Thursday, 12 April 2012

Macam Best

Macam Best


Fasha Sandha Dan Jejai Nikah 27 April 2012

Posted: 11 Apr 2012 07:53 PM PDT

7ShareFasha Sandha Dan Jejai Nikah 27 April 2012. Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.

"Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.

"Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,"

Teruskan Membaca:

Sumber: Fasha Sandha Dan Jejai Nikah 27 April 2012 | melvister.com

Gambar Mendakwa Nikita Willy & Diego Michiels Tidur Bersama Tersebar Di Indonesia

Posted: 11 Apr 2012 07:43 PM PDT

Canggih tajuk entri artikel kami hari ini, gambar boleh mendakwa. Esok lusa, kami boleh tuduh Eddy kucing office kami mendakwa.

Dunia hiburan Indonesia semalam kecoh dengan tersebarnya sebuah gambar yang di'dakwa milik Nikita Willy bersama Diego Michiels.

Dalam gambar yang hanya wujud sekeping itu di'dakwa perlihatkan Nikita Willy yang lena di'peluk erat dari belakang oleh Diego Michiels.

Namun, Nikita Willy pantas keluar memberikan kenyataan menafikan kesahihan gambar tersebut dan memberikan bukti nyata yang dia dan Diego Michiels tidak pernah tidur bersama selama ini.

Dalam kenyataan kepada Kapan Lagi, Nikita Willy menunjukkan set gambar Diego Michiels yang jelas mempunyai tattoo di'lengan sedangkan foto yang tersebar menunjukkan sebalik'nya. 

"Kalau ingin pembuktian ini foto yang ada di internet, di sini tangan saya nggak sepanjang ini & saya minta Diego untuk foto, ini tangan kanannya Diego banyak banget tattonya, sedang di foto nggak ada tatonya," ujar Nikita Willy.

Berita Tsunami Jepun: Keadaan Jepun Setelah Tsunami

Posted: 11 Apr 2012 10:59 AM PDT

Beginilah keadaan dan suasana di Jepun setelah Tsunami yang dahsyat melanda Jepun 11 Mac 2011 yang lalu.









 

Tags: tsunami di jepun,berita tsunami, letupan nuklear akibat tsunami, gambar gempa bumi dan tsunami jepun, berita terkini tsunami jepun

Sumber: Berita Tsunami Jepun: Keadaan Jepun Setelah Tsunami | melvister.com

Incoming search terms:

  • amaran tsunami (1)
  • berita sunami (1)
  • berita tsunami (1)
  • berita tsunami 2012 (1)

Amaran Tsunami 11 April 2012 Ditarik Balik Malaysia Selamat

Posted: 11 Apr 2012 10:52 AM PDT

Amaran tsunami 11 April 2012 yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia. Oleh itu, Malaysia terselamat dari ancaman tsunami.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi.Penduduk di kawasan bandar persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.
Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. -

Sumber: Amaran Tsunami 11 April 2012 Ditarik Balik Malaysia Selamat | melvister.com

Incoming search terms:

  • latest update for tsunami 11 april 2012 (1)

Laporan: Rita Rudaini Menerima SMS Permohonan Cerai Dari Aidil Zafuan Semalam

Posted: 11 Apr 2012 10:12 AM PDT

Kisah ini masih belum sempurna malklumat yang kami ada kerana kami hanya sempat membaca satu petikan ringkas di'muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Kisah pergolakan rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan nyata masuk ke fasa yang lebih sedih apabila laporan menyebut pihak lelaki sudah pun membuat satu permohonan untuk bercerai.

Lebih meruntun hati, berita suami beliau memohon penceraian telah di'terima pada hari Rita Rudaini menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 36 semalam.

Sebelum ini, Aidil Zafuan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini & anak mereka — menurut cerita aktress ini suami'nya menurut kata telunjuk adik kembar dan isteri'nya untuk keluar rumah — sehingga ke hari ini.

Rita terima SMS akan diceraikan

KUALA LUMPUR 10 April – Hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling 'meruntun hati' dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.

Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.

Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: "Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak."

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.

There are no posts related to Laporan: Rita Rudaini Menerima SMS Permohonan Cerai Dari Aidil Zafuan Semalam.

Incoming search terms:

  • isteri keduan sham kamikaze (1)
  • rita rudaini ulangtahun ke 36 (1)
  • sham kamikaze (1)

Yuna Bakal Menyanyi Di Festival Muzik Epik Lollapalooza Ogos 2012 — Grand Park, Chicago

Posted: 11 Apr 2012 09:57 AM PDT

Satu per satu khabar gembira dari Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat yang kita terima. Kali ini berkaitan penglibatan Yunadalam satu festival muzik epik.

Lollapalooza merupakan festival muzik tahunan yang di'anjurkan sejak tahun 1991 dan kini masuk tahun ke 20 penganjuran.

Tahun lepas sahaja, Lollapalooza berjaya menarik lebih 270,000 orang peminat muzik untuk tiga hari acara penuh muzik & seni.

Tahun ini, Malaysia mempunyai wakil sendiri untuk persembahan khas di Grand Park, Chicago yang telah menjadi lokasi tetap sejak tahun 2005 lagi — kita ada Yuna.

Menurut maklumbalas Yuna melalui Twitter rasmi beliau, Yuna berkata beliau akan membuat persembahan di pentas kecil sahaja namun bagi kami, jika ia'nya Lollapalooza, tiada yang kecil impaknya. 

Lollapalooza 2012 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2012 ini & jadual persembahan Yuna masih belum di'keluarkan sehingga ke saat artikel di'tulis — yang pasti anda masih sempat untuk tempah tiket kapal terbang.

No comments:

Post a Comment