Saturday, 31 March 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Lembu Berkaki 6

Posted: 31 Mar 2012 02:22 AM PDT

Six Legged Calf

 

Lelaki Diselamatkan beruang oleh serangan singa

Posted: 31 Mar 2012 02:07 AM PDT

Seorang lelaki berasal dari California, Biggs mengatakan bahwa beliau telah diselamatkan dari serangan singa  oleh seekor Beruang.

Semasa lelaki ini berjalan-jalan di sekitar hutan di California, dia telah diserang oleh seekor singa.

Beliau memberitahu, seekor singa tiba-tiba datang menerpanya dari belakang dan menariknya. Saat diserang singa tersebut, matanya mulai kabur dan hampir pengsan.

Disaatgetir tersebut, tiba-tiba seekor beruang datang menerpa singa tersebut. beruang tersbut melibas singa tersebut.

Biggs di dalam keadaan hampir-hampir pengsan tersebut, sempat melihat perlawanan antara singa tersebut dan beruang.

Beruang menang dalam perlawanan tersbut dan singa tersebut lari masuk ke dalam hutan. Begitu juga beruang tadi, beruang tersebut meninggalkan Biggs.

Biggs memberitahu bahawa sebelum beruang tersebut meninggalkannya, ia sempat merenung Biggs.

 

Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012

Posted: 31 Mar 2012 01:18 AM PDT

Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam Negara.

Yayasan Telekom Malaysia

Kategori Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha
  2. Biasiswa Diploma
  3. Biasiswa Ijazah Pertama

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti di Universiti Multimedia
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya A dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 4 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Diploma
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 20 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya B dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  4. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Multimedia College (MMC)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaya (UM)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

No comments:

Post a Comment