Saturday, 7 January 2012

Macam Best

Macam Best


Tikam Kekasih Kerana Berpisah

Posted: 06 Jan 2012 10:15 PM PST

Dendam cinta ditolak

MELAKA: "Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat." Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

 
"Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.

Gambar Perubahan Mendadak Rozita Che Wan dulu dan sekarang

Posted: 06 Jan 2012 07:30 PM PST

jika tengok-tengok gambar rozita che wan yang dulu, hampir tak kenal yang itu dia. Entah apa rahsia Rozita che wan sehingga berubah mendadak jadi macam sekarang ni,

meh tengok gambar Rozita che wan.

Google pun nak conquer industri tisu tandas

Posted: 06 Jan 2012 07:51 AM PST

Google semakin hari semakin berkembang. Saban hari ada sahaja produk terbaru google yang diperkenalkan. Antara yang popular, blogger,google map, picasa, etc.

tapi  goolge tak berhenti disitu sahaj. Malahan google telah melebarkan sayapnya dalam industry tisu tandas. Nak bukti?

nahh

hehehee….

Mini Milo Van?

Shahz Jaszle Mahu Dipanggil Shahrizal

Posted: 06 Jan 2012 06:18 AM PST

 

16

PETALING JAYA: Pelakon popular Shahz Jaszle mencipta satu lagi kontroversi mengenai namanya apabila memilih untuk dipanggil Shahrizal bermula tahun 2012.

Bintang filem Azura 2012 ini berkata keputusan untuk menggunakan nama berkenaan dibuat selepas salah seorang ahli keluarganya meminta dia melakukan perkara tersebut yang dilihat lebih serasi.

“Mereka (keluarga) berkata, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya kita akan lebih kuat auranya dan diakui saya dapat rasa perbezaan semangat selepas menukarkan kepada nama tersebut.

“Sejak menggunakan nama ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon ini mencipta kontroversi di awal kemunculannya apabila meminta orang ramai memanggil namanya dalam sebutan Bahasa Inggeris "Shahz Jazle" (disebut Shahz Jazel) dan bukannya berbunyi "Shahz Jazli".

Selain mengenai nama, dia turut terpalit dengan kontroversi kerana beraksi keterlaluan dalam klip video Prema Yin berjudul Marilah arahan Gambit.

Pengumuman pertukaran nama itu turut dibuatnya menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia pada Ahad lalu.

Tambahnya tahap keyakinan diri dia juga semakin tinggi sejak menggunakan nama tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana para peminat memberikan respons yang positif tentang penukaran nama itu.

“Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan,” kata pemilik nama penuh Mohd Shahrizal Jazle Jasmin ini.

Sementara itu, dia kini sedang berada di Australia untuk penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production selama dua minggu.

Pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut ialah Fiza (Elite), Tasha Shila dan Shah Iskandar.

Tawaran Biasiswa Untuk Lepasan SPM

Posted: 06 Jan 2012 04:25 AM PST

Know anyone who just completed their SPM? Let them know about SEGi Scholarships! profile image

SEGi University College is holding its Open Day on the 14th and 15 January 2012! Meet the Deans, tour the campus, discuss your study options with experienced counselors and preview the courses available. Register with SEGi during the Open Day and enjoy a rebate of RM500 AND, for those students joining the January or February intake, stand a chance to win an iPad 2 or iPod Shuffle. Get a foretaste of college life at SEGi this January!

maklumat lanjut boleh lah ke laman ini : http://bit.ly/xNjBid

Kerja Kosong. Siapa cepat dia dapat

Posted: 06 Jan 2012 04:08 AM PST

Only 2 spots left for The Job – a brand new reality TV show. Closing date: this Sunday, 8th January 2012. The winner will walk away with a complete career package, a postgraduate scholarship and RM 15,000 in cash. Email your resume now to thejob.8tv@gmail.com while you still can!

via LAST CALL to eligible candidates for The Job, a new reality show! Only 2 spots left… Send in your resumé now!.

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Posted: 05 Jan 2012 07:49 PM PST

jom join segmen ben ashaari sini.

Aku baru je aktif dalam blog ni, dalam bulan Lepas jugak laaa… Mari la singgah sini selalu. Nanti aku sajikan korang dengan cerita-cerita best. disamping aku  kongsi idea aku, fikiran aku dengan korang semua..

Blog aku ni memang layak korang follow laa..hehe.. Sebab aku selalu naikkan topik-topik yang aku rasa pembaca akan baca punyalahh.. hehe.. tu je kot, tak nak panjang-panjang. Nati boring plak…

ok, salam dari gagak

No comments:

Post a Comment