Macam Best |
- Gambar Talha Harith Berpelukan Dengan Lelaki Tersebar Di Internet
- Islam Agama Syumul Yang Pentingkan Konsep Wasatiyah – Jamil Khir
- Hari Terakhir Shahrizat Hadir Mesyuarat Kabinet
- Tahanan kes rompak lolos dari lokap makhamah Jalan Duta
- Tiga ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan di Jelutong
- Tok Ayah ijab kabul tepi jalan
- Rahsia bil rendah
- GAMBAR BELLA VALENTINA ANAK STACY AF6
- Polis Marin Tumpas Sindiket Seludup Diesel Ke Negara Jiran
- Muhyiddin Mahu Petani Wujudkan Nilai Tambah, Tidak Tumpu Hanya Pengeluaran
Gambar Talha Harith Berpelukan Dengan Lelaki Tersebar Di Internet Posted: 06 Apr 2012 03:30 AM PDT Gambar Talha Harith Berpelukan Dengan Lelaki Tersebar Di Internet. Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut. "Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) milik saya yang dijadikan sebagai gambar profil kerana menyukai gambar sedang senyum.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak. Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya. Sumber: Gambar Talha Harith Peluk Lelaki Tersebar Di Internet | melvister.com |
Islam Agama Syumul Yang Pentingkan Konsep Wasatiyah – Jamil Khir Posted: 06 Apr 2012 03:06 AM PDT PUTRAJAYA: Islam merupakan agama syumul yang mementingkan konsep wasatiyah atau keseimbangan yang terbaik dalam setiap juzuk kehidupan umat manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. |
Hari Terakhir Shahrizat Hadir Mesyuarat Kabinet Posted: 06 Apr 2012 03:02 AM PDT PETALING JAYA: Biar pun akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 8 April ini, hari ini merupakan hari terakhir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertugas sebagai menteri. |
Tahanan kes rompak lolos dari lokap makhamah Jalan Duta Posted: 06 Apr 2012 02:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang tahanan yang akan dibicara di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merompak dan menyamar sebagai anggota polis meloloskan diri daripada lokap tahanan sementara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini. Tahanan lelaki berusia 32 tahun itu melarikan diri pada pukul 8.20 pagi dengan berpakaian baju-t berwarna kuning dan berseluar pendek ketika pihak polis membawa masuk lebih kurang 50 tahanan lain daripada Penjara Sungai Buloh untuk diserahkan kepada anggota polis yang menguruskan tahanan di mahkamah itu. Lokap tahanan sementara itu terletak di basemen dua bangunan itu. Sumber polis memberitahu Bernama pihaknya tidak dapat mengesahkan bagaimana tahanan itu berjaya meloloskan diri dan mereka kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di kompleks berkenaan untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku. |
Tiga ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan di Jelutong Posted: 06 Apr 2012 02:50 AM PDT GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kes samun di klinik perubatan di Jetutong semalam, kurang 24 daripada kes-kes itu dilaporkan. Turut ditahan bersama lelaki berusia 27 dan 39 tahun itu ialah seorang wanita rakyat Vietnam berusia 23 tahun yang merupakan teman wanita seorang daripada suspek itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata tangkapan pertama dibuat di hadapan sebuah restoran di Jelutong pada pukul 12.30 tengah malam tadi. “Suspek ditangkap semasa memandu kereta mewah. Hasil soal siasat, polis menemui dua bilah pisau dan menahan seorang lagi lelaki pada pukul 2 pagi di sebuah hotel bajet. Lelaki kedua itu ditahan bersama teman wanitanya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Gan berkata siasatan awal polis juga mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai kes jenayah lampau dan mereka juga positif dadah. “Suspek yang berumur 27 tahun dari George Town mempunyai 13 rekod jenayah manakala suspek kedua yang berumur 39 tahun dari Kelantan ada satu rekod kes bunuh dan pernah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun,” katanya. – BERNAMA |
Tok Ayah ijab kabul tepi jalan Posted: 06 Apr 2012 02:42 AM PDT PALSU…sijil nikah yang dipalsukan sindiket untuk menipu pasangan. IPOH: Di tepi jalan pun boleh asalkan bayar. Khidmat jurunikah palsu ini bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa kebenaran isteri. Sindiket nikah palsu itu yang didalangi warga tempatan menawarkan khidmat berkenaan dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan sebelum pasangan diberi sijil nikah. Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, khidmat jurunikah palsu itu dipercayai diiklankan sindiket melalui Internet menggunakan laman sosial dan iklan di kaki lima selain disebarkan individu yang pernah menggunakan perkhidmatannya. Menurutnya, sindiket dikenali 'nikah 10 minit' itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar 'Tok Ayah' berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah. "Pelanggan diberikan taklimat seringkas mungkin sebelum ijab kabul dilakukan. Setakat ini, maklumat mendapati Tok Ayah yang berasal dari Kedah, aktif menjalankan kegiatan itu walaupun menyedari menyalahi undang-undang," katanya. |
Posted: 06 Apr 2012 02:36 AM PDT POTONG…anggota penguat kuasa Syabas memeriksa penyambungan paip haram di bangunan terbabit, semalam. KUALA LUMPUR: Tindakan pemilik sebuah bangunan perniagaan di Jalan Loke Yew, di sini, membuat penyambungan air haram sejak setahun lalu untuk menikmati bayaran bil rendah terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam. Serbuan mengejut itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) jam 2.30 petang.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya menyerbu premis terbabit hasil siasatan selepas menerima aduan orang awam berhubung penyambungan haram itu.
Beliau berkata, pada masa sama hasil ujian klorin mendapati bekalan air yang diambil secara haram adalah air terawat daripada Syabas dan tindakan pemotongan pada sambungan dilakukan dalam operasi terbabit.
Menurutnya, bacaan meter bangunan terbabit menurun mendadak bermula 26 Februari tahun lalu dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan masalah tekanan air rendah sehingga ada beberapa premis mengalami gangguan bekalan. |
GAMBAR BELLA VALENTINA ANAK STACY AF6 Posted: 05 Apr 2012 10:02 AM PDT stacy af6 kini sudah bergelar ibu apabila memiliki seorang anak angkat bayi perempuan bella valentina selepas stacy af6 menjaga bella kerana keluarga bella mengalami kesempitan hidup. atas dasar keprihatinan stacy telah memilih untuk menjaga bella valentina. anak stacy af6 itu masih bayi dan sungguh comel. sememangnya penyanyi pandai menari stacy af6 belum berkahwin dan itu tidak mungkin sama sekali untuk membolehkannya memiliki zuriat sendiri oleh itu tiada salahnya beliau mengambil bella valentina sebagai anak angkatnya yang berusia sebulan. Sumber : Isu Semasa | illustrasiaku .com |
Polis Marin Tumpas Sindiket Seludup Diesel Ke Negara Jiran Posted: 05 Apr 2012 09:39 AM PDT PELABUHAN KLANG: Polis Marin menumpaskan satu sindiket menyeludup diesel ke negara jiran dan merampas hampir 500,000 liter diesel bernilai RM1.4 juta dalam serbuan di Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di sini. |
Muhyiddin Mahu Petani Wujudkan Nilai Tambah, Tidak Tumpu Hanya Pengeluaran Posted: 05 Apr 2012 09:30 AM PDT GURUN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para petani di negara ini supaya tidak hanya menumpu kepada aspek pengeluaran tetapi melakukan nilai tambah dengan meneroka bidang baru seperti industri. |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment