Saturday, 31 March 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Lembu Berkaki 6

Posted: 31 Mar 2012 02:22 AM PDT

Six Legged Calf

 

Lelaki Diselamatkan beruang oleh serangan singa

Posted: 31 Mar 2012 02:07 AM PDT

Seorang lelaki berasal dari California, Biggs mengatakan bahwa beliau telah diselamatkan dari serangan singa  oleh seekor Beruang.

Semasa lelaki ini berjalan-jalan di sekitar hutan di California, dia telah diserang oleh seekor singa.

Beliau memberitahu, seekor singa tiba-tiba datang menerpanya dari belakang dan menariknya. Saat diserang singa tersebut, matanya mulai kabur dan hampir pengsan.

Disaatgetir tersebut, tiba-tiba seekor beruang datang menerpa singa tersebut. beruang tersbut melibas singa tersebut.

Biggs di dalam keadaan hampir-hampir pengsan tersebut, sempat melihat perlawanan antara singa tersebut dan beruang.

Beruang menang dalam perlawanan tersbut dan singa tersebut lari masuk ke dalam hutan. Begitu juga beruang tadi, beruang tersebut meninggalkan Biggs.

Biggs memberitahu bahawa sebelum beruang tersebut meninggalkannya, ia sempat merenung Biggs.

 

Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012

Posted: 31 Mar 2012 01:18 AM PDT

Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) 2012. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam Negara.

Yayasan Telekom Malaysia

Kategori Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha
  2. Biasiswa Diploma
  3. Biasiswa Ijazah Pertama

Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Peringkat Pra Universiti di Universiti Multimedia
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 19 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya A dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 4 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Peringkat Diploma
    • Pelajar lepasan SPM.
    • Berumur tidak melebihi 20 tahun
    • Memperolehi sekurang-kurangnya B dalam keputusan peperiksaan SPM bagi 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  4. Peringkat Ijazah Pertama
    • Pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma atau kelayakan yang setaraf.
    • Berumur tidak melebihi 23 tahun.
    • Memperoleh keputusan yang cemerlang mengikut kursus yang dipohon.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi (Elektrikal, Elektronik, Perhubungan, Telekomunikasi, Perisian, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan (Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan)
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Institusi Tajaan Yayasan TM

Pengajian Dalam Negara

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Multimedia College (MMC)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Islam Antrabangsa (UIA)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaya (UM)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM di Tawaran Biasiswa Yayasan TM
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap pemohon.
  • Sila baca dengan teliti pilihan program yang disenaraikan dan buat pilihan yang bersesuaian.
  • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM ini ditutup pada 8 April 2012.
  • Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

Friday, 30 March 2012

Macam Best

Macam Best


Janin tanpa kepala Ditemui

Posted: 29 Mar 2012 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kejam apabila janin berusia empat bulan tanpa kepala yang dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas kediaman penduduk dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) apabila terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan kepada polis.
Janin itu pada awalnya disangka bangkai kucing ditemui tanpa kepala sebesar tapak tangan dalam keadaan belum cukup sifat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin berusia empat bulan itu dibuang dalam tempoh 48 jam lalu yang digugurkan daripada kandungan ibunya.
"Janin itu ditemui tanpa kepala dan kami juga tidak dapat mengetahui jantinanya," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan janin itu digugurkan penduduk tempatan di kawasan itu.

 

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan atau tampil ke balai berdekatan.

Asyraf (Imam Muda) Mula Dapat Kepercayaan Masyarakat

Posted: 29 Mar 2012 08:18 PM PDT

 

KUALA LUMPUR: Juara Imam Muda musim pertama, Asyraf berkata penglibatan kelompok pendakwah dalam dunia hiburan yang lebih komersial semakin mendapat respons daripada masyarakat.

Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 28, berkata trend pendakwah muda yang lebih mesra dan mudah didekati itu memberikan gambaran positif terhadap perkembangan dakwah Islam berbanding pendekatan konvensional sebelum ini.

“Saya akui melalui platform komersial sebegini ia sebenarnya membuka dimensi baru pada teknik dakwah.

“Pada awalnya, selepas menjuarai IM dua tahun lalu, saya bimbang juga jika ada pihak yang menganggap gabungan komersial dan dakwah tidak sesuai tapi alhamdulillah lama-kelamaan ia semakin diterima,” katanya.

Asyraf berkata, seiring dengan arus teknologi dan perubahan gaya hidup semasa, dia tidak melihat ia sebagai satu isu bagi kumpulan pendakwah menggunakan unsur komersial dalam berdakwah.

