Sunday, 1 January 2012

Macam Best

Macam Best


Ombak Rindu pada pandangan aku.

Posted: 01 Jan 2012 02:29 AM PST

Assalamualaikum, baru sebulan. filem ni dah ada pun kat astro 1st kan. Lepas dah ada kat astro 1st, orang pun upload kat Youtube,  and then orang pun akan download. lastly.profit!!

Okay, tak apa lah. Hari ini aku nak cerita sikit pasal filem ombak rindu ni. Pada pandangan aku, satu je yang aku nampak apa yang ada dalam filem ni yang aku rasa amat-amatlah tak best.

Iaitu, filem ni banyak sangat lah hero dia pegang-pegang heroin dia. Selamba je Aaron aziz pegang maya karin tu. Aishhh, bukan setakat pegang malahan peluk-peluk pulak tu.

Kalau akulah jadi isteri Aaron aziz, of course la aku akan jeles. Entah apa la perasaan isteri Aaron aziz tu.

Mesti dia akan cakap macam ni kan.

“saya memahami karier suami saya, dan saya perlu hormati karier dia.”

hehe… Lebih kurang macam tu lah kan.

Nasbi filem ni tak berjaya mengatasi KL gangster. Cuba tengok filem KL gangster tu, 11 Juta tu. N rasanya taka ada pun adegan peluk-memeluk yang extreme dalam filem tu.

Apa-apapun, aku rasa filem ni tak sesuai ditonton oleh budak-budak.

Sekian.

 

Zizan Raja Lawak Dan Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Jan 2012 01:54 AM PST

countdown-2012-tahun-baru-ustaz-azhar-idrus-(3)

sumber gambar: http://fuhsantai.com

Asslamualaikum, sempat lagi nak update blog pada hari ini. Sebelum menjelangnya hari peperiksaan akhir semester lusa ini.

Berbalik kepad title post ni, 2 nama yang cukup gah di Malaysia ni. Zizan yang terkenal dengan lawak  beliau yang memang akan membuatkan sesiapa sahaja tertawa. Dan Ustaz Azhar Idrus seorang ustaz yang sangat berilmu dan mempunya pendekatan sendiri dalam berdakwah.

Semalam merupakan sambutan tahun baru 2012. Ustaz Azhar bersama orang-orang terkenal yang lain telah mengadakan satu majlis yang dikira amat berlainan dari yang lain.

Menurut pembacaan aku, majlis tersebut dihadiri oleh lebih 70,000 orang. Fuhh. Banyak tu.

Zizan juga telah berganding dengan ustaz Azhar dalam program tersebut. Memang mantap la.

Secara tidak langsung, para peminat zizan akn mengenali UStaz Azhar Idrus dan begitu juga para peminat Ustaz Azhar.

Apa-apapun, bagi aku ini merupakan perkembangan yang sihat di dalam dakwah yang ada di Malaysia ni. Aku harap fenomena sebegini akan dapat diteruskan lagi.

 

Incoming search terms:

  • zizan (1)

Malaysia is gonna make music history in March 2012! Will you be there?

Posted: 31 Dec 2011 10:23 PM PST

FUTURE MUSIC FESTIVAL makes its debut in Asia by choosing Malaysia as its destination for the biggest ever dance music festival in March 2012!! How big? We're talking Tinie Tempah, Chemical Brothers and Gym Class Heroes, people! 'Like' the Facebook page to be on top of festival updates!

via Malaysia is gonna make music history in March 2012! Will you be there?.

nuffnang pun kena hack?

Posted: 31 Dec 2011 07:51 AM PST

tetiba muncul yang macam ni…under maintanence kee?

 kalau under maintanence lain je notis dia tu..hehe… ke aku je yang dapat mcm ni??heheeh

Senarai Kesilapan Di Dalam Filem Ombak Rindu

Posted: 31 Dec 2011 05:25 AM PST

Berikut adalah kesilapan dalam pembikinan Filem Ombak Rindu yang susah untuk dilihat. Namun, ia dapat dikenal pasti apabila kita menonton secara berulang kali.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti  ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.


Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.

Pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.


Semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.


Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya.


Turut dipertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.


Bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.


Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.


Pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.

"AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap 'I dan Haris tak ada apa2 hubungan', ucapannya tak sama dengan bibirnya.


AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut '… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik' dalam syot selepas itu.

Adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.

"FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).

"Malah, nama pemanggil, 'Abang Haris' tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.

 

Sumber: goofspot

Incoming search terms:

  • kesilapan dalam ombak rindu (3)
  • kesilapan ombak rindu (3)
  • scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api alor star ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama dalam filem ini izzah naik tren nak ke kuala lumpur \ (1)

Semakan Keputusan Permohonan UPU lepasan Matrikulasi, STPM, 2011

Posted: 30 Dec 2011 07:50 PM PST

Semakan Keputusan Permohonan UPU lepasan Matrikulasi, STPM, 2011…

Semua pelajar lepasan Matrikulasi tertunggu-tunggu mengenai keputusan UPU nanti. Mesti excited gilerrr…

Tyme aku dulu, keputusan tu keluar lebih awal dari waktu yang dijangkakan. 
Sebab ada leak link yang membolehkan kita cek awal2 keputusan yang kita dapat nanti.
Apa2pun, keputusan nya, aku ucapkan good luck kepada semua. Mesti best kan tungu keputusan UPU ni. Excited gilerrrr..
Nilah penentu perjalanan kehidupan korang untuk tahuan2 akan datang..
nak cek keputusan pergi kesini.

No comments:

Post a Comment