Sunday, 1 April 2012

Macam Best

Macam Best


Cara Nak Semak Saman JPJ online dan SMS

Posted: 31 Mar 2012 11:43 PM PDT

Untitled

Hari ni aku nak share cara nak semak saman JPJ secara online dan juga secara SMS.

Korang ceklah, takut juga kot-kot ada saman korang  kan tanpa korang kethui. Okay, cara nak cek saman jpj adalah seperti berikut.

1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI

2. Semakan saman PDRM melalui SMS:

Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728

Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728

3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773

Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

 

4. Melalui SMS 15888

Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu

Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888

Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

 

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Posted: 31 Mar 2012 05:23 AM PDT

baby

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?

Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.

Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.

Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?

 

Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.

Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

“Bila Hati itu Bertulang.”

Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment