan di atas pentas MLM itu sendiri. Puncanya mudah…hanya kerana ada peserta tidak dapat menerima teguran yang diberikan pihak juri. Juri yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, Datuk Chef Wan kitalah. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada pelawak senior pernah mengamuk dibelakang pentas. Kejadian ini terjadi pada minggu keenam MLM berlangsung yang mengakibatkan 3G dan Bawel tersingkir. Walaupun lawak mereka pada minggu itu masih lagi ada yang tertawa, namun juri beranggap prestasi kumpulan itu terlalu merosot dan tidak seperti minggu sebelum ini. Atas alasan itu, peserta berkenaan terus meluru masuk ke biliknya sehingga tidak mahu ditegur oleh sesiapa. Kemudian Sobri dari kumpulan Bawal Power pula buat hal. Dia pernah menggunakan kesempatan berada di pentas MLM untuk menghentam wartawan Utusan Malaysia yang mengkritiknya dalam sebuah ruangan pojok, sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan persembahan kumpulannya pada minggu itu. Dan yang terbaru, seperti semua orang tahu, perbalahan serius antara Chef Wan dan Adlin Aman Ramli. Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya. Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan 'perang' terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program tersebut, aduh, macam-macam hal. Nasib baiklah MLM sudah hampir menuju ke final, kalau tidak entah apalagi yang akan berlaku. Persoalannya, mengapa ini terjadi? MLM bukan sebuah program mencipta kontroversi, tetapi sebuah program santai yang bertujuan untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak yang berkualiti, apatah lagi bila ramai pelawak otai yang menyertainya. Malang sekali, lain yang dirancang, lain pula jadinya. Penulis tidak mahu menyebelahi sesiapa, baik juri mahupun peserta. Tetapi secara ikhlas penulis merasakan, MLM setakat ini belum berjaya mengangkat mana-mana peserta yang boleh dianggap pelawak terbaik di negara ini. Adakalanya peserta pertandingan Raja Lawak lebih lucu daripada MLM. Tapi yelah nak buat macam mana, bukan senang nak buat lawak ni. Buat orang sedih mudah, buat orang marah lagi mudah tapi nak buat lawak, bukan semua orang mampu melakukannya. Apapun diharap episod mengamuk, menyindir dan bergaduh dalam MLM dapat dihentikan segera, maklumlah yang ramai menontonnya bukan saja yang dewasa tetapi juga kanak-kanak…jangan beri mesej yang salah pada golongan ini. Ingat…kita nak cari pelawak terbaik, bukan pencarut terhebat! - Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) |
Posted: 21 Dec 2011 12:29 PM PST Okay, nak tanya ni. Orang buta mimpi tak masa tidur? Kalau ya, macamana ya? Takkan la dalam mimpi mereka boleh jadi celik pula. Okayla, sebenarnya, orang buta pun ada mimpi juga. Orang buta terbahagi kepada 2. Okay, bagi yang pertama tu, mimpi dia akan berkaitan dengan deria yang dia ada sebagai contoh rasa, hidu, sentuh,pendengaran. Dan mereka akan bermimpi tanpa sebarang paparan imej. Manakala kategori yang ke-2 tu pula akan mimpi seperti manusia biasa yang memaparkan imej. Tetapi ada perbezaan sedikit dengan manusia biasa kerana keterbatasan pengalaman deria penglihatan. p/s: fakta tentang mimpi: kita akan lupa 90% daripada mimpi kita. |
Posted: 21 Dec 2011 10:08 AM PST Biodata Lengkap Neelofa Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment