Macam Best |
- Gambar Perhimpunan Demo Anti PTPTN 14 April 2012
- Christina Perri & Jay Park Sahkan Kehadiran Ke Malaysia Untuk Persembahan Di KL Live
- Gambar Penyanyi SonaOne Dipukul Kerabat Raja Di Bukit Bintang
- Gambar Lisa Surihani Dan Yusri Bersama Kanak Kanak
- Zahid Tidak Kecewa Jadi Mangsa Pertama Terkeluar Dari Saingan Super Spontan
- Status Jantina Sri Wani Choo Abdullah Terjawab
- Khairul Fahmi Che Mat Putus Cinta Dengan Dahlia Teck & Kini Solo, Tumpukan Kerjaya
- Aaron Aziz Menipu Taraf Pemastautin Tetap Diluluskan
Gambar Perhimpunan Demo Anti PTPTN 14 April 2012 Posted: 14 Apr 2012 10:12 AM PDT Gambar Sekitar Perhimpunan Demo Anti PTPTN 14 April 2012. Pelajar mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka. Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot', 'Mansuh PTPTN' dan beberapa kain rentang lain. Sumber: Gambar Perhimpunan Demo Anti PTPTN 14 April 2012 | melvister.com |
Christina Perri & Jay Park Sahkan Kehadiran Ke Malaysia Untuk Persembahan Di KL Live Posted: 14 Apr 2012 09:53 AM PDT Posted on by RotiKaya Staff
Christina Perri yang popular dengan lagu A Thousand Years bakal hadir ke Malaysia pada 7 Jun 2012 & persembahan akan mengambil tempat di KL Live. Tiket bermula dari RM98 bakal mula di'jual pada 16 April 2012 & diskaun sebanyak 20% untuk semua harga akan di'berikan dengan pembelian sebelum 30 April 2012. Layari Ticket Pro. Dalam perkembangan berkaitan bintang muzik pop Korea, Jay Park mengesahkan kehadiran ke Malaysia pada 15 Mei 2012 dan juga mengambil tempat di KL Live. Maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket dan lain lain, sila rujuk Facebook DiGi Youths. |
Gambar Penyanyi SonaOne Dipukul Kerabat Raja Di Bukit Bintang Posted: 14 Apr 2012 09:47 AM PDT Penyanyi HIP HOP, SonaOne Dipukul Kerabat Raja Di Bukit Bintang .Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan. Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan. "Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan."Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka," katanya. Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B. Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Sumber: Gambar Penyanyi SonaOne Dipukul Kerabat Raja Di Bukit Bintang | melvister.com |
Gambar Lisa Surihani Dan Yusri Bersama Kanak Kanak Posted: 14 Apr 2012 09:40 AM PDT Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Bersama Kanak Kanak. Sekarang ni, ramai yang nak ingin tahu kisah terkini kehidupan Lisa Surihani dan Yusry. Segala tindak tanduk Lisa Surihani akan diambil oleh media untuk tontonan umum khas bagi peminat Lisa Surihani. Terkini, Lisa Surihani dan Yusry mengambil kesempatan untuk bermesra dengan kanak-kanak. Mungkin juga mereka sedang buat persediaan untuk menerima cahaya mata mereka sendiri nanti. ![]() Teruskan Membaca: Sumber: Gambar Mesra Lisa Surihani Dan Yusry Bersama Kanak Kanak | melvister.com |
Zahid Tidak Kecewa Jadi Mangsa Pertama Terkeluar Dari Saingan Super Spontan Posted: 14 Apr 2012 09:32 AM PDT Posted on by RotiKaya Staff
Super Spontan telah pun masuk ke minggu ketiga semalam dan menyaksikan kumpulan Beruang Comel Tewas kepada Kumpulan Angsa Ganas yang tampak lebih menyerlah minggu ini Yang pasti pada minggu hadapan kita bakal menyaksikan mangsa pertama dari Beruang Comel yang terpaksa di singgkirkan oleh ahli kumpulan sendiri. Sebelum bermulanya aksi di minggu ketiga semalam kita terpaksa bersedih hati apabila ahli kumpulan dari angsa ganas, Zahid terpaksa disingkirkan oleh ahli kumpulannya sendiri. Penyingkiran itu terjadi apabila Kumpulan Angsa Ganas telah tewas di tangan beruang comel di Minggu kedua dan Zahid mendapat undian tertinggi dalam kumpulannya untuk disingkirkan. Zahid berkata kepada wartawan kami semalam bahawa beliau memang faham dan akur dengan keputusan ahli kumpulannya kerana beliau agak susah untuk memberikan komitmen untuk hadir pada sesi latihan kerana jadual bercanggah dengan waktu beliau bekerja sebagai Dj radio ERA FM. |
Status Jantina Sri Wani Choo Abdullah Terjawab Posted: 14 Apr 2012 09:21 AM PDT Status Jantina Sri Wani Choo Abdullah Terjawab. Sebelum ni heboh apabila pengusaha produk kecantikan Sri Wani Choo Abdullah adalah seorang lelaki dan bukannya wanita. Sehubungan itu, suaminya sendiri telah memfailkan pembatalan perkahwinan berikutan isu Sri Wani adalah seorang lelaki. Namun, teka-teki berhubung jantina Sri Wani Choo Abdullah akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan. Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
"Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia. "Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia," katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. Sumber: Status Jantina Sri Wani Choo Abdullah Terjawab | melvister.com |
Khairul Fahmi Che Mat Putus Cinta Dengan Dahlia Teck & Kini Solo, Tumpukan Kerjaya Posted: 14 Apr 2012 09:17 AM PDT Posted on by RotiKaya Staff
Perkembangan terbaru penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia ini ialah beliau terpilih untuk bergelar jurucakap atau model untuk wangian terbaru keluaran SimplySiti, milik Siti Nurhaliza. Menariknya, dalam temubual baru baru ini bersama Media Hiburan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui yang beliau kini sudah kembali solo & sedang mencari. Heh. Sedang mencari itu kami tambah sendiri tetapi kenyataan'nya, Khairul Fahmi Che Mat sendiri mengakui yang beliau kini sudah tidak mempunyai apa apa hubungan dengan model sambilan, Dahlia Teck. Khairul Fahmi Che Mat juga berkata beliau tidak mahu peminat berspekulasi & mengaitkan Leuniey Natasha dengan apa yang terjadi antara beliau dan Dahlia Teck — selain kini mahu menumpukan lebih perhatian kepada keluarga juga kerjaya beliau sebagai wakil negara. |
Aaron Aziz Menipu Taraf Pemastautin Tetap Diluluskan Posted: 14 Apr 2012 09:04 AM PDT Aaron Aziz Menipu Taraf Pemastautin Tetap Diluluskan. Industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu berita gembira buat para peminat Aaron apabila pelakon kelahiran Singapura itu membuat kenyataan permohonan MyPR telah diluluskan dan ia akan diambil pada bila-bila masa. Bagaimanapun, pada hari yang sama, Aaron tampil membuat penjelasan dia belum mendapat sebarang kelulusan berkaitan MyPR lagi, namun, mengakui dia ada bercakap gurau seperti yang diperkatakan dengan seorang teman wartawan yang dikenalinya itu. Kata Aaron, pada kejadian tersebut, dia dan temannya itu sedang rancak berbual mengenai kemenangannya sebagai Bintang paling popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011) selain isu kritikan daripada aktor Zed Zaidi yang tidak puas hati dengan kemenangannya itu dan hal tersebut mungkin membuatkan dia teruja untuk berbicara mengenai isu permohonan MyPR itu. "Tak sangka selepas kemenangan yang diperoleh, dua kontroversi tercetus sekaligus. Dan ia merupakan cabaran yang paling berat perlu dilalui sepanjang saya bergelar pelakon. Sumber: Aaron Aziz Menipu Taraf Pemastautin Tetap Diluluskan | melvister.com |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment