Macam Best |
- Juliana Evans Menangis Tinggalkan Tanah Air
- Pengebom masjid ditahan
- Gempa bumi 5.1 magnitud gegar Gorontalo, Indonesia
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Isteri Putera William mulakan tugas diraja
- Sesi permukiman: Najib, Hsien Loong bertemu di Putrajaya
- Tahun Baru Cina: Permohonan lesen bas tambahan dibuka
- Gempa Bumi Sederhana Melanda Laut Banda Indonesia
- 50 Cent Seperti Mahu Bunuh Diri
- Yuna Pilih Diandra Jadi Artis Naungan
Juliana Evans Menangis Tinggalkan Tanah Air Posted: 04 Jan 2012 09:47 PM PST PETALING JAYA: Pelakon jelita Juliana Evans,23, mengakui amat sedih dan menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun untuk menyambung pelajarannya di University of Michingan, Amerika Syarikat. Juliana mengakui amat sedih kerana terpaksa melupakan karier lakonannya semata-mata untuk memberi tumpuan terhadap pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di negara itu. “Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya. “Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi,” katanya ketika dihubungi mStar Online din sini, Rabu. Ketika panggilan dibuat, Juliana sudah pun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke negara berkenaan. Bagaimanapun dia nekad untuk meneruskan pengajiannya itu demi mengukuhkan taraf kehidupannya pada masa akan datang nanti. Malah bidang komunikasi massa itu jugaa bertujuan untuk dia mendalami dan mengembangkan lagi bakat seni yang dimiliki. “Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula. “Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan. “Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang ,” ujarnya yang akan mencari mana-mana peluang untuk bekerja sebagai model sambilan di negara tersebut. Sementara itu, anak kacukan Melayu-Inggeris ini berharap penggiat seni dan para peminat tidak terus memadamkan namanya dalam ingatan masing-masing kerana tempoh "kehilangannya" hanyalah untuk tempoh dua tahun. “Memang semestinya saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali,” katanya mengakhiri perbualan untuk menaiki pesawat. |
Posted: 04 Jan 2012 09:14 PM PST NEW YORK: Seorang lelaki New York semalam mengaku melancarkan siri serangan molotov coktail yang turut terkena sebuah masjid serta kuil Hindu. Insiden itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin setempat kerana ia mungkin menyebabkan krisis di kalangan penganut agama berbeza.
Jurucakap polis, Paul Browne, berkata suspek mengaku terbabit dalam serangan pada malam Ahad lalu.
Ia mengundang kecaman pemimpin agama dan masyarakat setempat.
Pemimpin Majlis Hubungan Amerika – Islam New York, Cyrus McGoldrick, berkata ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan kumpulan minoriti lain mengkucar-kacirkan AS. |
Gempa bumi 5.1 magnitud gegar Gorontalo, Indonesia Posted: 04 Jan 2012 09:13 PM PST JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda Gorontalo, Indonesia awal pagi tadi, lapor Agensi Geofizik dan Meteorologi tempatan. Gempa berlaku pada jam 8.19 pagi (7.19 pagi waktu Malaysia) berpusat pada 94 kilometer di barat daya Gorontalo dengan kedalaman 43 kilometer. Tiada amaran tsunami atau kecederaan dilaporkan. – AFP |
Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 04 Jan 2012 09:13 PM PST Everton 1 (Howard 63) Bolton 2 (Ngog 67, Cahill 78) |
Isteri Putera William mulakan tugas diraja Posted: 04 Jan 2012 09:12 PM PST LONDON: Isteri Putera William, Catherine dilantik menjadi penaung kepada beberapa siri badan amal kerana aktif mewakili Diraja Britain dalam tempoh kurang setahun usia perkahwinan mereka, kata Pegawai Istana St James. Catherine, yang genap berusia 30 tahun Isnin lalu, menjadi penaung kepada Galeri Potret Kebangsaan Britain, Badan Amal Tindakan dan Ketagihan Dadah, Hospis Kanak-kanak Timur Anglia dan Badan Amal Bilik Seni. Beliau juga menjadi sukarelawan bersama Persatuan Pengakap dan akan menyertai beberepa aktiviti kelab itu secara persendirian terutama di utara Wales di mana suaminya, William ditempatkan sebagai Tentera Udara Diraja dan penyelamat juruterbang. "Naungan pertama Puteri dan peranan beliau sebagai sukarelawan mencerminkan keperibadian Catherine yang tinggi terhadap kecendurangan dalam bidang seni, aktiviti luar dan membantu golongan yang memerlukan terutamanya kanak-kanak,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Istana James, hari ini. – AFP |
Sesi permukiman: Najib, Hsien Loong bertemu di Putrajaya Posted: 04 Jan 2012 09:10 PM PST PUTRAJAYA 5 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura di pejabatnya di sini pagi ini. Ketibaan Hsien Loong pada 10.20 pagi disambut oleh Perdana Menteri di Aras Satu, sebelum kedua-dua pemimpin naik ke Aras Lima untuk meneruskan agenda pertemuan. Ia disusuli dengan mesyuarat peringkat delegasi Malaysia dan Singapura di Aras Tiga Pejabat Perdana Menteri. Sesi permukiman hari ini membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama dua hala sedia ada, serta menerokai inisiatif-inisiatif baru dalam bidang yang berpotensi untuk memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Singapura. Sesi permukiman yang pertama diadakan pada Mei 2007 di Langkawi diikuti dengan sesi kedua di Singapura pada Mei 2010. – BERNAMA |
