Macam Best |
- Janin tanpa kepala Ditemui
- Asyraf (Imam Muda) Mula Dapat Kepercayaan Masyarakat
- Sara Ali Enggan Terlalu Menonjol Di Tempat Awam
- Zizan Razak Mahu Jadi Pelumba Kereta
- Gambar Suria KLCC Terbakar
Posted: 29 Mar 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Kejam apabila janin berusia empat bulan tanpa kepala yang dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas kediaman penduduk dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, semalam. Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) apabila terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin berusia empat bulan itu dibuang dalam tempoh 48 jam lalu yang digugurkan daripada kandungan ibunya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. |
Asyraf (Imam Muda) Mula Dapat Kepercayaan Masyarakat Posted: 29 Mar 2012 08:18 PM PDT ![]()
KUALA LUMPUR: Juara Imam Muda musim pertama, Asyraf berkata penglibatan kelompok pendakwah dalam dunia hiburan yang lebih komersial semakin mendapat respons daripada masyarakat. Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 28, berkata trend pendakwah muda yang lebih mesra dan mudah didekati itu memberikan gambaran positif terhadap perkembangan dakwah Islam berbanding pendekatan konvensional sebelum ini. “Saya akui melalui platform komersial sebegini ia sebenarnya membuka dimensi baru pada teknik dakwah. “Pada awalnya, selepas menjuarai IM dua tahun lalu, saya bimbang juga jika ada pihak yang menganggap gabungan komersial dan dakwah tidak sesuai tapi alhamdulillah lama-kelamaan ia semakin diterima,” katanya. Asyraf berkata, seiring dengan arus teknologi dan perubahan gaya hidup semasa, dia tidak melihat ia sebagai satu isu bagi kumpulan pendakwah menggunakan unsur komersial dalam berdakwah. “Kritikan kelompok ortodoks dan konvensional adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan tetapi yang penting niat kita iaitu untuk menyebarkan syiar Islam di kalangan masyarakat. “Jika unsur komersial dan populariti pendakwah atau institusi agama itu boleh mendekatkan kita dengan masyarakat, saya tidak nampak ia satu kesalahan. Masyarakat Islam semakin terbuka hari ini,” katanya. Asyraf berkata impak daripada elemen komersial pada pendakwah muda sepertinya boleh dilihat apabila dia dikerumuni masyarakat ketika bertemu pada majlis-majlis ilmu atau kawasan umum. “Saya berasa gembira dan bersyukur apabila golongan pendakwah mula digilai oleh masyarakat seperti mereka menyukai artis. “Bukan mahu berbangga tetapi apabila saya atau rakan-rakan pendakwah lain dikerumuni masyarakat untuk bergambar atau bersalam, ia memberikan gambaran dan budaya yang baik. “Sekali gus menunjukkan tiada jurang antara pendakwah dan masyarakat tidak seperti dulu di mana masyarakat berasa segan atau takut untuk mendekati pendakwah,” katanya. Terbaru, Asyraf dan naib juara IM1, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 29, (Hizbur) bakal terlibat sebagai mentor kepada para peserta musim ketiga program itu. |
Sara Ali Enggan Terlalu Menonjol Di Tempat Awam Posted: 29 Mar 2012 08:16 PM PDT ![]() Pelakon Sara Ali, 22, tidak mahu terlalu menonjol di tempat awam untuk menjaga nilai eksklusifnya seperti yang dilakukan oleh Maya Karin. Sara yang kini muncul dalam filem Jangan Pandang-Pandang (JPP) berkata, dia tidak mahu mudah dilihat di mana-mana sahaja tetapi ingin masyarakat mengenalinya melalui karya yang dihasilkan. “Benar, saya mahu kekalkan nilai eksklusif pada diri. Kadang kala, saya kurang faham dengan selera masyarakat tempatan yang menyukai seseorang artis itu kerana rupa atau bakat. “Justeru itu pendekatan kurang menonjolkan diri dapat menunjukkan sejauh mana orang luar mengenali bakat saya di bidang lakonan ini. Saya juga mengambil contoh terdekat idola saya, Maya Karin. Dia kurang menonjolkan diri bagi menjaga nilai eksklusifnya,” kata Sara. Dalam pada itu, Sara juga mempunyai strateginya tersendiri dalam mengukuhkan lagi karier lakonannya dan akan berhenti bergelar pelakon sebelum usianya mencecah 30 tahun. “Apa yang saya buat hari ini (berlakon) adalah proses pembelajaran semata-mata. Ini kerana saya mempunyai impian untuk bergelar seorang pengarah berjaya pada masa akan datang ini. “Kalau nak tahu, selain berlakon, saya juga banyak menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir juga. Insya-Allah saya ingin menyambung pengajian di bidang perfileman di luar negara. “Tetapi setakat ini New York Film Academy (NYFA) merupakan impian utama saya. Doakan supaya saya dapat menyambung pelajaran di sana,” ujar pelakon berkelulusan ijazah jurusan seni bina di Lim Kok Wing ini. Sementara itu, Sara tidak sabar untuk melihat reaksi penonton mengenai lakonannya dalam JPP bersama barisan pelakon lain seperti Zizan Razak, Nas-T dan Miera Leyana. “Saya harap lakonan saya berjaya mencuit hati para penonton. lebih-lebih lagi ia sebuah filem komedi, jadi sedikit sebanyak, karakter komedi turut saya selitkan dalam filem ini,” ujarnya ringkas. |
Zizan Razak Mahu Jadi Pelumba Kereta Posted: 29 Mar 2012 08:15 PM PDT ![]()
Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda. Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang. “Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya. “Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan. “Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini,” katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive. Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti. “Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan. “Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari,” ujarnya. Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan. Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang. |
Posted: 29 Mar 2012 07:22 AM PDT Dengar-dengar petang tadi Suria KLCC berlaku sedikit kebakaran. Betul ke? bagaimanapun, aku nak kongsi gambar SUria KLCC yang dikatakan terbakar itu.
|
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment