Thursday, 29 March 2012

Macam Best

Macam Best


Semakan Permohonan Matrikulasi 2012/2013

Posted: 28 Mar 2012 11:47 PM PDT

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013  boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

 

Liyana Jasmay kini tunangan orang

Posted: 28 Mar 2012 06:11 PM PDT

SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam.

 

Nampaknya pelakon Liyana Jasmay telah pun bertunang.

 

HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi.

Liyana, anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.
Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket, butang baju Melayu, set haruman, senaskhah al-Quran, kek dan manisan.

 

Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.
Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Pelakon kesal dituduh gay

Posted: 28 Mar 2012 06:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerana paras 'jambu', pelakon, Syed Ali, 26, sekali lagi dipalit kontroversi apabila terus dikaitkan sebagai lelaki mengamalkan hubungan sejenis atau gay hingga dikecam pihak tertentu dan mengaibkan dirinya.

Menurutnya, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sama sekali tidak logik sebaliknya dia masih waras untuk membezakan perkara baik atau buruk.

"Dakwaan kononnya saya menjalin hubungan dengan pelakon, Azam Pitt pun masih hangat diperkatakan sehingga saya terus dikecam sebagai gay," katanya, semalam.

Pelakon drama Jiwa Kacau itu berkata, dakwaan terbaru dimaklumkan rakannya Ahad lalu mendakwa dia membawa 'teman lelaki' dan berpegangan tangan di lokasi penggambaran sebuah drama.

 

"Saya memang rapat dengan Azam Pitt mahupun pengurus saya dan ia bukan bermakna saya seorang gay. Saya melayan mereka seperti adik-beradik.

No comments:

Post a Comment