Macam Best |
- Neelofa Reka Kasut Persandingan Ezlynn RM20,000
- Syamsul Tolak Tuduhan Jadi Punca Kecederaan Aaron
- Aku dah pasang Intensedebate dan CommentLuv
- Salim mengaku salah khalwat
- 10 rekaan bandar kecil yang Awesome!
- Saiful mahu bawa kes ke Mahkamah Rayuan
- Kanak-kanak gadai nyawa bermain bawah pencawang
- Cara buat battery laptop tahan selama-lamanya
- Hidup untuk memberi
- Cerita malam Pertama Suami Isteri
Neelofa Reka Kasut Persandingan Ezlynn RM20,000 Posted: 10 Jan 2012 03:27 AM PST Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada Rabu ini (esok) bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa. Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut. “Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti. “Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu,” katanya kepada mStar Online selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin. Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu. “Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu. “Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin,” katanya. ![]()
Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd. Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang. Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini. Sementara itu dalam perkembangan lain Neelofa mengakui berasa teruja mengendalikan Nona bersama Fara Fauzana pada Ahad lalu bagi menggantikan Vanidah Imran. “Saya berasa seronok dengan pengalaman baru ini. Walaupun kami tidak bergandingan secara langsung sebagai pasangan pengacara, sekurang-kurangnya waktu-waktu yang terluang di antara rakaman program itu dapat saya gunakan untuk bertanyakan tip daripada Fara yang jauh lebih berpengalaman. “Saya bertuah kerana Fara seorang pengacara yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam melancarkan pengendalian saya dalam program tersebut,” katanya. Dalam pada itu, duta produk kecantikan Avon ini juga sempat berkongsi kegembiraannya apabila tersenarai sebagai calon lima teratas bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), April depan. “Saya tidak harapkan kemenangan, tersenarai dalam kategori ini pun sudah cukup menggembirakan bagi orang baru seperti saya,” katanya. |
Syamsul Tolak Tuduhan Jadi Punca Kecederaan Aaron Posted: 10 Jan 2012 03:24 AM PST Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof menolak dakwaan mengatakan keterujaannya untuk mendapatkan impak luar biasa pada babak-babak aksi filem terbarunya itu telah mengakibatkan pelakon Aaron Aziz mendapat kecederaan di lokasi penggambaran filem itu malam Isnin. Sebaliknya, Syamsul berkata sebagai seorang pengarah yang berpengalaman dalam pembikinan filem aksi, dia sentiasa mengutamakan aspek keselamatan para pelakon dan krew. “Saya tidak pernah minta pelakon melakonkan aksi yang keterlaluan dan berbahaya. Sebagai pengarah, sudah tentu saya begitu menitikberatkan aspek keselamatan para pelakon dan krew ketika di lokasi penggambaran. “Bagaimanapun insiden kecederaan yang menimpa Aaron Aziz itu tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Saya mendapat tahu dia cedera pada malam semalam (Isnin) dan akan berjumpa dengannya di lokasi sebentar lagi,” katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini, Selasa. Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan oleh keinginan para pelakon yang terlalu komited dan bersungguh-sungguh untuk melakonkan babak-babak aksi sehingga sanggup berhadapan dengan risiko kecederaan. “Sebelum merakamkan babak aksi, kita melakukan latihan mengikut skrip yang dipersetujui bersama. “Para pelakon sendiri begitu teruja untuk memberikan aksi lakonan yang ekstra. Namun, aspek keselamatan tetap jadi keutamaan,” katanya. ![]()
Diminta mengulas tentang babak yang mengakibatkan kecederaan pada pelakon kacak itu, Syamsul berkata ketika penggambaran adegan pergaduhan di antara watak Malik lakonan Aaron Aziz dan Tailong (Rosyam Nor) berlangsung, tiada sebarang insiden buruk yang terjadi di lokasi. “Kalau mengikut perancangan, Malik bergaduh dengan Tailong daripada dalam kelab sehingga ke jalan raya. Mereka akan bergaduh di atas bumbung kereta dan Malik jatuh berguling lantas dilanggar kereta. “Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai penggambaran itu. “Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini,” katanya. Filem KL Gangster 2 yang merupakan "prekuel" kepada filem pecah panggung KL Gangster (2011) adalah arahan dan lakonan yang ketujuh Syamsul Yusof. Filem yang menjalani penggambaran selama 50 hari ini sudah 80 peratus siap dirakam. |
Aku dah pasang Intensedebate dan CommentLuv Posted: 09 Jan 2012 07:50 PM PST Okay, aku baru sahaja memasang Intensedebate dan CommentLuv dalam blog aku ni. Jadi korang bolehla ya komen sakan dalam blog aku ni.hehe. Sebab bila korang komen akan ada automatik backlink kepada blog korang. jadi di sini kita dapat win-win situation. Korang dapt trafik, aku pun dapat trafik. Aku harap korang pun tukarlah kepada Commentluv ni, jadi aku pun akn bertambah-tambah terlebih rajin komen entry korang. okay.heheh.. Aku ada terbaca juga yang nak pasang IntenseDebate dan CommentLuv ni payah. tapi bagi aku, kalau korang jumpa tutorial yang ringkas dan padat, insyaAllah sekali try je dapat. oklah, aku nak kongsi dengan korang link yang aku guna untuk install ataupun pasang commentLuv ni dalam blog ni, Simple je, ikut je step dia, insyaAllah dapat.. Ni dia, pergi ke sini Fariszaz.com |
Posted: 09 Jan 2012 07:08 PM PST PULAU PINANG 9 Jan. – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, didenda RM3,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April tahun lalu. Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya ketika menjatuhkan hukuman berkata, keputusan itu adalah wajar selepas memberikan pertimbangan yang teliti. ”Sebelum ini sudah banyak masa dibazirkan untuk perbicaraan dan pihak pembelaan juga gagal membuktikan tertuduh telah bernikah. ”Selain itu, sebagai penjawat awam, tertuduh juga tidak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat,” katanya dalam prosiding selama lima minit itu. Ketika dihadapkan pertama kali ke mahkamah pada 19 April tahun lalu, Salim, 51, dan Nur Diayana Norslan, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah. Namun pada 21 November 2011, kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah selepas peguam syarie yang mewakili mereka menarik diri. Mengikut pertuduhan, pasangan tersebut yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu tahun lalu di bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini. Salim yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama. Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz. Kedua-duanya yang datang seorang diri secara berasingan ke mahkamah membayar denda tersebut. Nur Diayana yang berbaju kurung hitam dan berkaca mata gelap menutup muka dengan surat khabar lalu sambil tergesa-gesa menuju ke arah sebuah kereta yang menunggunya di pekarangan mahkamah. Berlaku sedikit ketegangan apabila rakannya menghalang jurugambar yang cuba merakamkan wajah Nur Diayana Incoming search terms:
|
10 rekaan bandar kecil yang Awesome! Posted: 09 Jan 2012 06:34 PM PST Hari ni nak cite pasal Bandar mini. 1) Paris 2) Madurodam adalah sebuah bandar di Amsterdam Belanda yang diciptakan dalam bentuk miniature pada skala 1:25. ![]() 3) Moscow ![]() 4) Bandar gula ![]() 5) Bandar Biskut ![]() 6) Bandar Origami ![]() 7) Bandar Pecungkil Gigi ![]() ![]() 9) Bandar Chongqing, China ![]() 10) Bandar New York dari Stapler ![]() Sumber: Klik Sini |
Saiful mahu bawa kes ke Mahkamah Rayuan Posted: 09 Jan 2012 06:07 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan. – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan meletakkan harapan kepada pihak pendakwa raya untuk membawa kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu terhadapnya ke peringkat Mahkamah Rayuan. Jelas Mohd. Saiful Bukhari, 26, beliau reda dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat tersebut, namun, menegaskan mahu kes itu diadili sehingga ke peringkat tertinggi sistem perundangan negara. “Saya menerimanya dengan hati yang tenang. Bagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008, saya mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu, saya dan keluarga berharap pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan. “Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat daripada manusia. ”Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,” katanya hari ini dalam entri laman blog peribadi miliknya, www. mohdsaifulbukhari.blogspot.com. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa. Menurut Mohd. Saiful Bukhari, walaupun keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, beliau menerima keputusan itu dengan penuh sabar dan akan terus berdoa untuk keadilan dalam kes tersebut. “Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui, yang menyokong dan mendoakan saya selama ini. “Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah. Jika tidak dunia, di Masyar pasti. Kepada Allah saya berserah,” katanya. Incoming search terms:
|
Kanak-kanak gadai nyawa bermain bawah pencawang Posted: 09 Jan 2012 04:38 PM PST GOMBAK: Bukan saja terpaksa bergadai nyawa dengan wayar pencawang di atas kepala, malah kanak-kanak di Pangsapuri Permai, Batu Caves, di sini, juga perlu berhati-hati kerana tempat bermain menjadi laluan utama kenderaan keluar dan masuk. Keadaan tidak selamat untuk kanak-kanak itu dihadapi sejak ibu bapa mereka menetap di kawasan berkenaan tiga tahun lalu berikutan tiada tapak permainan.
Tinjauan Harian Metro mendapati, beberapa kanak-kanak bermain di kawasan lapang itu dan bagi yang mahu menggunakan taman permainan, mereka terpaksa berjalan jauh ke pangsapuri lain. "Seharusnya setiap pangsapuri disediakan kawasan riadah untuk keluarga dan anak bukan dengan hanya membina perumahan, tetapi tiada kemudahan untuk penduduk," katanya.
"Kanak-kanak hanya tahu keseronokan bermain tanpa mempedulikan keselamatan di sekeliling. |
Cara buat battery laptop tahan selama-lamanya Posted: 09 Jan 2012 07:51 AM PST Mesti fade up kan, tengah syok main laptop tetiba kena warning battery dah nak habis. Nak-nak pula masa tengok movie ke, masa main game ke. Mesti stress giler kan. Tambah lagi jika korang ni jenis pemalas nak mampus nak bangkit ambik charger tu. Tak apa, jangan risau, teknologi sekarang dah ada jalan penyelesainnya. Ni genrenti berkesan ni, caranya ialah dengan ni…. Wakakakak, agak-agak korang menjadi tak cara ni.. Cuba try, manathu dapat. hahaha. Tapi kalau fikir-fikir balik, macam betul kan?hehe
|
Posted: 09 Jan 2012 07:51 AM PST Terimgat kepada dialog dalam filem Laskar Pelangi. Hidup kena memberi sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya. Begitulah hidup ini, jangan menyusahkan orang lain, sebaliknya cuba senangkan orang lain. Bila ada saja peluang untuk memberi maka rebutlah peluang itu cepat-cepat. Maka, secara kesimpulannya, jangan menjadi seorang peminta kepada masyarakat, tapi jadilah seorang pemberi. Kerana sebai-baik tempat meminta ialah Allah swt. Sekian, Salam dari aku.. |
Cerita malam Pertama Suami Isteri Posted: 09 Jan 2012 07:36 AM PST Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya… Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba… Tiba malam kedua… Tiba malam ketiga… Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya Maka tiba malam keempat… Sumber: Forum Carigold haha,tergelak baca cerita ni..hehe
Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment