Sunday, 8 January 2012

Macam Best

Macam Best


Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012

Posted: 08 Jan 2012 12:31 AM PST

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012 yang berkelayakan untuk memohon program khas Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia bagi tahun 2012 ini. Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama yang akan ditentukan dan belajar di sekolah yang terpilih.

Asrama 1 Malaysia

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
  • Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
  • Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.

Sekolah Program Asrama 1 Malaysia

  • SMK Victoria, Kuala Lumpur
  • SMK Methodist, Kuala Lumpur
  • SMK St. John, Kuala Lumpur

 

Cara Memohon

  • Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012.
  • Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012.
  • Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
  • Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
    • Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
    • Keputusan UPSR 2012
    • Salinan sijil aktiviti kokurikulum

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342.

Keputusan Korean Open Final Lin Dan Vs Chong Wei [8 jan 2012]

Posted: 08 Jan 2012 12:30 AM PST

1st set :LIN DAN 21 – 12 CHONG WEI
2nd set:LIN DAN 18 – 21 CHONG WEI
3rd set:LIN DAN 14 – 21 CHONG WEI

 

Senarai Kesilapan Di Dalam Filem Ombak Rindu

Posted: 07 Jan 2012 10:54 PM PST

Berikut adalah kesilapan dalam pembikinan Filem Ombak Rindu yang susah untuk dilihat. Namun, ia dapat dikenal pasti apabila kita menonton secara berulang kali.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti  ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.


Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.

Pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.


Semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.


Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya.


Turut dipertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.


Bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.


Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.


Pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.

"AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap 'I dan Haris tak ada apa2 hubungan', ucapannya tak sama dengan bibirnya.


AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut '… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik' dalam syot selepas itu.

Adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.

"FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).

"Malah, nama pemanggil, 'Abang Haris' tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.

 

Sumber: goofspot

Incoming search terms:

  • kelemahan ombak rindu (10)
  • kelemahan filem ombak rindu (4)
  • kesilapan ombak rindu (4)
  • ombak rindu silap (4)
  • kesilapan dalam ombak rindu (4)
  • ombak rindu kelemahan (2)
  • senarai lagu dalam film ombak rindu (2)
  • senarai lagu ombak rindu (2)
  • scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api alor star ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama dalam filem ini izzah naik tren nak ke kuala lumpur \ (1)
  • silap ombak rindu (1)

Yusry Teman Lisa Surihani Hadiri Kursus Kahwin

Posted: 07 Jan 2012 07:02 PM PST

Pelakon Lisa Surihani memberitahu terharu dengan bakal suaminya, pengarah filem, Yusry Abdul Halim kerana bertegas untuk menemaninya menghadiri kursus pra-perkahwinan pada 9 Januari nanti.

Lisa berkata, walaupun Yusry tidak perlu menghadiri kursus tersebut dia ingin menemaninya sebagai tanda sokongan kepadanya.

“Saya cakap dengan abang (Yusry) tak payah pergi tapi dia bertegas jugak untuk menemani saya pada kursus itu nanti sebagai tanda sokongan kepada saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Ular di KRU Studios di sini, Sabtu.

Tambahnya lagi, mereka berdua juga telah pun menjalani ujian saringan HIV pada 6 Januari lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Dalam pada itu, Lisa berkata, lokasi pernikahannya nanti akan bertukar ke Hotel Marriot Putrajaya selepas solat Maghrib selepas memikirkan faktor-faktor tertentu.

Lisa berkata, pertukaran lokasi itu adalah bagi memudahkan semua tetamu yang ingin datang dan mengelakkan kesesakan di masjid jika dibuat selepas solat Asar.

“Waktu antara Asar dan Mahgrib adalah singkat dan mungkin akan menyebabkan kesesakan di masjid dan kami tidak mahu ada apa-apa kekecohan di sana nanti kerana perlu menghormati masjid tambahan pula mungkin menyusahkan tetamu untuk datang kerana masih waktu bekerja.

“Atas dasar itu juga kita memilih untuk buat selepas Maghrib di Hotel Marriot bagi memudahkan mereka datang selepas bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Lisa dan Yusry mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012 dan manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, bercakap mengenai persiapan perkahwinannya, Lisa berkata, dia bertuah kerana ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakannya banyak membantu dalam menyiapkan proses itu.

Katanya, walaupun mereka masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti masing-masing namun bersyukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Ramai yang menolong dalam memudahkan persiapan kami dan paling penting baju nikah dan untuk bersanding telah pun ditempah.

“Mengenai konsep dan persiapan lain semuanya masih dalam perbincangan dan kami sedang usahakannya bersama-sama,” ujarnya.

Incoming search terms:

  • aktiviti terkini lisa yusri (1)
  • baju nikah lisa yusri (1)
  • lisa surihani dan yusri terkini (1)

Senarai Lokasi Jalan Tutup Sempena Perhimpunan Haram 901

Posted: 07 Jan 2012 01:14 PM PST

Berikut adalah senarai lokasi jalan yang tutup dan dijangkakan sesak pada 9 Januari 2012 sempena Perhimpunan 901. Kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah :

1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching
3. Bulatan Segambut
4. Jalan Khidmat Usaha
5. Jalan Ibadah
6. Jalan Dutamas
7. Jalan Persiaran Dutamas
8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

Sumber: facebook polis diraja Malaysia

Incoming search terms:

  • 9 januari jalan tutup (1)
  • 901 anwar (1)
  • jalan tutup 901 (1)

Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri

Posted: 07 Jan 2012 12:36 PM PST

Menonton FIlem Lucah Suami Isteri

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)”  ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها 

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )  

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk  menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian

ust zaharuddin

Incoming search terms:

  • lucah (2)
  • pendidikan suami isteri (1)

Gambar-gambar sekitar Comic-Con 2011

Posted: 07 Jan 2012 07:51 AM PST

Comic con 2011 telahpun  berlangsung. Bermula pada 21 julai- 24 julai. Mari, aku bawakan sedikit gambar-gambar disekitar Comic-con 2011 ini.

Contoh soalan PSPM

Posted: 06 Jan 2012 07:50 PM PST

Mesti banyak budak matrik yang tercari-cari kan mengenai contoh  soalan PSPM ni kat internet. hehe.. Zaman Matrik aku dulu pun cam tu juga. Tercari-cari contoh-contoh soalan pspsm untuk subjek fizik, biology, matematik dan kimia.

Tapi setelah puas mencari, aku tak pandai jumpa juga. So, sini  aku nak bagitahu, kat mana nak cari benda-benda yang korang cari tu. Sebenarnya korang tak perlu susah-susah pun nak cari kat internet soalan-soalan tu semua. Soalan-soalan past year pspm kat buku tutorial korang tu aku rasa dah cukup tu. Tak payah lah lagi nak tambah.hehe

Masa aku dulu, soalan-soalan pspm kat buku tutorial pun tu tak habis nak jawab. Lepas tu nak berangan cari soalan kat internet pula. hehe.

Kalau korang benar-benar nak soalan pspm untuk past past past year,senang je, jumpa letcurer korang. Jumpa pensyarah. Selalunya mereka ada simpan soalan-soalan ni semua.

okay, goodluuck semua.. kalau nak boleh baca tips yang aku bagi untuk menghadapi PSPM,[ klik sini]

Oya, ujian pertengahan semeseter UPS dah mula ke or dah pun berlalu?
anda pakai smartphone?

No comments:

Post a Comment