Friday, 2 March 2012

Macam Best

Macam Best


Najib di Kelantan untuk lawatan kerja sehari

Posted: 01 Mar 2012 10:24 PM PST

KOTA BHARU 2 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan.

Perdana Menteri tiba pada 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan ramah mesra bersama profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional negeri sebelum pulang ke Kuala Lumpur. — BERNAMA

Mayat wartawan, jurugambar ditemui di Syria

Posted: 01 Mar 2012 10:22 PM PST

DAMSYIK: Pihak berkuasa Syria sudah menjumpai mayat wartawan warga Amerika Syarikat, Marie Colvin dan jurugambar warga Perancis, Remi Ochlik di daerah Baba Amr, Homs hari ini, lapor Kementerian Luar Negeri.

"Pihak berkuasa tempatan pagi ini mengebumikan mayat dua pengamal media itu, Marie Colvin dan Remi Ochlik dalam usaha kemanusiaan terbesar," menurut sumber di kementerian yang dipetik agensi berita Sana.

"Kedua-dua mereka dikebumikan di wilayah ini yang dikawal kumpulan pengganas bersenjata,” kata sumber berkenaan.

Wartawan berkenaan maut dalam serangan roket 22 Februari lalu di pusat sementara media di Baba Amr, kubu kuat pemberontak di tengah bandar Homs, Syria. – AFP

Norish Karman Tidak Peduli Cakap Orang Kerana Jadi Penyanyi

Posted: 01 Mar 2012 10:21 PM PST

Norish Karman puas impian bergelar penyanyi jadi kenyataan hasil titik-peluh selama empat tahun. – Foto oleh AZLINA ABDULLAH

 

PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman menegaskan tidak mahu mengambil peduli terhadap persepsi negatif segelintir pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk bergelar penyanyi.

Menurut wanita berusia 36 tahun ini, penghijrahannya ke bidang nyanyian adalah sesuatu yang sudah lama diimpikan. Justeru itu, katanya, dia tidak perlu berasa khuatir atau tergugat dengan sikap skeptikal pihak tertentu untuk merealisasikan hasrat terpendam itu.

"Saya ada mendapat pelbagai respons dan komen orang mengenai percubaan saya kepada bidang nyanyian. Ada yang positif dan tidak kurang juga yang meragui usaha saya ini.

"Ada yang kata apa perlunya saya hendak menyanyi dan lebih baik teruskan berlakon sahaja. Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang seni yang sudah lama terpendam dalam diri," katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, faktor lewat merakamkan lagu ketika usia semakin lanjut tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya dalam melaksanakan impian untuk bergelar penyanyi.

"Tiada isu usia atau lewat bermula dalam diri saya. Orang yang menganggap perkara itu sebagai penghalang hanya akan membatasi diri mereka untuk mencapai impian.

"Selepas sekian lama merancang, saya kira ini adalah waktu terbaik untuk memulakannya," katanya.

 

Norish turut berharap kemunculan album sulung yang akan dilancarkan pada penghujung Mac ini menjawab segala dakwaan kononnya dia mendiamkan diri sejak hujung tahun lalu kerana hamil luar nikah.

"Ini (album) adalah jawapan kepada persembunyian saya selama ini. Banyak sangat spekulasi dan tohmahan yang dilemparkan tetapi saya tidak mahu pening kepala untuk menjawab.

"Saya mahu muzik saya memberikan penjelasan kenapa saya menyepi. Ini adalah hasil keringat dan susah-payah saya selama tiga hingga empat tahun ini," katanya.

Sambung Norish, album yang bakal memuatkan enam hingga tujuh lagu itu cukup bermakna buatnya kerana dia tidak hanya menyanyi tetapi turut terlibat sepenuhnya dalam proses penerbitan.

"Album ini pasti ada kekurangannya kerana ia adalah percubaan pertama tetapi ia memberikan kepuasan dan pengalaman yang luar biasa.

"Bukan hanya saya mengeluarkan wang sendiri, malah saya belajar dan terlibat dalam proses penerbitan dan penulisan lirik lagu-lagu dalam album ini," katanya yang turut melakukan kolaborasi dengan Filsuf dalam lagu Terus Melangkah.

Jangan Samakan MAX 24:7 Dengan K-Pop

Posted: 01 Mar 2012 10:20 PM PST

Max 24:7 menjelaskan mereka bukan sebuah kumpulan Kpop sebaliknya membawa genre Mpop. – Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI.

 

PETALING JAYA: Kumpulan Max 24:7 menjelaskan mereka tidak pernah memperjuangkan genre K-pop sebaliknya membawa irama M-pop iaitu Malaysia Pop yang lebih sesuai dengan selera muzik tempatan.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Mohd Nor Azizi Zakaria atau Kim berkata, tanggapan itu terus dibuat oleh masyarakat mungkin kerana mereka tampil bersama 10 orang ahli dengan imej seakan-akan kumpulan muzik dari Korea.

“Orang mungkin keliru kerana kami tampil dengan imej dan ahli yang ramai sehingga terus membuat kesimpulan itu walaupun sebenarnya kami memperjuangkan genre M-pop,” ujarnya kepada mStar Online.

Max 24:7 dianggotai oleh Mohd Amirul Aizad (Mierul), 19, Arieff Ashraf Bukhari (A’ar), 21, Ahmad Afifi Abu Kassim (Fifi), 21, Muhammad Haikal Alias (Eykal), 19, Imtiaz Fahmi Ismail (Imtiaz), 20, Mohd Nor Azizi Zakaria (Kim), 25, Omar Bahrain Ahmad (OB), 23, Herman Midin (Virgo), 23, Muhammad Gusman Nasir (Jaq) 20, dan Muhammad Hanis Rahim (Hans), 22.

Dalam pada itu, Kim memberitahu mereka ingin dikenali sebagai sebuah kumpulan M-pop yang serba boleh dalam menyampaikan pelbagai genre lagu selain tidak mahu dibandingkan dengan kumpulan lain.

Maz 24:7 bersama Aesar Mustafa yang menguruskan dan menerbitkan album mereka.

 

Kim menambah, mereka mempunyai matlamat dan wawasan tersendiri dalam memastikan mereka diterima dan kekal di hati peminat-peminat muzik tempatan.

Dalam perkembangan lain, Max 24:7 mewujudkan sistem penggiliran di kalangan mereka yang bertindak sebagai ketua bagi memastikan aktiviti kumpulan itu berjalan lancar.

Kata Kim, sistem itu diadakan untuk memberi peluang kepada semua anggota memikul beban sebagai ketua selain belajar mengenai pengurusan dan sekali gus dapat menaikkan keyakinan diri masing-masing.

“Setiap bulan Max 24:7 akan bertukar ketua dan memberi peluang sama rata kepada semua untuk memikul tanggungjawab supaya tidak akan ada seorang pun rasa tersisih.

“Sistem ini juga dapat merapatkan hubungan kami sebagai sebuah kumpulan,” ujarnya.

Tambahnya, mereka juga akan berlatih setiap malam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi bagi memastikan persembahan mereka mantap di atas pentas.

 

“Latihan ini adalah cukup penting buat kami kerana ingin memberikan persembahan terbaik kepada penonton selain menaikkan stamina kami sebagai sebuah kumpulan,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru kumpulan itu, Kim memberitahu mereka sedang giat mempromosikan album pertama yang memuatkan lima buah lagu termasuk lagu Gadis dan Bunga sebuah lagu lama yang dirakamkan semula.

Tambahnya, mereka juga sedang giat mempromosikan lagu terbaru berjudul Biar Putus Sementara yang turut menampilkan pengurus dan penerbit album itu, Aesar Mustafa.

“Kami juga bercadang untuk merakamkan semula sebuah lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza iaitu Cindai untuk album terbaru ekoran penerimaan yang baik terhadap lagu Gadis dan Bunga,” ujarnya.

Selain itu, Kim berkata, mereka juga turut dilantik sebagai Duta Belia Dadah untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selain turut menyanyikan lagu tema untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pendaftaran SPM dan SPMU bagi calon persendirian 2012

Posted: 01 Mar 2012 08:21 PM PST

Pendaftaran secara online SPM dan SPMU bagi calon bersendirian kini dibuka bermula pada 1 mac 2012.

Pendaftaran calon persendirian ini akan ditutup pada 31 Mac 2012.

Pendaftaran bolehlah dibuat di Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.

Untuk borang online dan maklumat lanjut bolehlah melayari laman web ini;  http://www.moe.gov.my/lp

Incoming search terms:

  • borang pendaftaran calon persendirian spm 2012 (1)
  • pendaftaran spm 2012 (1)

Gambar Anak Perempuan Mawi

Posted: 01 Mar 2012 11:08 AM PST

Sebelum ni mawi tidak menunjukkan anak perempuannya yang baru dilahirkan. Akhirnya setelah bebrapa hari, mawi pun menunjukkan anak perempuannya itu kepada media.

Bayi perempuan itu diebri nama Cahaya Malaika.

Incoming search terms:

No comments:

Post a Comment