Sunday, 4 March 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Anak Bienda bernama Lavienda Namiraz

Posted: 04 Mar 2012 01:08 AM PST

Gambar anak perempuan Bienda, Lavienda Namiraz yang dilahirkan pada 26 Februari lalu.

 

PETALING JAYA: Penyanyi Bienda berkata dia mendapat ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz kepada anak perempuannya yang baru dilahirkan itu daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya ketika hamil.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, bagi berlaku adil mereka bersepakat untuk menggabungkan bahagian nama masing-masing kepada bayi sulung itu.

"Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

"Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu," katanya.

Bercerita tentang pengalaman bergelar ibu, Bienda berkata dia bersyukur kerana anaknya tidak mempunyai banyak ragam atau kerap menangis.

Bienda dan suami, Kamarul Zariman Abd Rahman (Boy) pada majlis persandingan mereka pada 8 Oktober 2010.

 

Sekali pun, dia mengakui masih berasa kekok dengan kehadiran bayi itu dalam keluarganya, Bienda teruja untuk melayari kehidupan dengan status baru itu.

"Saya dan suami masih kekok dan terkejut dengan kehadiran anak kami dalam keluarga. Selama ini, saya mengandung dan kini dia sudah lahir, saya susah hendak gambarkan perasaan itu.

"Namun, saya bersyukur kerana Lavienda tidak banyak kerenah dan kami sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini," katanya.

Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut Sheeda selamat melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu.

Bienda berkahwin dengan Boy yang juga penerbit program di Primeworks Studios itu pada 8 Oktober 2010.

Incoming search terms:

  • maksud nama lavienda namiraz (2)
  • gambar anak bienda bernama lavienda namiraz (1)
  • nama anak bienda (1)

Cara Nak Tahu Password Facebook orang lain

Posted: 03 Mar 2012 01:56 PM PST

 

Tercari-cari cara nak tahu password facebook orang lain?

Sebenarnya tiada cara yang khusus untuk mengetahui password orang lain.

Jika dulu banyak je software yang boleh dipakai. Tapi disebabkan facebook telah memperkuatkan team security mereka, kebanyakan software tersebut telah tidak boleh digunakan lagi.

walau bagaimanapun, ada satu cara yang mungkin berkesan. Aku tak nak ajar kat sini. korang boleh cari dekat google “phishing facebook passsword”.

selamat berjaya. Gunakan ke arah kebaikan untuk menimbah ilmu tapi bukan untuk menjatuhkan orang.

Incoming search terms:

  • cara nak tahu password facebook (3)
  • cara cara cari password kat facebook (1)
  • cara hack facebook (1)
  • cara hack password facebook orang lain (1)
  • cara nak hack facebook 2012 (1)
  • cara nak tahu password facebook orang lain (1)

Lirik lagu Terukir Di Bintang Yuna

Posted: 03 Mar 2012 01:46 PM PST

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Incoming search terms:

  • lirik lagu terukir di bintang yuna (1)

Biodata Lengkap Aaron Aziz

Posted: 03 Mar 2012 01:24 PM PST

Biodata Aaron Aziz

NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Tampines, Singapura
DRAMA: Haryati 2, Sumaiyyah, Garisan Takdir, Penghujung Rindu, Janji Diana, Cinta Gila, Rahsia Hati, Tuah Kembali, Cinta Lelong (tayangan Aidilfitri) dan Kasih Tercipta (terbaru)
FILEM: Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam, Shyy… Dia Datang, Pisau Cukur dan Datin Ghairah (terbaru)
KOMERSIAL TV: L’oreal Men dan Celcom
DUTA: L’oreal dan Celcom
NIKAH: 3 Ogos 2003
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 5, dan Dwi Ariana,3.

Incoming search terms:

  • biodata lengkap aaron aziz (3)

23 Tanda Lelaki Setia Pada Cinta

Posted: 03 Mar 2012 09:44 AM PST

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun

20. Dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

SUMBER 

Petani Menghasilkan Pesawat Buatan Sendiri

Posted: 03 Mar 2012 09:43 AM PST

Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya. Kebanyakan badan pesawat sepanjang 5 meter dan lebar 1.5m itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136).

SUMBER

Salji Turun Di Palestin Buat Kali Pertama

Posted: 03 Mar 2012 09:42 AM PST

Masjid Al-Aqsa, BAITULMUQADDIS dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun. Penduduk Palestin bermain salji di sekitar Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat. Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.

Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas. Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008.

 

SUMBER

Keputusan Penuh Liga Super 3 Mac 2012

Posted: 03 Mar 2012 09:20 AM PST

Berikut adalah keputusan penuh liga super Malaysia pada 3 Mac 2012. Empat perlawanan Liga Super telah berlangsung pada 3 Mac dan keputusan perlawanan boleh didapati dibawah. T-Team dan Sarawak telah tamat dengan T-Team menang dengan 1-0.

Keputusan Liga Super 3 Mac 2012

03.03. 20:45 FT Kedah Selangor 1 – 0
03.03. 20:45 FT Kuala Lumpur Terengganu 0 – 1
03.03. 20:45 FT PKNS FC Perak 2 – 1
03.03. 20:15 FT Sabah Johor FC 2 – 1

Teruskan Membaca:

Incoming search terms:

  • liga super malaysia (1)

No comments:

Post a Comment