“Kritikan kelompok ortodoks dan konvensional adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan tetapi yang penting niat kita iaitu untuk menyebarkan syiar Islam di kalangan masyarakat.

“Jika unsur komersial dan populariti pendakwah atau institusi agama itu boleh mendekatkan kita dengan masyarakat, saya tidak nampak ia satu kesalahan. Masyarakat Islam semakin terbuka hari ini,” katanya.

Asyraf berkata impak daripada elemen komersial pada pendakwah muda sepertinya boleh dilihat apabila dia dikerumuni masyarakat ketika bertemu pada majlis-majlis ilmu atau kawasan umum.

“Saya berasa gembira dan bersyukur apabila golongan pendakwah mula digilai oleh masyarakat seperti mereka menyukai artis.

“Bukan mahu berbangga tetapi apabila saya atau rakan-rakan pendakwah lain dikerumuni masyarakat untuk bergambar atau bersalam, ia memberikan gambaran dan budaya yang baik.

“Sekali gus menunjukkan tiada jurang antara pendakwah dan masyarakat tidak seperti dulu di mana masyarakat berasa segan atau takut untuk mendekati pendakwah,” katanya.

Terbaru, Asyraf dan naib juara IM1, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 29, (Hizbur) bakal terlibat sebagai mentor kepada para peserta musim ketiga program itu.

Sara Ali Enggan Terlalu Menonjol Di Tempat Awam

Posted: 29 Mar 2012 08:16 PM PDT

Pelakon Sara Ali, 22, tidak mahu terlalu menonjol di tempat awam untuk menjaga nilai eksklusifnya seperti yang dilakukan oleh Maya Karin.

Sara yang kini muncul dalam filem Jangan Pandang-Pandang (JPP) berkata, dia tidak mahu mudah dilihat di mana-mana sahaja tetapi ingin masyarakat mengenalinya melalui karya yang dihasilkan.

“Benar, saya mahu kekalkan nilai eksklusif pada diri. Kadang kala, saya kurang faham dengan selera masyarakat tempatan yang menyukai seseorang artis itu kerana rupa atau bakat.

“Justeru itu pendekatan kurang menonjolkan diri dapat menunjukkan sejauh mana orang luar mengenali bakat saya di bidang lakonan ini. Saya juga mengambil contoh terdekat idola saya, Maya Karin. Dia kurang menonjolkan diri bagi menjaga nilai eksklusifnya,” kata Sara.

Dalam pada itu, Sara juga mempunyai strateginya tersendiri dalam mengukuhkan lagi karier lakonannya dan akan berhenti bergelar pelakon sebelum usianya mencecah 30 tahun.

“Apa yang saya buat hari ini (berlakon) adalah proses pembelajaran semata-mata. Ini kerana saya mempunyai impian untuk bergelar seorang pengarah berjaya pada masa akan datang ini.

“Kalau nak tahu, selain berlakon, saya juga banyak menghabiskan masa dengan bekerja di belakang tabir juga. Insya-Allah saya ingin menyambung pengajian di bidang perfileman di luar negara.

“Tetapi setakat ini New York Film Academy (NYFA) merupakan impian utama saya. Doakan supaya saya dapat menyambung pelajaran di sana,” ujar pelakon berkelulusan ijazah jurusan seni bina di Lim Kok Wing ini.

Sementara itu, Sara tidak sabar untuk melihat reaksi penonton mengenai lakonannya dalam JPP bersama barisan pelakon lain seperti Zizan Razak, Nas-T dan Miera Leyana.

“Saya harap lakonan saya berjaya mencuit hati para penonton. lebih-lebih lagi ia sebuah filem komedi, jadi sedikit sebanyak, karakter komedi turut saya selitkan dalam filem ini,” ujarnya ringkas.

Zizan Razak Mahu Jadi Pelumba Kereta

Posted: 29 Mar 2012 08:15 PM PDT

 

Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda.

Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang.

“Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya.

“Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan.

“Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini,” katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive.

Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti.

“Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan.

“Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.

Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.

Gambar Suria KLCC Terbakar

Posted: 29 Mar 2012 07:22 AM PDT

Dengar-dengar petang tadi Suria KLCC berlaku sedikit kebakaran. Betul ke? bagaimanapun, aku nak kongsi gambar SUria KLCC yang dikatakan terbakar itu.

 

Thursday, 29 March 2012

Macam Best

Macam Best


Semakan Permohonan Matrikulasi 2012/2013

Posted: 28 Mar 2012 11:47 PM PDT

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan matrikulasi 2012 mulai 25 april 2012. Lepasan SPM 2011 yang telah mohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013  boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

matrikulasi 2012

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

 

Liyana Jasmay kini tunangan orang

Posted: 28 Mar 2012 06:11 PM PDT

SEPADAN...Liyana bersama, Fathudin selepas majlis pertunangan mereka, semalam.

 

Nampaknya pelakon Liyana Jasmay telah pun bertunang.

 

HULU KLANG: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 24, selamat mengikat tali pertunangan dengan jirannya yang juga ahli perniagaan Fathudin Mazlan, 28, dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman keluarganya jam 8.30 malam di Tropika Kemensah, di sini, malam tadi.

Liyana, anak bongsu daripada empat beradik tampil menawan dengan gaun labuh warna krim rekaan, Rizman Ruzaini.
Pihak lelaki memilih tema warna kelabu menyerahkan sebentuk cincin pertunangan dan lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak perempuan iaitu kain songket, butang baju Melayu, set haruman, senaskhah al-Quran, kek dan manisan.

 

Keluarga perempuan pula memilih tema warna merah jambu pada majlis meriah yang dihadiri lebih 200 anggota keluarga terdekat kedua belah pihak itu.
Tidak ketinggalan, majlis pertunangan itu juga disemarakkan dengan barisan artis terkenal yang juga rakan baik Liyana iaitu Lisa Surihani, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Tam Suhaimi dan ramai lagi.

Pelakon kesal dituduh gay

Posted: 28 Mar 2012 06:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerana paras 'jambu', pelakon, Syed Ali, 26, sekali lagi dipalit kontroversi apabila terus dikaitkan sebagai lelaki mengamalkan hubungan sejenis atau gay hingga dikecam pihak tertentu dan mengaibkan dirinya.

Menurutnya, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sama sekali tidak logik sebaliknya dia masih waras untuk membezakan perkara baik atau buruk.

"Dakwaan kononnya saya menjalin hubungan dengan pelakon, Azam Pitt pun masih hangat diperkatakan sehingga saya terus dikecam sebagai gay," katanya, semalam.

Pelakon drama Jiwa Kacau itu berkata, dakwaan terbaru dimaklumkan rakannya Ahad lalu mendakwa dia membawa 'teman lelaki' dan berpegangan tangan di lokasi penggambaran sebuah drama.

 

"Saya memang rapat dengan Azam Pitt mahupun pengurus saya dan ia bukan bermakna saya seorang gay. Saya melayan mereka seperti adik-beradik.

Wednesday, 28 March 2012

Macam Best

Macam Best


Page Facebook Zizan Raja lawak Digodam

Posted: 27 Mar 2012 05:19 AM PDT

Nampaknya kejadian menggodam ni makin menjadi-jadi. Kes terbaru, Zizan Raja Lawak pula menjadi mangsa. page Zizan yang mempunyai fan sebanyak 1 juta lebih itu telah digodam oleh sekumpulan crew yang memberikan nama mereka sebagai Segancrew.

Sini untuk ke page zizan. https://www.facebook.com/fanpage.zizanrajalawak

Tuesday, 27 March 2012

Macam Best

Macam Best


Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM 2012

Posted: 27 Mar 2012 01:27 AM PDT

Permohonan untuk ke maktab perguruan ataupun kursus perguruan telah pun dibuka. Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus perguruan lepasan SPM 2012 ini bolehlah ke laman web ini.

Cara Memohon

Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Applikasi Permohonan KPLSPM 2012.

Monday, 26 March 2012

Macam Best

Macam Best


Rumah Mawi Dirompak

Posted: 25 Mar 2012 11:39 PM PDT

Nampaknya kes rompakan rumah-rumah artis makin menjadi-jadi . mentang-mentanglah artis ni banyak duit.Kali ni mawi pula yang menjadi mangsa rompakan.

Sebelum ini Wardina, dan nabil.

 

Dianggarkan kerugian hasil rompakan bernilai RM10 000. Banyak tu.

memetik akhbar Mstar;

PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi Isnin.

Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.

Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

"Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.

"Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan," jelas Nasir.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora'Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika.

LELAKI KACAK vs tAK kACAK

Posted: 25 Mar 2012 11:25 PM PDT

Tajuk tak boleh blah.hehe. Saja je nak tulis artikel pasal Lelaki Kacak Ni, sebab nak join contest dari blog earncent.com.

Aku tak ada apa-apa nak tulis pasal lelaki kacak ni. Saja nak test power SEO ni. Harap-harap dapatlah menang.

hadiah boleh tahan juga tu. Setakat ni Hadiah dah mencecah RM550.

Sebab bagi aku kalau nak tulis pasal lelaki kacak ni, agak subjektif rasanya. Setiap orang lain penilaianya mengenai term ‘lelaki kacak‘ ini.

 

 

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO AppsBluedianthus.comMuaz Lelaki KacakOhcikgu.comBloggerWanita.comCyza SectorLelakiAcai.com Sabreehussin dot com,Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Sunday, 25 March 2012

Macam Best

Macam Best


Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012

Posted: 24 Mar 2012 08:52 PM PDT

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012 bagi lepasan SPM 2011. Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) .

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1. Warganegara Malaysia

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992

3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental

4. Calon hendaklah aktif dalam Kegiatan Ko-Kurikulum

Untuk keterangan lebih lanjut boleh ke sini

KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2 STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester)

3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.

3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.

DAN

sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:

3.5.1    Bahasa Melayu
3.5.2    Sejarah
3.5.3    Satu mata pelajaran yang lain
serta;
3.5.4   lulus Bahasa Inggeris

3.6 Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

4 PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1   Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

4.1.2   Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama lapan belas bulan/tiga semester di institusi berkenaan.

4.1.3   Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun/lapan semester di Institut Pendidikan Guru  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERMOHONAN

Untuk memohon , mereka yang berminat boleh ke link INI

PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

BIL PROGRAM TARIKH DAFTAR
1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) 18 Jun 2012

Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon

Wednesday, 21 March 2012

Macam Best

Macam Best


Cara Buat blog dengan senang

Posted: 20 Mar 2012 04:09 AM PDT

baru-baru ini aku baru je dapat upah RM100 sebab tolong orang buat blog. 1 blog dia upah Rm50. Padahal benda senang je. Dia upah pun sebab benda tu digunakan sebagai assigment dorang. So aku tolong la apa yang aku mampu.

Kalau nak buat blog ni, tak payah cari kat maman-mana. yang penting tahu kat mana nak buat blog percuma. Samada menggunakan blogger.com ataupun wordpress.com.

Lepas korang dah tahu 2 benda tu, korang bolehlah explore sendiri benda-benda yang ada kat dalam tu.

Tak payah tanya siapa-siapa. Pembelajaran yang lebih bagus ialah bila kita sendiri yang explore benda tu rather tahn bertanya kat orang lain.

Monday, 19 March 2012

Macam Best

Macam Best


Cara Melebatkan Rambut

Posted: 19 Mar 2012 01:40 AM PDT

Di sini aku nak kongsi secara ringkas petua ataupun cara melebatkan rambut. Ikutkan, memang senang je nak  melebatkan rambut ini.

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah dengan mengambil pati santan dari kelapa tua yang telah diparut.

Masukkan air suam ke dalam pati santan tadi dan, gunakan lah air tersebut untuk  menyapu bahgian rambut ataupun kepala and.

Amalkan perkara ini 2- 3 kali seminggu untuk melebatkan rambut.

Sunday, 18 March 2012

Macam Best

Macam Best


3 Blogger menjadi pilihan aku

Posted: 18 Mar 2012 02:12 AM PDT

Dah lama aku tak tulis hal berkaitan blog di sini. Kat sini aku nak listkan 3 senarai blogger yang menjadi pilihan aku. Kira Blog blogger ni lah yang aku selalu baca. Setiap ada je entri baru, aku akan baca.

Blogger pertama;

Hamka Keretamayat, Link : keretamayat.blogspot.com

Blogger kedua

Mantot cursingmalay ,Link: cursingmalay.blogspot.com

 

Blogger ketiga

Tubelawak ,  Link : tubelawak.blogspot.com

 

Okay, sebab apa aku suka mereka ni. Korang boleh tengok sendiri cara penulisan ketiga-tiga orang blogger ini. Memang pure cara penulisan tu.

Saturday, 17 March 2012

Macam Best

Macam Best


Lirik lagu anak kampung Jimmy Palikat

Posted: 16 Mar 2012 12:33 PM PDT

www.youtube.com/watch?v=7rvYOXNnHGA

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna

Lirik lagu Bawaku Pergi Zizan Dan kaka

Posted: 16 Mar 2012 05:25 AM PDT

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Chorus
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca topi berceloreng
Sarung tangan hitam atas muka ada topeng
Hanya perlu siul tidak tekan loceng
Hero sudah sampai cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang Chorus

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Ulang Chorus 2X

Friday, 16 March 2012

Macam Best

Macam Best


Tawaran Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi 2012 / 2013

Posted: 16 Mar 2012 12:33 AM PDT

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.

Kategori Permohonan Biasiswa BNM

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini dipecah kepada tiga kategori iaitu;

Bank Negara Malaysia

  1. Biasiswa Pra-Universiti
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Biasiswa Pra-Universiti

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Peringkat Pengajian
  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2012

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 29 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik

Lokasi Pengajian

  • Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
  • South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.

DAN

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2012
  • Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Biasiswa Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))

Bidang Pengajian

    • Economics, Econometrics, Monetary Economics, International Economics, Banking and Finance, International Finance, Quantitative Finance, Law, Banking and Finance Law, International Law, Shariah, Risk Management dan Forensic Accounting

Lokasi Pengajian

  • Universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara
  • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2012
  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
  • BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau emailbnmtelelink@bnm.gov.my
  • Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia.

 

sumber: eputra.com

Proton P3-21A keluaran baru 2012

Posted: 16 Mar 2012 12:08 AM PDT

Nampaknya proton mengeluarkan model mereka. Model tersebut ialah proton P3-21A. Dijangkakan akan diperkenalkan kepada umum di penghujung bulan ini dengan harga dari RM 65,ooo hingga RM70,000.

Di sini disletikan sedikit gambar dan video berkaitan model terbaru proton tahun 2012 ini.

www.youtube.com/watch?v=FR-TaPSypIY

Incoming search terms:

  • proton (1)

Thursday, 15 March 2012

Macam Best

Macam Best


Lirik lagu Maafkan Aku – afee Utopia

Posted: 14 Mar 2012 10:57 AM PDT

Setelah kau pergi tinggalah aku sendiri
Baru ku sedar semua pengorbanan mu
Selama ini ku tak peduli ku persiakan hidup mu
Keegoan ku ini memakan diri
Oooo…. Oooo….. Oooo….
Oooo…. Oooo….. Oooo….

L Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Hingga membuat kau sensara

L Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu

P Mengapa dulu
Kau hancurkan hati ini
Mengapa engkau
Tak serius dalam cinta
Kenapa kini baru
Engkau menyesalinya
Sedangkan aku kini
Telah dimiliki

L Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu

L Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Ooo… Dalam sensara

Lirik lagu beribu sesalan – jacyln Victor

Posted: 14 Mar 2012 10:53 AM PDT

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Lirik lagu carta hati – najwa Latif

Posted: 14 Mar 2012 10:50 AM PDT

Tajuk Lirik Lagu: Carta Hati
Artis/Penyanyi: Najwa Latif

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…

Lirik Lagu Patah Seribu- Shila Amzah

Posted: 14 Mar 2012 10:49 AM PDT

Tajuk Lirik Lagu: Patah Seribu
Artis: Shila Amzah

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

Mesej SMS Ugutan Sebelum Nurul Nadhirah Dibunuh

Posted: 14 Mar 2012 05:27 AM PDT

Sebelum Nurul Nadhirah Abdullah dibunuh, satu sms telah diberikan kepada ibu nadhirah. Sms itu masih lagi disimpan sebagai bukti untuk siasatan polis.

Polis Mahu Cekup Wanita Ugut Ibu Dirang @ Nadhirah

 

Setakat ini beberapa orang suspek telah pun ditangkap polis bagi membantu siasatan. Moga pembunuh sebenar adik nurnadhirah yang tidak berperikemanusiaan itu dapat ditangkap.

Menyingkap kisah adik nur nadhirah ini, satu mayat yang dibakar telah dijumpai , dan telah disahkan yang mayat itu merupakan adik nurul nadhirah. sungguh kejam manusia sekarang ini.

Incoming search terms:

  • kisah adik nurul (3)
  • nur nadhirah (3)
  • pembunuh nurul nadirah abdullah (2)
  • kisah adik nur nadirah (2)
  • adik nur nadhirah (1)
  • pembunuh nurul (1)
  • nurul nadhirah dibunuh (1)
  • nurul nadhirah abdullah (1)
  • nurul nadhirah (1)
  • nur nadirah abdullah (1)

Gambar Shaeizy Sam Dan Kekasih

Posted: 14 Mar 2012 04:19 AM PDT

Nak tengok gambar shaeizy sam dan kekasihnya? Boleh tahan cantik gak awek shaeizy sam ni, tapi seksi la.. apa-apaun, jom tengok gambar awek shaheizy sam ini.

 

Incoming search terms:

  • artis seksi (1)
  • awek seksi 2012 (1)