Macam Best |
- Video Bapa Saiful Minta Peguam Negara Buat Rayuan Mahkamah
- Gambar 10 Jenis Awan Yang Sangat Jarang Kita Lihat.SubhanAllah
- Doktor didakwa cabul kehormatan wanita mengandung
- Kisah Persoalan Tentang Sex (Lawak)
- SENARAI RANKING TERBAIK UNIVERSITI DI MALAYSIA 2011
- Cara Update Status Facebook Lebih Dari 420 karakter
- Semakan Keputusan MUET 2011 Secara SMS dan Online
- Lisa Surihani Gementar Berlakon Dengan Suami Orang
- Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!
- Jangan sombong bila dah berada di atas
Video Bapa Saiful Minta Peguam Negara Buat Rayuan Mahkamah Posted: 11 Jan 2012 03:30 AM PST Aih, dah sudah tu sudah la. At least orang tau anak ko tak kena liwat.Pelik la, dia minta rayuan untuk perbicaraan semula seolah-olah dia nak orang tahu yang anak dia pernah kena liwat. Orang selalunya perjuangkan benda-benda yang bawa keuntungan, tapi dia ni? http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eLFnD8KoS38 |
Gambar 10 Jenis Awan Yang Sangat Jarang Kita Lihat.SubhanAllah Posted: 11 Jan 2012 03:12 AM PST 1. Awan Nacreous
2. Awan Mammatus
3. Awan Altokumulus
4. Noctilucent CLouds
5. Awan Cendawan
6. Awan Sirrus
7. Lenticular
8. Roll Clouds
9. Shelf Clouds
10. Awan Stratokumulus
Incoming search terms:
|
Doktor didakwa cabul kehormatan wanita mengandung Posted: 11 Jan 2012 12:10 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang mengandung pada November tahun lalu. Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang pegawai pentadbir berumur 28 tahun yang sedang mengandung 16 minggu di Hospital Sungai Buloh dekat sini pada jam 2.15 petang, 22 November tahun lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana jika sabit kesalahan. Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula. Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Raihan Md Nasir mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili. Abang tertuduh membayar ikat jamin. – BERNAMA Incoming search terms:
|
Kisah Persoalan Tentang Sex (Lawak) Posted: 10 Jan 2012 11:55 PM PST Alkisah pada suatu hari, Mamat seorang lelaki yang telah berkahwin tetapi belum pun lagi memiliki kerja. Pada suatu hari, Mamat telah diberikan oleh isterinya satu borang kerja kosong untuk di isi oleh Mamat. Mamat bukan main gembira lagi mengisi borang tersebut. Mamat terhenti di satu ruangan pada borang tersebut. Iaitu ruangan sex:______________. Mamat buntu tak tahu nak isi apa dalam tu. Mamat ni memang fail dalam BI. Mamat pun meminta pertolongan isterinya. Sambil memanggil isterinya yang tengah memasak di dapur, “Yang, nak isi apa kat ruangan sex ni?” Isteri Mamat pun menjawab. “Urmm, letak je la bang JARANG-JARANG.” Ok yang!…..
PENGAJARAN: English Education memang penting…hehehe |
SENARAI RANKING TERBAIK UNIVERSITI DI MALAYSIA 2011 Posted: 10 Jan 2012 10:35 PM PST ![]() Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars. Incoming search terms:
|
Cara Update Status Facebook Lebih Dari 420 karakter Posted: 10 Jan 2012 07:50 PM PST Asslamulaikum semua, hari ni nak kongsi satu tips. Okay, selalu bila nak update status panjang-panjang kat facebook mesti tak dapat kan? Terutamnaya bila korang merupakan kaki update status panjang2, mesti tensen kan.. Okay, aku rasa cara ni memang semua orang tahu ni, cuma mungkin korang takterpikir untuk menggunakan teknik ni.heheh okay, cara dia senang je, pergi facebook korang lepas tu Photo>upload>pilih gambar.. Simple, pilih je mana-mana gambar yang korang nak, lepas dah pilih, tulislah status korang yang panjang berjelal-jela tu kat ruangan share.. Selesai taip/paste text korang, tekan SHARE. hahaha, siap!!.. Akan tertulislah ‘see more’. Ok lah kan daripada tak ada langsung.hehe okay, selamat beramall.. |
Semakan Keputusan MUET 2011 Secara SMS dan Online Posted: 10 Jan 2012 07:12 PM PST Semakan keputusan MUET 2011 guna sms dan online. Keputusan MUET akan diumumkan keluar pada 12 januari 2012 dan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. Semakan MUET2011 Guna SMS dan Online Taip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu. Sumber: Semakan Keputusan MUET 2011 Secara Online Dan SMS | melvister.com |
Lisa Surihani Gementar Berlakon Dengan Suami Orang Posted: 10 Jan 2012 07:07 PM PST Pelakon popular, Lisa Surihani mendedahkan dia sebenarnya gementar setiap kali berlakon di samping pelakon lelaki yang telah berkahwin. Lisa berkata, perasaan itu telah membuatkan dirinya mengambil masa untuk menjiwai sesuatu watak sebelum benar-benar dapat memberikan lakonan terbaik. “Saya terlalu memikirkan perasaan isteri mereka apabila melihat lakonan kami terutamanya yang melibatkan adegan romantik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul Aku Datang pada Rabu. Katanya, bagi mengurangkan rasa kekok, dia akan memastikan berkenalan dengan pasangan gandingannya di set terlebih dahulu supaya masing-masing berasa selesa. “Sebelum ini semasa bergandingan dengan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu saya gusar kerana isterinya juga berada di set. “Tetapi Alhamdulilah, selepas berkenalan dengannya penggambaran berjalan dengan lancar. “Begitu juga semasa berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang, isteri pelakon Beto Khusyairi sangat memahami dan membuatkan saya rasa selesa berlakon bersama suaminya. “Malah sepanjang pengambaran di Turki dia sering menemani ibu saya dan saya sungguh terharu,” ujarnya. Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filem terbaru terbitan Red Films dan Grand Briliance Sdn Bhd kerana turut mengandingkan dua rakan baiknya iaitu Tomok dan Aizat. Menurutnya, dia telah lama memasang impian untuk berlakon di samping Tomok dan Aizat kerana memuja bakat nyanyian mereka berdua. “Sejujurnya saya seronok dapat berlakon dengan rakan baik saya di dalam filem ini dan saya beri jamin lakonan mereka sangat baik,” katanya. Sementara itu, Lisa memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berlakon dalam Istanbul Aku Datang kerana memang teringin untuk ke Turki. “Apabila Lina Tan memberitahu barisan pelakon dan lokasi penggambaran saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang kerana pada tahun lalu selepas melihat gambar seorang kenalan di Facebook yang bercuti di Turki saya berdoa kepada Allah supaya dapat pergi ke sana. “Tidak sangka Allah telah memakbulkan doa saya. Paling menyeronokkan saya dapat bekerja sambil melawat negara itu,” jelasnya. Incoming search terms:
|
Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang! Posted: 10 Jan 2012 05:45 PM PST KUALA LUMPUR – Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini. Bermula dengan isu 'ibu mertua suka atau atau tidak' kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai 'M' mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan. Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya. "xkisah pon mak mertua syg ke x dik.." kata Rita ketika angin masih tenang. Mungkin tersinggung dengan kenyataan Rita berkaitan ibunya itu, Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah pulang ke rumah mertuanya itu. "Mmg la xkisah mak mertua x sayang,sbb rumah mak mertua pun x pernah balik..jgn cari pasal la..makin lama makin melampau!!!!" balas Zafuan. Angin yang tenang kemudiannya bertukar menjadi ribut apabila Rita yang membalas kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah mertuanya kerana tidak suka untuk bertembung dengan Zaquan yang disifatkan sebagai 'batu api' yang mengeruhkan hubungannya dengan ibu mertuanya itu. "Nk tau sgt kenape xbalik?? Sbb meluat tgk muka ko yg batu api besar.ko yg bzbody lebih, batu api," kata Rita yang dipetik dari laman twitternya. Enggan mengalah, Zaquan kembali ke posisi menyerang kakak iparnya apabila mendakwa tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan abangnya, Aidil Zafuan, dari Rita yang disifatkan sebagai 'manusia kejam'. "Klu aku jd batu api skali pun,aku nak selamatkan abg aku sendiri dari manusia yg kejam mcm kau!!" kata Zaquan lagi. 'Puting beliung' yang berlaku antara kedua iparnya terus berlangsung dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Rita melakukan serangan balas dengan mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan. "Aku kejam..ke ko yg kejam pregnantkn budak M pastu suh gugurkan?? Adoiii jgn cari pasal la bro.aku sabar dgn poyo ko ni. "Sorry beb,aku da lama sabar dgn perangai setan ko yg brselindung dpn makbpk ko konon ko lebih baik dr abg ko," kata Rita tidak dapat menahan sabarnya lagi. Kenyataan Rita mengenai persoalan gadis 'M' tersebut turut disokong oleh salah seorang rakan Twitter Rita, diannerazak0608, yang mendakwa rakannya turut pernah menjadi 'mangsa' Zaquan. "Wow rita, very the open, tp mmg betulla apa u ckp, c dia pon ada wat hal dgn member kita:)," kata rakan Twitter Rita itu. Kenyataan diannerazak0608 itu memanaskan lagi keadaan apabila Rita dilihat semakin bersemangat untuk memalukan dan menghentam Zaquan. "Jantan mcm tu xble di biarkan..dia nk sgt kan malukn sy,meh kita start the game!," balas Rita yang mahu meneruskan pergaduhan lebih besar terhadap Zaquan. Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu. Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya. Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan. – mynewshubmy |
Jangan sombong bila dah berada di atas Posted: 10 Jan 2012 07:50 AM PST Assalamulaikum dan selamat semua. Apa khabar semua? Cukup makan ke tak ni? hee. Harap-harap cukup makan la ya.. Okay, harini aku nak kongsi pendapat dari mata hati aku mengenai sifat sombong ni. Ada satu sifat yg selalunya akan terserlah bilah seseorang tu dah berada di atas. Bila dah capai sikit tinkgat teriinggi dalam apa bidang sekalipun. Sebagai contoh, dapat masuk universiti, dapa kerja yang baik, dapat naik pangkat, dapat earning blog banyak, dapat trafik blog mencurah-curah.hehehe.. Ok. Tu sebahagian daripada contoh keadaan apabila seseorang tu dah berada di atas. Nasihat aku, jika kita suda berada di atas, janganlah bersifat sombong ataupun takabur dengan apa yang kita capai tu. Kita kena ingat semua ygn kita dapat tu datangnya dari Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat tu. Ada segelintir merasa bahawa apa ygn dia miliki ni 100% hasil dari usaha dia sendiri. Memang tidak dinafikan, apa ygn kita usahakan itulah ygn kita dapt. Tapi kita perlu ingat, semuanya tidak akan tertunai tanpa izin dari Allah. So, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni, kenalah ye selalu bersyukur dengan apa yg ada, jangan sombong riak ataupun takabur. Jika kita bersyukur dgn nikmat yg ada nescaya Allah akan tambahkan nikmat tu. okay, selamat beramal semula.. sekadar peringatan dari saudara muslim ini. jom tengok, ordinary people contribute to extraordinary |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment