Saturday, 7 April 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Sebenar Kad Pengenalan Aaron Aziz

Posted: 06 Apr 2012 09:40 PM PDT

Gambar Sebenar Kad Pengenalan Aaron Aziz. Sebelum ni, telah tersebar gambar kad pengenalan palsu Aaron Aziz yang didakwa nama sebenar Aaron adalah Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Namun segala kontroversi terjawab apabila Aaron Aziz sendiri telah menunjukkan gambar kad pengenalan sebenarnya kepada media.

Sumber: Gambar Sebenar Kad Pengenalan Aaron Aziz | melvister.com

Gambar Yatt Hamzah Kini Sudah Pakai Tudung

Posted: 06 Apr 2012 09:32 PM PDT

Gambar Yatt Hamzah Kini Sudah Bertudung. Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah antara artis yang telah melakukan penghijrahan pada tahun 2012 selepas pulang daripada menunaikan Umrah. Menurut petikan temubual Yatt Hamzah dengan Media Hiburan,beliau sudah lama memasang niat untuk berhijrah kearah kebaikan,Ianya berjaya direalisasikan selepas pulang dari kelas Usrah.

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T

Sumber: Gambar Yatt Hamzah Kini Sudah Pakai Tudung | melvister.com

Nirwana Band – Sudah Cukup Sudah Chord lirik

Posted: 06 Apr 2012 10:08 AM PDT

Nirwana Band – Sudah Cukup Sudah Lyrics & Chord

Intro: F#m D E C# 2x

Verse
F#m D E A
inikah caramu membalas cintaku
Bm C#
kau nodai cinta yang ku beri
F#m D E A
inikah caramu membalas sayangku
Bm C#
kau lukai sayangku untukmu..

Bridge
E A
teganya kau menari diatas tangisanku
Bm C#
kau permainkanku sesuka hatimu..

Chorus (1)
F#m Bm
sudah cukup cukup sudah..
E A
cukup sampai disini saja..
F#m Bm
daripada hati gelisah
C#
cintaku kau balas dengan dusta..

Chorus (2)
F#m Bm
sudah cukup cukup sudah
E A
cukup sampai disini saja..
F#m Bm
daripada batin tersiksa..
C#
lebih baik ku pergi saja..

Verse
F#m D E A
telah berulangkali kucoba mengalah
Bm C#
ternyata sabarku tak berarti untukmu..

Bridge – Chorus (1) & (2)

F#m D E C#
F#m D E C#

Bridge – Chorus (2)

A#m C#
sudah cukup cukup sudah..
F#m B
cukup sampai disini saja..
A#m C#
daripada hati gelisah
Eb
cintaku kau balas dengan dusta..

A#m C#
sudah cukup cukup sudah
F#m B
cukup sampai disini saja..
A#m C#
daripada batin tersiksa..
Eb
lebih baik ku pergi saja..

 

Incoming search terms:

  • sudah cukup sudah chord (2)

Gossip: Natasha Hudson Dan Carleed Khaza Kini Pasangan Bercinta?

Posted: 06 Apr 2012 07:22 AM PDT

Gossip ini boleh jadi dua benda — slowpoke atau peminat secara am'nya tidak peduli akan kisah kecil sebegini. Kami peduli.

Menurut bisik bisik yang kami dengar, aktress juga penyanyi Natasha Hudson kini di'katakan sedang bercinta dengan pasangan duet, Carleed Khaza.

Carleed Khaza juga merupakan peneraju untuk Phuture Phlow sebuah syarikat penerbitan media & bakat selain mejadi pasangan duet Natasha Hudson untuk lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tidak banyak yang boleh di'ketahui tentang kisah silam Carleed Khaza tetapi Natasha Hudson sebelum ini pernah mencipta kontroversi dalam dunia hiburan — termasuk isu cinta & plagiat

Incoming search terms:

  • natasha hudson carleed (1)

Natasha Hudson Sahkan Bakal Kahwini Carleed Khaza Sekitar April, Baru Pulang Umrah

Posted: 06 Apr 2012 07:17 AM PDT

Ingat lagi gossip percintaan antara Natasha Hudson& Carleed Khaza yang kami paparkan sekitar bulan November 2011 yang lalu?

Ada kisah terbaru yang menarik untuk anda semua berkaitan kisah percintaan mereka. Selebriti yang bergelar pelakon dan penyanyi ini mengesahkan yang beliau bakal berkahwin tidak lama lagi.

Natasha Hudson yang selamat tiba ke tanah air selepas mengerjakan umrah pagi tadi berkata kepada wartawan Rotikaya yang tarikh sebenar masih belum di'ketahui.

Namun proses persiapan sudah pun di'mulakan menurut Natasha Hudson & beliau berharap yang semuanya akan berjalan lancar. Natasha Hudson memberitahu yang keputusan untuk berkahwin di'ambil ketika berada di kota Makkah.

Perintis Amplifier Gitar Marshall, Jim Marshall Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Posted: 06 Apr 2012 07:11 AM PDT

Anda mungkin mengenali jenama Marshall namun kurang tahu akan pencipta di'sebalik jenama yang begitu berjaya dalam dunia muzik hari ini.

Perintis jenama amplifier gitar mampu milik ini, Jim Marshall baru sahaja pergi meninggalkan kita semua selepas mengalami beberapa serangan strok selain menghidap penyakit kanser, menurut anak lelaki beliau. 

Berpusat di England, Jim Marshall berkata beliau mencipta amplifier pertama beliau sekitar tahun 1960. Ciptaan beliau menjadi popular & wajib ada buat artis seperti Pete Townshend, Jimi Hendrix, Eric Clapton & Jimmy Page.

DERA BAYI DI TASKA KOTA MASAI

Posted: 06 Apr 2012 06:51 AM PDT

VIDEO PENGASUH MENDERA BAYI DI TASKA KOTA MASAI. BEDUNG KETAT DAN TUTUP MULUT GUNA PITA PELEKAT

Video youtube Pusat Asuhan Dera Bayi atau kanak-kanak Di Taska Taman Kota Masai. Kerana Marah dengan majikan, dua pengasuh bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum


Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan bahawa ianya perbuatan khianat yang ingin merosakkan perniagaannya.

Sumber : VIDEO PENGASUH KEJAM DERA BAYI DI TASKA KOTA MASAI | illustrasiaku .com

SIASATAN KEMATIAN NURUL NADIRAH MATI TERBAKAR

Posted: 06 Apr 2012 06:45 AM PDT

SIASATAN TERKINI KEMATIAN NURUL NADIRAH KANAK-KANAK HILANG DITEMUI MATI RENTUNG DIBAKAR DI NUSA DAMAI 12 MAC 2012

KES NURUL NADIRAH MATI TERBAKAR – Terkini siasatan kematian Nurul Nadirah kanak-kanak hilang yang mati rentung akibat dibakar dan ditemui pada 12 Mac 2012. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya

Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya. Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Sumber : SIASATAN TERKINI NURUL NADIRAH MAYAT RENTUNG ORANG HILANG | illustrasiaku .com

SITI FATIHAH REMAJA HILANG MENGAKU TIDAK DICULIK

Posted: 06 Apr 2012 06:41 AM PDT

SITI FATIHAH REMAJA 15 TAHUN YANG HILANG KETIKA MEMBELI KAD TAMBAH NILAI MENGAKU TIDAK DICULIK – MENGAKU MELARIKAN DIRI KERUMAH TEMAN LELAKI

Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

"Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

"Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik' oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.

Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.

Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

"Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa," jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.

Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.

Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.

"Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin. – mynewshub.my

Sumber : SITI FATIHAH MENGAKU MELARIKAN DIRI KE RUMAH TEMAN LELAKI | illustrasiaku .com

GAMBAR ANAK STACY AF6 BELLA VALENTINA

Posted: 06 Apr 2012 06:36 AM PDT

GAMBAR BELLA VALENTINA ANAK STACY AF6

stacy af6 kini sudah bergelar ibu apabila memiliki seorang anak angkat bayi perempuan bella valentina selepas stacy af6 menjaga bella kerana keluarga bella mengalami kesempitan hidup. atas dasar keprihatinan stacy telah memilih untuk menjaga bella valentina.

anak stacy af6 itu masih bayi dan sungguh comel. sememangnya penyanyi pandai menari stacy af6 belum berkahwin dan itu tidak mungkin sama sekali untuk membolehkannya memiliki zuriat sendiri oleh itu tiada salahnya beliau mengambil bella valentina sebagai anak angkatnya yang berusia sebulan.

Sumber : Isu Semasa | illustrasiaku .com

No comments:

Post a Comment