Friday, 13 January 2012

Macam Best

Macam Best


Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam

Posted: 12 Jan 2012 09:13 PM PST

 

PETALING JAYA: Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.

mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.

Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.

“Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.

“Kami mahu keadaan ‘panas’ yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.

“Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah ‘berdua’,” katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir.

Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.

Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.

Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas.

“Alhamdulillah, sejak tahun lalu hingga sekarang, tawaran lakonan yang saya terima tidak putus-putus. Cuma, kerjaya Joey yang menerima kesan yang banyak.

“Bagaimanapun, saya berharap, tahun 2012 memberi satu sinaran buat kami agar bahagia dan serta menjadi pembuka rezeki untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Jangan Pertikai Gelaran ‘Datuk’ Saya – Eizlan

Posted: 12 Jan 2012 09:11 PM PST

Eizlan Yusof tidak hirau kurniaan gelaran Datuk yang diterima dipertikaikan oleh sesetengah pihak. – Foto THE STAR Oleh FAIHAN GHANI.

 

SHAH ALAM: Pelakon Datuk Eizlan Yusof meminta orang ramai tidak mempersoalkan gelaran Datuk yang diterimanya kerana ia adalah sesuatu yang istimewa kurniaan pihak Istana Pahang.

Eizlan, 41, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof berkata, individu yang mempertikaikan kurniaan tersebut seolah-olah tidak mempercayai kredibiliti dan kemuliaan istana yang harus dihormati.

“Saya tidak faham kenapa ada pihak yang ingin mempertikaikan kurniaan tersebut? Ia diberi oleh istana dan bukan saya yang minta. Ia juga seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana.

“Sudah lebih 18 tahun saya berada dalam industri ini, saya tidak mudah untuk tunduk dengan tohmahan orang terhadap saya,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem Pak Pung, di sini, Khamis.

Eizlan diminta mengulas mengenai cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangannya dalam bidang seni sehingga melayakkan dia untuk dikurniakan gelaran Datuk.

Pada 22 Disember lalu, Eizlan dan beberapa artis lain antaranya Datuk AC Mizal dan Datuk Fazley Yaakob dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81.

Eizlan (kanan) bersama Datuk AC Mizal ketika menerima pingat Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Majis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang pada Disember lalu sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81.

 

Dalam pada itu Eizlan berkata pihak Istana Pahang juga mempunyai sebab tersendiri dalam memilihnya sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut dan menolak dakwaangelaran tersebut dibelinya untuk tujuan tertentu.

“Apabila ada pihak mencadangkan nama saya untuk menerima gelaran berkenaan dan pihak istana meminta agar saya menghantar butiran diri, takkan saya hendak ingkar?

“Prosedur yang melayakkan saya menerima gelaran itu juga bukan ditentukan oleh saya atau pihak pencadang sebaliknya ditentukan sendiri oleh Sultan,” ujarnya.

Eizlan memberitahu dia tidak kisah dengan kata-kata negatif terhadapnya selain merasakan tidak perlu menjelaskan kepada umum mengapa dia layak menerima anugerah terbabit.

“Rasanya tidak perlulah saya menghebohkan kepada satu dunia mengenai pencapaian atau kejayaan yang telah saya kecapi sehingga dikurniakan gelaran itu.

“Saya lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan segelintir pihak yang tidak puas hati terus mempersoalkannya,” ujar Eizlan.

Hello world!

Posted: 12 Jan 2012 07:50 AM PST

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Majlis ‘Birthday’ Romantik Dari Dahlia Untuk Apex

Posted: 12 Jan 2012 03:45 AM PST

KUALA LUMPUR – Gadis yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Dahlia Teck  telah menganjurkan "suprise party" yang cukup romantik sempena hari lahir Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23 baru-baru ini.

Menghangatkan lagi suasana romantis tersebut, Dahlia turut merakamkan kemesraan mereka menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube oleh juruvideo tersebut yang dikenali sebagai Hazremi dari Imoments Videography.

Di dalam video itu, jelas sekali menampakkan betapa romantiknya Dahlia melayan Apex apabila mereka saling suap-menyuap kek dan difahamkan bahawa gadis itu sanggup datang dari Melaka untuk membuat "suprise party" tersebut.

Apex di dalam video itu turut mengucapkan rasa terharu dan terima kasihnya kepada semua yang menjayakan majlis harijadinya itu, khususnya Dahlia yang dikatakan sebagai perancang utama kepada majlis berkenaan.

"Saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam ni, terutamanya Dahlia la..sebab saya tahu mesti dia punya plan semua ni..thanks..thanks sesangat…

"Thanks la pada Dahlia kan..susah payah datang dari Melaka buat semua ni…saya hargai sangat-sangatlah..tak sangka ada suprise birthday saya untuk malam ni," katanya dalam klip video itu.

Bagaimanapun, Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan hubungan cinta antara dirinya dengan Dahlia sebagaimana yang didakwa beberapa laman blog sejak akhir-akhir ini .

"Minta maaf sangat-sangat, saya tak nak sentuh pasal personal…no komen, saya tak mahu komen apa-apa pasal peribadi saya," katanya yang tidak mahu sebarang persepsi buruk melanda dirinya lagi.

sumber:mynewshub.my

Filem Lakonan Siti Saleha

Posted: 12 Jan 2012 03:42 AM PST

Permulaan tahun 2012 adalah tahun yang penuh rezeki dan menjadi bermakna buat artis berdarah kacukan Melayu-British ini iaitu Siti Saleha Mohd Baharum. Tahun ini, Siti Saleha akan mula berlakon beberapa filem setelah 3 tahun wajahnya memenuhi kaca televisyen dalam drama dan telemovie. Siapa sangka SS yang asalnya daripada model iklan komersil beralih arah ke dunia lakonan yang mencabar ini.

 

First time saya tengok lakonan SS adalah drama 5 Jingga dan Kecuali Cinta Mu. Time tu SS baru 18 tahun dan lakonannya masih biasa. Walaupun ramai mulut yang mengatakan SS hanya bergantung pada paras rupa daripada bakat, tetapi SS berjaya membuka mata semua orang bahawa dia juga dapat melakonkan watak-watak yang mencabar.

 

Setelah drama romantik hangat Nora Elena menemui penonton pada 9 May 2011 lalu, ramai yakin bahawa SS berlakon bukan hanya kerana wajahnya yang cantik tetapi kerana bakat yang ada. Malah Nora Elena mempunyai peminat yang setia sehingga ke hari ini.

Buktinya likers FB Page Nora Elena (slot Akasia TV3) sentiasa meningkat hari demi hari.

Antara filem-filem lakonan Siti Saleha yang akan menemui penonton:

1. Dendam Taming Sari
2. Pukul Habis
3. Kerat 14
4. Pak Pong

Nantikan filem-filem seterusnya… ::>

Incoming search terms:

  • siti saleha filem kerat 14 (1)

Infographic Google+ vs Facebook

Posted: 11 Jan 2012 07:49 PM PST

klik gambar untuk besarkan.

No comments:

Post a Comment