Tahun Baru Cina: Permohonan lesen bas tambahan dibuka Posted: 04 Jan 2012 09:09 PM PST KUALA LUMPUR 5 Jan. – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuka permohonan untuk lesen perubahan sementara (LPS) bas ekspres tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina sejak semalam. Permohonan yang dibuka sehingga 16 Januari ini adalah bagi tempoh perjalanan selama tujuh hari sebelum dan lapan hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, iaitu dari 16 hingga 31 Januari, menurut kenyataan suruhanjaya itu di sini hari ini. Selain daripada bas ekspres, syarikat-syarikat bas boleh memohon LPS ini untuk menggunakan bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas persiaran dan bas henti-henti sebagai bas tambahan di musim perayaan ini, menurut kenyataan itu. Bagaimanapun bas-bas yang akan digunakan sebagai bas tambahan ini perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan penyediaan bas ekspres tambahan berdasarkan Pekeliling 1/2012 yang boleh diperoleh di laman web www.spad.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol SPAD di 1800-88-9600 untuk sebarang maklumat atau pertanyaan berhubung penggunaan bas tambahan itu. – BERNAMA |
Gempa Bumi Sederhana Melanda Laut Banda Indonesia Posted: 04 Jan 2012 09:08 PM PST KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Laut Banda pada pukul 11.35 malam Rabu, menurut Jabatan Meteorologi. Pusat gempa itu adalah 447km tenggara Ambon, Indonesia dan 1771km tenggara Tawau, Sabah. Bagaimanapun tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA |
50 Cent Seperti Mahu Bunuh Diri Posted: 04 Jan 2012 09:07 PM PST ![]()
PENYANYI rap, 50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis James Jackson III, benar-benar merisaukan ramai pihak apabila dia meluahkan rasa putus asa dan seperti mahu membunuh diri menerusi akaun Twitter miliknya. “Sejujurnya aku sedar bahawa aku tidak akan bertahan hidup lebih lama lagi. Dan kerana itulah aku melakukan satu langkah yang drastik, agar ia boleh menyenangkan kehidupan orang lain,” katanya pada entri Twitter, Isnin lalu. Kemudian, menurut laporan portal Aceshowbiz, 50 Cent turut mengatakan dia ingin menjadi seekor burung yang boleh terbang bebas di langit tanpa perlu berdepan dengan sebarang masalah seperti yang dilaluinya sekarang. “Aku sedar, hidup ini begitu singkat tanpa harus diakhiri dengan bunuh diri. Tapi akan lebih baik jika aku mati malam ini. Sekurang-kurangnya aku dapat berjumpa dengan orang yang pernah menjaga diri ku ini,” ujarnya pula di laman sosial tersebut pada Selasa lalu pula. Bagaimanapun, penyanyi rap itu berkata walaupun entrinya sebegitu, dia tidak berniat untuk membunuh diri, namun berjanji pada diri sendiri agar tidak melakukan perkara bodoh itu. Sebelum ini, difahamkan 50 Cent mempunyai masalah dengan pengurusan label yang dinaunginya, Interscope Record. Dia mengakui amat kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak bersungguh-sungguh mempromosikan albumnya. |
Yuna Pilih Diandra Jadi Artis Naungan Posted: 04 Jan 2012 09:07 PM PST ![]()
KUALA LUMPUR: Yunalis Zaraai atau Yuna memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih seorang penyanyi muda bernama Diandra Arjunaidi untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan iaitu Yuna Room Records (YRR). Yuna berkata, bakat yang dimiliki Diandra membuatkan dia yakin anak muda berusia 20 tahun itu mampu pergi jauh dalam industri muzik tanah air. “Apabila saya lihat Diandra, dia seperti saya pada lima tahun lalu yang merakamkan pelbagai lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu perkenalkan karya tersebut kepada umum. Sebab itu saya pilih dia. “Diandra juga seorang yang amat rajin dalam meneroka dunia muzik. Alhamdulillah, berdasarkan persembahan yang dilakukan, lagu-lagunya menerima respons yang positif. “Malah, pengambilan Diandra sebagai artis naungan pertama YRR adalah permulaan dalam mengembangkan perniagaan syarikat saya itu,” katanya pada Majlis Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Rabu. ![]()
Tambah Yuna, dia juga berharap agar para peminat tidak membandingkan lagu-lagu ciptaannya dengan Diandra kerana masing-masing mempunyai konsep muzik yang berbeza. “Setakat ini, diakui memang ada yang beranggapan Diandra membawakan lagu-lagu seperti saya, sedangkan kami mempunyai muzik yang berbeza termasuklah cara nyanyian kami. “Bagaimanapun, saya percaya, selepas mendengar ketujuh-tujuh lagu dalam album Diandra, persepsi mereka akan berubah,” katanya. Album pertama Diandra yang menggunakan judul namanya sendiri memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don’t Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You. Sementara itu, Yuna turut muncul dengan album keduanya berjudul Terukir Di Bintang di mana ia memuatkan sebanyak lapan buah lagu seperti Sparkle, Photo of You, Memo, KL Kita, Coffe, Someone out Of Town dan Fears And Frustration. “Jika album pertama saya berkonsepkan alternatif, kali ini Terukir Di Bintang lebih berbeza di mana muziknya lebih santai dan perlahan, sesuai dengan usia saya 25 tahun," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment