Saturday, 28 January 2012

Macam Best

Macam Best


26 Monumen Awesome di Yugoslavia yang telah ditinggalkan

Posted: 27 Jan 2012 06:57 AM PST

Abandoned Yugoslavian monuments

Friday, 27 January 2012

Macam Best

Macam Best


GAMBAR KAD KAHWIN YUSRY ABDUL HALIM (KRU) DAN LISA SURIHANI PERKAHWINAN DI PICC 26 FEBRUARI 2012

Posted: 27 Jan 2012 02:11 AM PST

GAMBAR KAD KAHWIN YUSRY ABDUL HALIM (KRU) DAN LISA SURIHANI PERKAHWINAN DI PICC 26 FEBRUARI 2012

Ramai menantikan perkahwinan duda Yusri KRU dan pelakon jelita Lisa Surihani yang akan berlangsung pasa 26 februari 2012 di PICC Putrajaya. Gambar kad pekahwinan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani adalah seperti dibawah.

—>SUMBER<—

Faezah Elai Tolak Aksi Ranjang, Berkemban

Posted: 27 Jan 2012 01:53 AM PST

Faezah Elai

 

PETALING JAYA: Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

"Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.

"Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

"Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

“Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya," ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

"Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius," jelasnya

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul "Bukan Hanya Sedetik" terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.

Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

"Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu," katanya.

Tuesday, 24 January 2012

Macam Best

Macam Best


Permohonan Kemasukan Politeknik 2012 Bagi Lepasan SPM

Posted: 23 Jan 2012 07:18 AM PST

Permohonan kemasukan ke Politeknik 2012 bagi lepasan SPM kini sudah dibuka. Kepada calon SPM 2011, anda boleh membuat permohonan ke politeknik melalui program kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syarat Minimum Kemasukan Politeknik

1. Warganegara Malaysia

2. Boleh membaca, menulis dan mengira.

3.  Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

4. Serta mendapat kepujian dalam 5 matapelajaran yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat tentang syarat kemasukan politeknik mengikut program, Sila layari Syarat Am Kemasukan Politeknik

Permohonan Online Politeknik 2012

Untuk membuat permohonan, sila layari laman sesawang permohonan Politeknik 2012 KPT

Tuesday, 17 January 2012

Macam Best

Macam Best


Ally Iskandar Akan Berkahwin dengan Farah Lee Januari 2012?

Posted: 17 Jan 2012 03:38 AM PST

Ally Iskandar dikatakan akan kahwin dengan Farah Lee pada 20 Januari 2012. Farah Lee merupakan seorang pelajar universiti yang berasal dari terengganu. Menurut sumber, majlis perkahwinan akan berlangsung secara sederhana dengan membuat kenduri kesyukuran.Ally dikhabarkan telah merisik Farah di kampung halamannya. Ketika itu, ada mata yang melihat Ally memakai baju Melayu warna putih purple cream.

Biodata Farah Lee :
Birthday: March 12, 1989
About: Live for Allah. Die for Allah
Description: A Caliph of Allah. An ummah of Rasullullah. A Da'ie. A third year Mechanical Engineering student in South Korea.
General Information: I am pleased with.. Allah as my Lord, Islam as my religion, Muhammad as my Prophet.

Biodata Ally Iskandar :
Nama penuh: Ally Iskandar Mohd Mardzi
Pekerjaan: Pengacara dan penerbit TV3
Info: Dilahirkan pada 13 Januari 1976 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Gong Badak,Kuala Terengganu serta menetap di Petaling Jaya, Selangor. Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat

Gambar Ahli Keluarga Farah Lee

Gambar Majlis Merisik Ally Iskandar Dan Farah Lee

sumber:melvister.com

Incoming search terms:

  • biodata farah lee (21)
  • bakal isteri ally iskandar (11)
  • ally iskandar berkahwin (5)
  • biodata ally iskandar (5)
  • farah lee ally iskandar (4)
  • kisah kahwin ally iskandar (4)
  • bila ally iskandar (4)
  • ally iskandar akan berkahwin (3)
  • bakal isteri ally (2)
  • farah lee bakal isteri ally iskandar (2)

Download Full Movie Suatu Malam Kubur Berasap

Posted: 17 Jan 2012 12:01 AM PST

download suatu malam kubur berasap Full Movie Download. Suatu malam kubur berasap merupakan sebuah Filem bergenre komedi seram arahan Ernie Chan yang pastinya akan membuat penonton berasa seram disamping aksi yang lawak. Untuk pengetahuan anda,  Filem ni sudah pun berada di pawagam pada 22 Disember 2011.

Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap

Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.

Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.

Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah nasib mereka? Jangan lupa tonton Suatu Malam Kubur Berasap.

Sumber: Filem Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie Download | melvister.com

Incoming search terms:

  • download full suatu malam kubur berasap 2012 mediafire (1)
  • suatu malam kubur berasap mediafire download (1)

Monday, 16 January 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Panas Farah Asyikin Othman Punca Hattan Bercerai

Posted: 16 Jan 2012 12:49 AM PST

Gambar kontroversi Farah Asyikin Othman bersama lelaki atas katil merupakan punca Hattan bercerai. Sebelum ni, sudah digossipkan bahawa Hattan yang baru sahaja berkahwin selama 2 minggu dah nak bercerai dengan isteri iaitu Farah Asyikin. Nampaknya gosip tersebut telah jadi kenyataan apabila Hattan sendiri tampil membuat pengakuan bahawa mereka sudah bercerai talak satu baru-baru ni.

Namun, ada sumber mengatakan bahawa isu gambar Farah Asyikin bersama seorang lelaki atas katil menjadi penyebab mengapa Hattan memutuskan untuk bercerai dengan isterinya. Dalam gambar tersebut, memang terpapar wajah mirip Farah sendiri tidur dengan lelaki lain. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan.

Sumber: Gambar Panas Farah Asyikin Othman Punca Hattan Bercerai | melvister.com

Saturday, 14 January 2012

Macam Best

Macam Best


Biodata Penuh Randy Pangalila

Posted: 14 Jan 2012 03:14 AM PST

Randy Pangalila Artis yang terkenal dari indonesia ini, baru je berlakon telemovie biar mimpi samapi ke bintang bersama  Elfira Loy.

Ok, sedikit biodata penuh Randy Pangalila ini;

Bioadata Randy Pangalila / Galang

Nama Penuh : Randy D Pangalila
Nama Panggilan : Randy Pangalila
Tempat dan Tarikh Lahir : Surabaya, 19 Oktober 1990
Pendidikan Terakhir : Pendidikan di Rumah
Nama Ayah : E.H.A. Pangalila
Nama Ibu : Aghata Lisa
Hobi : Randy pangalilawondo
Makanan Kegemaran : Sate Padang
Warna Kesukaan : Hitam
Zodiak : Libra

Sinetron Randy Pangalila

* Alyssa
* Gue Banget
* Cinta Fitri
* Cinta Kirana
* Chelsea
* Karissa
* Sumpah I Luv U

Filem Randy Pangalila

* Oh Baby

Galang Cinta Kirana

Syamsul Tukar Judul ‘KL Gangster 2’ Elak Penonton Keliru

Posted: 14 Jan 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan dalam filem tersebut.

Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).
"Apa yang saya perhatikan segelintir besar penonton kita masih tidak faham maksud istilah prekuel dan sekuel yang digunakan dalam sesebuah filem.

"Saya bimbang jika istilah prekuel dikekalkan dalam tajuk KL Gangster 2, penonton yang tidak faham istilah itu akan berasa keliru dengan jalan cerita dan watak dalam filem kedua ini," katanya kepada mStar Online, Khamis.
Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu.

"Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa beberapa watak seperti Shark lakonan saya dan Fadil (Zizan Razak) masih hidup dalam KL Gangster 2 kerana terkeliru dengan plot filem ini.

"Sebab itu, saya berasa adalah lebih baik jika saya gunakan tajuk baru KL Gangster 2: The Beginning yang membawa maksud yang lebih jelas kepada penonton," katanya.

Filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri.

Ia masih menjalani penggambaran untuk tempoh 50 hari dan diakui oleh penerbitnya Datuk Yusof Haslam sebagai filem termahal yang diterbitkan syarikat produksi mereka, Skop Production Sdn Bhd.

Terbaru, filem KL Gangster yang mengungguli carta kutipan pecah panggung filem tempatan dengan RM11.74 juta, terus mencipta kejayaan apabila terpilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Hua Hin 2012 di Bangkok, Thailand pada 26 hingga 29 Januari ini. – uptomu.net

Fazura Mengaku Ingkar Cakap Ibu

Posted: 14 Jan 2012 02:43 AM PST

Fazura Mengaku Ingkar Cakap Ibu

KUALA LUMPUR – Pelakon yang tidak pernah lekang dari kisah hangat, Nur Fazura mengaku ingkar perintah ibunya kerana meneruskan kerjaya sebagai pelakon meskipun sebenarnya dia tidak mendapat restu daripada orang tuanya.

Memetik laporan dari Berita Harian, Fazura memberitahu ibunya menentang keras hasratnya untuk bergelar sebagai seorang pelakon tetapi, dia tetap meneruskan kerjaya ini kerana terlalu minat dan cintakan bidang lakonan.

"Emak memang tidak suka saya berlakon sejak dari dulu lagi kerana dia mahu melihat saya terbabit dalam kerjaya lain atau perniagaan tetapi kerana minat saya teruskan juga berlakon.

"Mungkin sebab sudah berusia 52 tahun dan mudah sensitif menyebabkan emak bersikap macam itu. Apapun bukan niat saya untuk menderhaka. Ini semua kerana minat," kata Fazura.

Fazura bagaimanapun menegaskan akan bersara awal dari dunia lakonan apabila sudah tiba 'seru' untuk dia berbuat demikian.

Pun begitu, keputusan untuk bersara awal yang seperti didakwa bukanlah kerana 'tunduk' dengan kehendak ibunya, tetapi lebih kepada berhati-hati untuk memilih watak yang lebih 'baik' yang sesuai untuk dia lakonkan.

Fazura sudah hampir lapan tahun menceburkan diri dalam dunia lakonan dan mula berlakon pada tahun 2004 dalam filem pertamanya berjudul Bicara Hati arahan Datuk Rosnani Jamil.

Sejak kebelakangan ini, dia sudah mula mengurangkan pembabitannya di layar perak selepas filem Pisau Cukur.

Terbaru, Fazura sedang giat menjalani penggambaran filem terbarunya bertajuk 'Bujang Terlajak Belum Terlanjur' arahan A Razak Mohaideen dan dianggap membuka lembaran baru buat pelakon wania ini.

Filem terbabit menampilkan pelakon-pelakon lawak negara seperti Saiful Apek, Johan dan Nabil.

"Saya terima tawaran Razak sebab merasakan watak saya dalam filem ini ada kelainan dan ingin mencuba komedi ringan.

"Filem ini ada mesej tersendiri dan tidak memerlukan penonton untuk berfikir plot penceritaannya," katanya.

Fazura berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang akan mempersoalkan tentang kemunculannya di dalam filem selepas ini memandangkan dia hanya mahu menumpukan perhatian  berlakon dalam drama sahaja.

"Ini (filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur) adalah filem pertama dan terakhir saya untuk tahun ini (2012) kerana saya lebih fokus kepada drama.

"Lepas ini saya sibuk dengan penggambaran dua drama arahan Erma Fatimah," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

12 Movie Hollywood yang bakal Hits tahun 2012

Posted: 13 Jan 2012 04:03 AM PST

Tahun 2012 sudah pun menjelang dan kami ingin menyenaraikan 12 buah filem yang anda wajib tonton sepanjang tahun ini. Yang pasti, kebanyakannya adalah sekuel kepada filem-filem hit sebelum ini.


Underworld Awakening

Kate Beckinsale kembali memainkan wataknya sebagai pejuang puntianak Selene yang bebas dari penjara dan menyedari dia kini di dalam dunia di mana manusia telah menemui kewujudan klan Vampire dan Lycan – dan sedang mempersiapkan diri mereka untuk berperang demi memusnahkan kedua-dua spesis yang hidup selama ini.


Ghost Rider: Spirit Of Vengeance

Nicolas Cage kembali sebagai Johnny Blaze dalam “Ghost Rider: Spirit of Vengeance”. Johnny Blaze yang masih merasakan kesulitan menjadi pemburu harta syaitan sedang bersembunyi di bahagian terpinggir Eropah Timur apabila dia direkrut oleh sebuah gereja untuk menyelamatkan seorang budak lelaki (Fergus Riordan) daripada syaitan (Ciaran Hinds). Pada mulanya, Johnny enggan menggunakan kuasa Ghost Rider, namun ia satu-satunya cara untuk melindungi budak lelaki tersebut dan memusnahkan sumpahan ke atas dirinya untuk selamanya.


Wrath Of The Titans

Sepuluh tahun selepas dia berjaya menewaskan raksasa Kraken, Perseus (Sam Worthington) cuba untuk hidup sebagai nelayan biasa dan menjadi bapa tunggal kepada anaknya Helius yang berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun, pertelingkahan kuasa sedang berlaku antara dewa-dewa dan Titans di Mount Olympus dan para dewa sudah tidak mampu untuk mengawal Titans dan pemimpin mereka, Kronos, bapa kepada Zeus, Hades and Poseidon. Perseus terpaksa masuk campur apabila Hades dan Ares (anak kepada Zeus) menyatakan kesetiaan mereka kepada Kronos dan mahu menawan Zeus. Dengan bantuan Dewi Perang Andromeda (Rosamund Pike), anak Poseidon, Argenor (Kebbell), dan dewa yang telah jatuh, Hephaestus (Bill Nighy), Perseus memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan Zeus, mengalahkan Titans dan selamatkan umat manusia.


Mirror Mirror Snow White

Dalam “Mirror Mirror Snow White”, Permaisuri yang jahat lakonan Julia Roberts telah membunuh raja dan merampas takhta, sementara puterinya yang terbuang (Lilly Collins) meminta bantuan tujuh orang kerdil untuk memenangi takhtanya kembali. Filem arahan Tarsem Singh ini juga dibintangi Armie Hammer (“The Social Network”) sebagai Putera Andrew Alcott dan Nathan Lane (“The Birdcage”) sebagai pembantu permaisuri yang tidak berguna.


Prometheus

Dalam filem Ridley Scott ini, artifak makhluk asing yang ditemui dalam kajian arkeologi di Afrika mendedahkan bahawa manusia sebenarnya satu kejuruteraan genetik makhluk asing. Antara penemuan tersebut ialah koordinat ke syurga. Weyland Corp melancarkan kapal angkasa yang dipanggil Prometheus dan krewnya untuk bertemu pencipta mereka. Setibanya di sana, mereka disambut baik dan makhluk asing yang dikenali sebagai Alien Gods berkongsi pengetahuan mereka dalam teknologi berasaskan biologi. Namun seorang daripada krew telah mencuri “bio-source code”, teknologi yang memulakan segalanya, kuasa yang menjadikan tuhan dan manusia sama rata. Enggan menerima kenyataan, Alien Gods melancarkan senjata biologi menentang manusia. Kini kru kapal angkasa itu harus segera meninggalkan tempat tersebut sebelum masalah lebih teruk berlaku.


The Avengers

Filem ini menyambung pengembaraan epik yang bermula daripada “Iron Man,” “The Incredible Hulk,” “Iron Man 2,” “Thor,” dan “Captain America: The First Avenger”. “The Avengers” merupakan filem gandingan adiwira Marvel yang pernah muncul sebelum ini. Apabila seorang musuh yang tak terduga muncul dan mengancam keselamatan dunia, Nick Fury (Samuel L. Jackson), pengarah sebuah agensi keselamatan dunia yang dikenali sebagai S.H.I.E.L.D., perlu mencari satu pasukan untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan.


G.I Joe: Retaliation

Pengarah Jon Chu (“Step Up 3D”) mengarah filem sekuel “G.I Joe” ini. Kali ini, pasukan G.I Joe harus menghalang Zartan (Arnold Vosloo), Storm Shadow (Lee Byung-hun) dan Firefly (Ray Stevenson) selepas mereka berjaya melarikan diri. Namun ia tidak akan jadi jalan yang mudah kerana Zartan kini menyamar menjadi Presiden AS.


The Amazing Spiderman 3D

Francais ini diperbaharui sekali lagi dengan para pelakon baru termasuk Andrew Garfield sebagai Spiderman/Peter Parker dan Emma Stone sebagai Gwen Stacy. Kisah baru ini berdasarkan skrip oleh James Vanderbilt yang memfokus kepada kisah seorang remaja yang cuba mengimbangi masalah peribadi dan tanggungjawabnya sebagai adiwira.


The Dark Knight Rises

Filem terbaru dalam francais "Batman" arahan Christopher Nolan ini dikatakan menjadi filem terakhir dalam triloginya sejak "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Selain pemenang Oscar Christian Bale (“The Fighter”) sebagai Bruce Wayne / Batman, filem ini turut menyaksikan lakonan Anne Hathaway sebagai Selina Kyle / Catwoman; Tom Hardy sebagai Bane, pemenang Oscar Marion Cotillard (“La Vie En Rose”) sebagai Miranda Tate; dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake, selain pelakon dari filem asal, Gary Oldman sebagai Commissioner Gordon dan Morgan Freeman (“Million Dollar Baby”) as Lucius Fox.


Bourne Legacy

Filem keempat francais Bourne ini tidak memaparkan Jason Bourne untuk siri keempatnya tetapi mengetengahkan seorang lagi pembunuh upahan rahsia kerajaan yang dilakonkan oleh Jeremy Renner. Dikatakan watak baru ini juga pernah memainkan peranan dalam Operation Treadstone atau Blackbriar dari filem-filem Bourne sebelum ini. Rachel Weisz turut membintangi filem ini sebagai watak kekasihnya sementara Edward Norton melakonkan watak jahat.


The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Bahagian kedua dan terakhir saga Twilight ini bermula dengan peralihan Bella ke dalam kehidupan seorang puntianak. Walaubagaimanapun, dia perlu membiasakan dirinya dengan kemahiran baru dengan pantas kerana apabila Irina salah sangka Renesmee sebagai "immortal child”, seorang budak yang telah bertukar menjadi puntianak, pihak Volturi mula merancang untuk memusnahkan Renesmee dan keluarga Cullens kerana dikatakan “immortal children” tidak boleh dikawal. Kini mereka harus mengumpulkan klan puntianak untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan takdir mereka.


The Hobbit: An Unexpected Journey

Filem ini merupakan filem pertama dari filem epik fantasi dua bahagian arahan Peter Jackson ini. Filem adaptasi J. R. R. Tolkien ini berkisarkan pengembaraan epik Bilbo Baggins untuk menuntut kembali Kerajaan orang Kerdil, Erebor yang telah lama ditakluki naga bernama Smaug. Apabila dia didatangi seorang ahli sihir bernama Gandalf the Grey, Bilbo bersetuju untuk menyertai 13 orang kerdil yang dipimpin pahlawan legenda, Thorin Oakensheild. Pengembaraan mereka akan membawa mereka ke Wild, melewati alam yang penuh bahaya yang diduduki Goblins dan Orcs, Wargs dan Labah-labah Gergasi, Shapeshifters dan ahli sihir. Sekalipun matlamat mereka adalah Timur, mereka perlu melepasi terowong goblin terlebih dahulu, di mana Bilbo bertemu dengan satu makhluk yang akan mengubah hidupnya untuk selamanya -

sumber: sini

Friday, 13 January 2012

Macam Best

Macam Best


Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam

Posted: 12 Jan 2012 09:13 PM PST

 

PETALING JAYA: Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.

mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.

Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.

“Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.

“Kami mahu keadaan ‘panas’ yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.

“Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah ‘berdua’,” katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir.

Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.

Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.

Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas.

“Alhamdulillah, sejak tahun lalu hingga sekarang, tawaran lakonan yang saya terima tidak putus-putus. Cuma, kerjaya Joey yang menerima kesan yang banyak.

“Bagaimanapun, saya berharap, tahun 2012 memberi satu sinaran buat kami agar bahagia dan serta menjadi pembuka rezeki untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Jangan Pertikai Gelaran ‘Datuk’ Saya – Eizlan

Posted: 12 Jan 2012 09:11 PM PST

Eizlan Yusof tidak hirau kurniaan gelaran Datuk yang diterima dipertikaikan oleh sesetengah pihak. – Foto THE STAR Oleh FAIHAN GHANI.

 

SHAH ALAM: Pelakon Datuk Eizlan Yusof meminta orang ramai tidak mempersoalkan gelaran Datuk yang diterimanya kerana ia adalah sesuatu yang istimewa kurniaan pihak Istana Pahang.

Eizlan, 41, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof berkata, individu yang mempertikaikan kurniaan tersebut seolah-olah tidak mempercayai kredibiliti dan kemuliaan istana yang harus dihormati.

“Saya tidak faham kenapa ada pihak yang ingin mempertikaikan kurniaan tersebut? Ia diberi oleh istana dan bukan saya yang minta. Ia juga seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana.

“Sudah lebih 18 tahun saya berada dalam industri ini, saya tidak mudah untuk tunduk dengan tohmahan orang terhadap saya,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem Pak Pung, di sini, Khamis.

Eizlan diminta mengulas mengenai cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangannya dalam bidang seni sehingga melayakkan dia untuk dikurniakan gelaran Datuk.

Pada 22 Disember lalu, Eizlan dan beberapa artis lain antaranya Datuk AC Mizal dan Datuk Fazley Yaakob dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81.

Eizlan (kanan) bersama Datuk AC Mizal ketika menerima pingat Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Majis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang pada Disember lalu sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81.

 

Dalam pada itu Eizlan berkata pihak Istana Pahang juga mempunyai sebab tersendiri dalam memilihnya sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut dan menolak dakwaangelaran tersebut dibelinya untuk tujuan tertentu.

“Apabila ada pihak mencadangkan nama saya untuk menerima gelaran berkenaan dan pihak istana meminta agar saya menghantar butiran diri, takkan saya hendak ingkar?

“Prosedur yang melayakkan saya menerima gelaran itu juga bukan ditentukan oleh saya atau pihak pencadang sebaliknya ditentukan sendiri oleh Sultan,” ujarnya.

Eizlan memberitahu dia tidak kisah dengan kata-kata negatif terhadapnya selain merasakan tidak perlu menjelaskan kepada umum mengapa dia layak menerima anugerah terbabit.

“Rasanya tidak perlulah saya menghebohkan kepada satu dunia mengenai pencapaian atau kejayaan yang telah saya kecapi sehingga dikurniakan gelaran itu.

“Saya lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan segelintir pihak yang tidak puas hati terus mempersoalkannya,” ujar Eizlan.

Hello world!

Posted: 12 Jan 2012 07:50 AM PST

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Majlis ‘Birthday’ Romantik Dari Dahlia Untuk Apex

Posted: 12 Jan 2012 03:45 AM PST

KUALA LUMPUR – Gadis yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Dahlia Teck  telah menganjurkan "suprise party" yang cukup romantik sempena hari lahir Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23 baru-baru ini.

Menghangatkan lagi suasana romantis tersebut, Dahlia turut merakamkan kemesraan mereka menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube oleh juruvideo tersebut yang dikenali sebagai Hazremi dari Imoments Videography.

Di dalam video itu, jelas sekali menampakkan betapa romantiknya Dahlia melayan Apex apabila mereka saling suap-menyuap kek dan difahamkan bahawa gadis itu sanggup datang dari Melaka untuk membuat "suprise party" tersebut.

Apex di dalam video itu turut mengucapkan rasa terharu dan terima kasihnya kepada semua yang menjayakan majlis harijadinya itu, khususnya Dahlia yang dikatakan sebagai perancang utama kepada majlis berkenaan.

"Saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam ni, terutamanya Dahlia la..sebab saya tahu mesti dia punya plan semua ni..thanks..thanks sesangat…

"Thanks la pada Dahlia kan..susah payah datang dari Melaka buat semua ni…saya hargai sangat-sangatlah..tak sangka ada suprise birthday saya untuk malam ni," katanya dalam klip video itu.

Bagaimanapun, Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan hubungan cinta antara dirinya dengan Dahlia sebagaimana yang didakwa beberapa laman blog sejak akhir-akhir ini .

"Minta maaf sangat-sangat, saya tak nak sentuh pasal personal…no komen, saya tak mahu komen apa-apa pasal peribadi saya," katanya yang tidak mahu sebarang persepsi buruk melanda dirinya lagi.

sumber:mynewshub.my

Filem Lakonan Siti Saleha

Posted: 12 Jan 2012 03:42 AM PST

Permulaan tahun 2012 adalah tahun yang penuh rezeki dan menjadi bermakna buat artis berdarah kacukan Melayu-British ini iaitu Siti Saleha Mohd Baharum. Tahun ini, Siti Saleha akan mula berlakon beberapa filem setelah 3 tahun wajahnya memenuhi kaca televisyen dalam drama dan telemovie. Siapa sangka SS yang asalnya daripada model iklan komersil beralih arah ke dunia lakonan yang mencabar ini.

 

First time saya tengok lakonan SS adalah drama 5 Jingga dan Kecuali Cinta Mu. Time tu SS baru 18 tahun dan lakonannya masih biasa. Walaupun ramai mulut yang mengatakan SS hanya bergantung pada paras rupa daripada bakat, tetapi SS berjaya membuka mata semua orang bahawa dia juga dapat melakonkan watak-watak yang mencabar.

 

Setelah drama romantik hangat Nora Elena menemui penonton pada 9 May 2011 lalu, ramai yakin bahawa SS berlakon bukan hanya kerana wajahnya yang cantik tetapi kerana bakat yang ada. Malah Nora Elena mempunyai peminat yang setia sehingga ke hari ini.

Buktinya likers FB Page Nora Elena (slot Akasia TV3) sentiasa meningkat hari demi hari.

Antara filem-filem lakonan Siti Saleha yang akan menemui penonton:

1. Dendam Taming Sari
2. Pukul Habis
3. Kerat 14
4. Pak Pong

Nantikan filem-filem seterusnya… ::>

Incoming search terms:

  • siti saleha filem kerat 14 (1)

Infographic Google+ vs Facebook

Posted: 11 Jan 2012 07:49 PM PST

klik gambar untuk besarkan.

Thursday, 12 January 2012

Macam Best

Macam Best


Rumah Wardina Dimasuki Oleh 3 orang Pencuri

Posted: 11 Jan 2012 08:13 PM PST

Rumah selebriti  Wardina Safiyyah telah dimasuki oleh pencuri. Mengikut apa yang dikatakan wardina dalam laman facebooknya, pencuri yang masuk itu sebanyak tiga orang membawa tongkat dan parang. Dan kesemuanya merupakan rakyat Indonesia.

Harap Wardina bersabar dengan ujian ini dan kepada pencuri tersebut moga mendapat balasan yang setimpal. Kerana Allah itu maha adil.

Incoming search terms:

  • wardina dirompak (2)
  • RUMAH WARDINA DIMASUKI PENCURI (1)
  • rumah wardina masuk pencuri (1)
  • wardina dimasuki perompak (1)

Google+ atau Facebook?

Posted: 11 Jan 2012 07:50 AM PST

Assalamulaikum semua. Waa, baru-baru ni tiba-tiba pulak mencanak naik aku update blog pasal laman web sosial..

contohnya post ni  10 Cara cool update status facebook
                             2 contoh captcha facebook unik
                             cara auto post entry ke facebook
                             cara update status facebook lebih dari 420 karakter
                            cara nak kenakan kawan di facebook

Okay, tu antara entry-entry aku berkaitan laman web sosial facebook.

Okay, topik harini, google+ atau facebook? Pada hari ini, semua laman web bersaing untuk menwarakan kadar keselamtan atau privacy yang paling tinggi. Pengguna hari ini dah bijak dah menilai, dah bijak memilih. Mereka mahukan laman web yang dapat mengekalkan privacy pengguna.

Google+ memperkenalkan term ‘circle’ dimana kita boleh menambahkan rakan kita ke dalam cirlce-cirlce yang telah kita cipta. sebagai contoh ‘friends’, ‘coursemate’, ‘schoolmate’, dll.

Terpulang kepada individu  itu snediri untuk memilh mana yang sesuai untuk and. bagi aku sendiir, selagi rakan-rakan aku masih berada di facebook, aku akan terus kekal di sana. Melainkan kebanykaan dari mereka berhijrah, Maka aku pun akan turut serta. Seperti zaman penghijrahan friendster-facebook pada suatu ketika dahulu.. hehe

p/s: siapa nak try google+ boleh bagithu aku, boleh aku invite korang..

Wednesday, 11 January 2012

Macam Best

Macam Best


Video Bapa Saiful Minta Peguam Negara Buat Rayuan Mahkamah

Posted: 11 Jan 2012 03:30 AM PST

Aih, dah sudah tu sudah la. At least orang tau anak ko tak kena liwat.Pelik la, dia minta rayuan untuk perbicaraan semula seolah-olah dia nak  orang tahu yang anak dia pernah kena liwat.

Orang selalunya perjuangkan benda-benda yang bawa keuntungan, tapi  dia ni?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eLFnD8KoS38

Gambar 10 Jenis Awan Yang Sangat Jarang Kita Lihat.SubhanAllah

Posted: 11 Jan 2012 03:12 AM PST

1. Awan Nacreous

 

2. Awan Mammatus

 

3. Awan Altokumulus

 

4. Noctilucent CLouds

 

 

5. Awan Cendawan

 

 

6. Awan Sirrus

 

 

7. Lenticular

 

 

 

8. Roll Clouds

 

9. Shelf Clouds

 

10. Awan Stratokumulus

 

Incoming search terms:

  • johan asari (25)
  • jenis awan (2)
  • akma af3 (1)
  • gambar johan asari (1)

Doktor didakwa cabul kehormatan wanita mengandung

Posted: 11 Jan 2012 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang mengandung pada November tahun lalu.

Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang pegawai pentadbir berumur 28 tahun yang sedang mengandung 16 minggu di Hospital Sungai Buloh dekat sini pada jam 2.15 petang, 22 November tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana jika sabit kesalahan.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Raihan Md Nasir mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili.

Abang tertuduh membayar ikat jamin. – BERNAMA

Incoming search terms:

  • Doktor mencabul pesakit (1)

Kisah Persoalan Tentang Sex (Lawak)

Posted: 10 Jan 2012 11:55 PM PST

Alkisah pada suatu hari, Mamat seorang lelaki yang telah berkahwin tetapi belum pun lagi memiliki kerja.

Pada suatu hari, Mamat telah diberikan oleh isterinya satu borang kerja kosong untuk di isi oleh Mamat. Mamat bukan main gembira lagi mengisi borang tersebut.

Mamat terhenti di satu ruangan pada borang tersebut. Iaitu ruangan

sex:______________.

Mamat buntu tak tahu nak isi apa dalam tu. Mamat ni memang fail dalam BI.

Mamat pun meminta pertolongan isterinya.

Sambil memanggil isterinya yang tengah memasak di dapur, “Yang, nak isi apa kat ruangan sex ni?”

Isteri Mamat pun menjawab. “Urmm, letak je la bang JARANG-JARANG.”

Ok yang!…..

 

PENGAJARAN: English Education memang penting…hehehe

SENARAI RANKING TERBAIK UNIVERSITI DI MALAYSIA 2011

Posted: 10 Jan 2012 10:35 PM PST

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.

Incoming search terms:

  • senarai sekolah terbaik di kuala lumpur (2)
  • amalina bakri research paper (1)
  • Asia AEUniversity Kuala Lumpur (1)
  • research paper by amalina che bakri (1)
  • senarai ranking universiti di malaysia 2012 (1)
  • senarai ranking universiti terbaik di malaysia 2011 (1)
  • Senarai Universiti Malaysia (1)

Cara Update Status Facebook Lebih Dari 420 karakter

Posted: 10 Jan 2012 07:50 PM PST

Asslamulaikum semua, hari ni nak kongsi satu tips.

Okay, selalu bila nak update status panjang-panjang kat facebook mesti tak dapat kan? Terutamnaya bila korang merupakan kaki update status panjang2, mesti tensen kan..
Okay, aku rasa cara ni memang semua orang tahu  ni, cuma mungkin korang takterpikir untuk menggunakan teknik ni.heheh
okay, cara dia senang je, pergi facebook korang lepas tu Photo>upload>pilih gambar.. Simple, pilih je mana-mana gambar yang korang nak, lepas dah pilih, tulislah status korang yang panjang berjelal-jela tu kat ruangan share.. Selesai taip/paste text korang, tekan SHARE.
hahaha, siap!!.. Akan tertulislah ‘see more’. Ok lah kan daripada tak ada langsung.hehe
okay, selamat beramall..

Semakan Keputusan MUET 2011 Secara SMS dan Online

Posted: 10 Jan 2012 07:12 PM PST

Semakan keputusan MUET 2011 guna sms dan online. Keputusan MUET akan diumumkan keluar pada 12 januari 2012 dan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Semakan MUET2011  Guna SMS dan Online

Taip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Sumber: Semakan Keputusan MUET 2011 Secara Online Dan SMS | melvister.com

Lisa Surihani Gementar Berlakon Dengan Suami Orang

Posted: 10 Jan 2012 07:07 PM PST

Pelakon popular, Lisa Surihani mendedahkan dia sebenarnya gementar setiap kali berlakon di samping pelakon lelaki yang telah berkahwin.

Lisa berkata, perasaan itu telah membuatkan dirinya mengambil masa untuk menjiwai sesuatu watak sebelum benar-benar dapat memberikan lakonan terbaik.

“Saya terlalu memikirkan perasaan isteri mereka apabila melihat lakonan kami terutamanya yang melibatkan adegan romantik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul Aku Datang pada Rabu.

Katanya, bagi mengurangkan rasa kekok, dia akan memastikan berkenalan dengan pasangan gandingannya di set terlebih dahulu supaya masing-masing berasa selesa.

“Sebelum ini semasa bergandingan dengan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu saya gusar kerana isterinya juga berada di set.

“Tetapi Alhamdulilah, selepas berkenalan dengannya penggambaran berjalan dengan lancar.

“Begitu juga semasa berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang, isteri pelakon Beto Khusyairi sangat memahami dan membuatkan saya rasa selesa berlakon bersama suaminya.

“Malah sepanjang pengambaran di Turki dia sering menemani ibu saya dan saya sungguh terharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filem terbaru terbitan Red Films dan Grand Briliance Sdn Bhd kerana turut mengandingkan dua rakan baiknya iaitu Tomok dan Aizat.

Menurutnya, dia telah lama memasang impian untuk berlakon di samping Tomok dan Aizat kerana memuja bakat nyanyian mereka berdua.

“Sejujurnya saya seronok dapat berlakon dengan rakan baik saya di dalam filem ini dan saya beri jamin lakonan mereka sangat baik,” katanya.

Sementara itu, Lisa memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran berlakon dalam Istanbul Aku Datang kerana memang teringin untuk ke Turki.

“Apabila Lina Tan memberitahu barisan pelakon dan lokasi penggambaran saya terus bersetuju tanpa berfikir panjang kerana pada tahun lalu selepas melihat gambar seorang kenalan di Facebook yang bercuti di Turki saya berdoa kepada Allah supaya dapat pergi ke sana.

“Tidak sangka Allah telah memakbulkan doa saya. Paling menyeronokkan saya dapat bekerja sambil melawat negara itu,” jelasnya.

Incoming search terms:

  • aaron aziz (14)
  • aron aziz ombak rindu (3)
  • Lisa Surihani sewaktu kecil (3)
  • aaron aziz ombak rindu (2)
  • isteri aron aziz (2)
  • cerita lucah-action(berlakon) (1)
  • Lokasi pengambaran ombak rindu (1)

Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!

Posted: 10 Jan 2012 05:45 PM PST

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.

Bermula dengan isu 'ibu mertua suka atau atau tidak' kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai 'M' mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.

Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.

"xkisah pon mak mertua syg ke x dik.." kata Rita ketika angin masih tenang.

Mungkin tersinggung dengan kenyataan Rita berkaitan ibunya itu, Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah pulang ke rumah mertuanya itu.

"Mmg la xkisah mak mertua x sayang,sbb rumah mak mertua pun x pernah balik..jgn cari pasal la..makin lama makin melampau!!!!" balas Zafuan.

Angin yang tenang kemudiannya bertukar menjadi ribut apabila Rita yang membalas kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah mertuanya kerana tidak suka untuk bertembung dengan Zaquan yang disifatkan sebagai 'batu api' yang mengeruhkan hubungannya dengan ibu mertuanya itu.

"Nk tau sgt kenape xbalik?? Sbb meluat tgk muka ko yg batu api besar.ko yg bzbody lebih, batu api," kata Rita yang dipetik dari laman twitternya.

Enggan mengalah, Zaquan kembali ke posisi menyerang kakak iparnya apabila mendakwa tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan abangnya, Aidil Zafuan, dari Rita yang disifatkan sebagai 'manusia kejam'.

"Klu aku jd batu api skali pun,aku nak selamatkan abg aku sendiri dari manusia yg kejam mcm kau!!" kata Zaquan lagi.

'Puting beliung' yang berlaku antara kedua iparnya terus berlangsung dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Rita melakukan serangan balas dengan mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan.

"Aku kejam..ke ko yg kejam pregnantkn budak M pastu suh gugurkan?? Adoiii jgn cari pasal la bro.aku sabar dgn poyo ko ni.

"Sorry beb,aku da lama sabar dgn perangai setan ko yg brselindung dpn makbpk ko konon ko lebih baik dr abg ko," kata Rita tidak dapat menahan sabarnya lagi.

Kenyataan Rita mengenai persoalan gadis 'M' tersebut turut disokong oleh salah seorang rakan Twitter Rita, diannerazak0608, yang mendakwa rakannya turut pernah menjadi 'mangsa' Zaquan.

"Wow rita, very the open, tp mmg betulla apa u ckp, c dia pon ada wat hal dgn member kita:)," kata rakan Twitter Rita itu.

Kenyataan diannerazak0608 itu memanaskan lagi keadaan apabila Rita dilihat semakin bersemangat untuk memalukan dan menghentam Zaquan.

"Jantan mcm tu xble di biarkan..dia nk sgt kan malukn sy,meh kita start the game!," balas Rita yang mahu meneruskan pergaduhan lebih besar terhadap Zaquan.

Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.

Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.

Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan. – mynewshubmy

Jangan sombong bila dah berada di atas

Posted: 10 Jan 2012 07:50 AM PST

Assalamulaikum dan selamat semua. Apa khabar semua? Cukup makan ke tak ni? hee. Harap-harap cukup makan la ya..

  Okay, harini aku nak kongsi pendapat dari mata hati aku mengenai sifat sombong ni. Ada satu sifat yg selalunya akan terserlah bilah seseorang tu dah berada di atas. Bila dah capai sikit tinkgat teriinggi dalam apa bidang sekalipun.
   Sebagai contoh, dapat masuk universiti, dapa kerja yang baik, dapat naik pangkat, dapat earning blog banyak, dapat trafik blog mencurah-curah.hehehe..
   Ok. Tu sebahagian daripada contoh keadaan apabila seseorang tu dah berada di atas. Nasihat aku, jika kita suda berada di atas, janganlah bersifat sombong ataupun takabur dengan apa yang kita capai tu. Kita kena ingat semua ygn kita dapat tu datangnya dari Allah. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat tu.
   Ada segelintir merasa bahawa apa ygn dia miliki ni 100% hasil dari usaha dia sendiri. Memang tidak dinafikan, apa ygn kita usahakan itulah ygn kita dapt. Tapi kita perlu ingat, semuanya tidak akan tertunai tanpa izin dari Allah.
  So, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni, kenalah ye selalu bersyukur dengan apa yg ada, jangan sombong riak ataupun takabur. Jika kita bersyukur dgn nikmat yg ada nescaya Allah akan tambahkan nikmat tu.
okay, selamat beramal semula.. sekadar peringatan dari saudara muslim ini.
jom tengok, ordinary people contribute to extraordinary