Monday, 2 April 2012

Macam Best

Macam Best


Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Julai 2012

Posted: 01 Apr 2012 06:16 AM PDT

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

JTM

ILJTM terdiri daripada:

  • 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

  • Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
  • Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau
  • Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan ProgramSijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

  • Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

  1. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
  2. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Julai 2012 ini akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Biasiswa Luar Negara Yayasan Telekom Malaysia 2012

Posted: 01 Apr 2012 06:14 AM PDT

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang layak dengan mendapat kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik, aktif dalam kegiatan kokurikulum serta berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.

Yayasan Telekom Malaysia

Kategori Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Persediaan Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama Luar Negara

Bidang Pengajian

Yayasan TM hanya membuat penajaan dalam bidang-bidang pengajian UTAMA seperti berikut:-

  • Kursus kejuruteraan dan teknologi yang berkaitan dengan industri telekomunikasi seperti: Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer.
  • Kursus pengurusan seperti Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan.

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya 8 A dalam keputusan peperiksaan SPM termasuk 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan MatrikulasiSTPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Bengkel Pemilihan

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri satu bengkel pemilihan.
  • Bengkel pemilihan akan diadakan dari 28 April 2012 sehingga 30 April 2012.

Ikatan Perjanjian

  • Semua pemegang biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM dan Anak Syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
  • Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian, maka pelajar dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.
  • Sebarang perlanggaran kontrak Perjanjian Yayasan TM dan/atau TM akan diteruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Penama/Peminjam dan Penjamin-Penjamin.

Maklumat

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini sila hubungi;

  • Penajaan
    • Norliana Yunos 03 – 2240 0635
    • Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad 03 – 2240 1598
    • Ihsan Said 03 – 2240 1594
    • Ahmad Azlan Shah 03 – 2240 0293
    • Maslini Rehan 03 – 2241 5177
  • Masalah Teknikal/Sistem
    • Abdul Salam Musa 03 – 2240 1273
    • Noraini Mansor 03 – 2240 1744

Yayasan TM boleh juga dihubungi melalui Facebook Page.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Biasiswa Dalam Negara Yayasan Telekom Malaysia 2012

Posted: 01 Apr 2012 06:11 AM PDT

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam Negara.

Yayasan Telekom Malaysia

Kategori Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha
  2. Biasiswa Diploma
  3. Biasiswa Ijazah Pertama

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti di Universiti Multimedia
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya A dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 4 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Diploma
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 20 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya B dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  4. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan MatrikulasiSTPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Multimedia College (MMC)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaya (UM)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Bengkel Pemilihan

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menghadiri satu bengkel pemilihan.
  • Bengkel pemilihan akan diadakan dari 28 April 2012 sehingga 30 April 2012.

Ikatan Perjanjian

  • Semua pemegang biasiswa adalah terikat untuk berkhidmat dengan TM dan Anak Syarikat untuk suatu tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
  • Sekiranya pelajar gagal untuk mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian, maka pelajar dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan dan dikehendaki membayar kembali segala perbelanjaan dan gantirugi yang ditanggung oleh Yayasan TM selama ini.
  • Sebarang perlanggaran kontrak Perjanjian Yayasan TM dan/atau TM akan diteruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Penama/Peminjam dan Penjamin-Penjamin.

Maklumat

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia ini sila hubungi;

  • Penajaan
    • Norliana Yunos 03 – 2240 0635
    • Muhammad Nur Firdaus Bin Fuad 03 – 2240 1598
    • Ihsan Said 03 – 2240 1594
    • Ahmad Azlan Shah 03 – 2240 0293
    • Maslini Rehan 03 – 2241 5177
  • Masalah Teknikal/Sistem
    • Abdul Salam Musa 03 – 2240 1273
    • Noraini Mansor 03 – 2240 1744

Yayasan TM boleh juga dihubungi melalui Facebook Page.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

No comments:

Post a Comment