Wednesday, 20 June 2012

Macam Best

Macam Best


Izara Aishah dikatakan besar kepala kerana tawaran aksi ranjang

Posted: 19 Jun 2012 08:43 PM PDT

Izara Aishah tidak mahu membawa watak jahat atau aksi ranjang. – Foto SAM THAM.

 

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.

Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.

“Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.

“Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.

Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.

Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.

“Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai.

Izara menafikan sudah besar kepala tetapi keputusannya itu adalah prinsip dirinya.

 

“Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.

Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.

Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.

“Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak.

“Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan,” katanya.

Ustaz Zahazan puji taubat Awi Rafael

Posted: 19 Jun 2012 08:17 PM PDT

Awi Rafael

 

PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.

“Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.

“Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.

“Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ustaz Zahazan

 

Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.

“Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.

“Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing,” tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

“Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.

“Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal,” katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.

Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

Berkahwin ketika belajar

Posted: 19 Jun 2012 04:54 PM PDT

FASA BARU...melangkah alam perkahwinan bermakna mahasiswa melangkah fasa baru  penuh cabaran dan dugaan. - Gambar hiasan
FASA BARU…melangkah alam perkahwinan bermakna mahasiswa melangkah fasa baru penuh cabaran dan dugaan. – Gambar hiasan

APAKAH reaksi anda jika anak yang belum menggenggam segulung ijazah membuka mulut memberitahu ingin berkahwin?

Ramai menganggap mahasiswa berkahwin ketika belajar di menara gading hanya memperjudikan nasib dan masa depan.

  • FotoPELBAGAI CABARAN…dunia pengajian penuh dengan pelbagai dugaan, justeru mahasiswa perlu bersedia berdepan segala kemungkinan andai kata mengambil keputusan untuk berkahwin. – Gambar hiasan
  • FotoKONFLIK…pelbagai konflik akan berlaku, jadi pastikan diri bersedia memikul tanggungjawab sekali gus tidak menjejaskan pengajian. – Gambar hiasan
  • FotoBERSAMA…perkahwinan fitrah manusia, justeru tiada salahnya jika ingin berkahwin asalkan tahu matlamatnya. – Gambar hiasan
  • FotoCEKAL…Ng bersama isterinya tabah menjalani kehidupan berkahwin semasa belajar.
  • FotoSALING MENDORONG…perkahwinan menjadikan Ahmad Rafei dan isterinya lebih bermotivasi sekali gus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran.

Apatah lagi tanpa sokongan kewangan kukuh sementelaah usia masih mentah, perkahwinan dianggap landasan merealisasikan perasaan yang membara.

Berilah apa jua alasan, ironinya masyarakat tetap beranggapan perkahwinan semasa belajar bukan pilihan terbaik untuk memiliki kejayaan.

 
Persoalannya, sejauh manakah tepatnya tanggapan itu?

Bagaimana pula mereka yang berkahwin namun mampu cemerlang?

Timbalan Pendaftar Kanan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zainab Othman, berkata berkahwin atau tidak, ia bergantung kepada kemampuan individu itu menentukan corak pengajian.

Beliau berkata, penerimaan individu mengenai perkahwinan berbeza, justeru tiada jawapan konkrit sama ada ia boleh menghancur atau menjayakan pengajian seseorang.

"Perkahwinan fitrah manusia dan bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Cuma, apabila pelaksanaannya dilakukan sewaktu melanjutkan pengajian, ada pihak akan mempertikaikan.

"Dan, pertikaian itu berkait rapat faktor tertentu seperti ekonomi dan usia.
Pada dasarnya tidak menolak cuma melahirkan rasa kebimbangan.

"Perkahwinan bukan suka-suka kerana komitmennya terlalu tinggi. Cuba yang berkahwin itu tidak belajar, pasti tiada pertikaian," katanya.

Perkahwinan semasa belajar meskipun tidak menjadi kesalahan, ia masih mampu mengundang kesangsian kerana dianggap penyekat kejayaan mahasiswa.

Meskipun ada yang berjaya membuktikan sebaliknya, ramai beranggapan mereka hanyalah segelintir golongan bernasib baik.

Yang lain, terkandas di tengah jalan atau terpaksa membuat pilihan sukar sama ada meneruskan pengajian atau mengorbankan perkahwinan.

Beliau berkata, aspek perlu ditekankan ialah bagaimana mahasiswa itu pandai membahagikan masa serta membuat perancangan yang baik sepanjang pengajian.

"Ada yang tidak berkahwin namun hidupnya tetap kelam kabut, tidak terurus hingga me�ngakibatkan keputusan diterima mengecewakan.

"Yang berkahwin pula lebih cemerlang. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku sekali gus membuktikan semuanya bergantung pada sikap dan kemahuan diri," katanya tidak menafikan perkahwinan menuntut mahasiswa berusaha berkali ganda berbanding mahasiswa bujang.

"Berkahwin semasa belajar bukan saja memikul tanggungjawab pengajian malah membabitkan permainan emosi, persefahaman pasangan, keluarga dan sebagainya.

"Jika tiada kekuatan diri dan emosi, semuanya boleh tunggang langgang. Sebab itu, kalau ingin berkahwin, pastikan benar-benar bersedia.

"Faktor inilah menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa kurang selesa jika anak meminta kebenaran berkahwin. Bukan tidak faham tapi takut mereka kecundang," katanya.

Ditanya apakah faktor menyebabkan mahasiswa mengambil keputusan menamatkan zaman bujang ketika rakan lain berseronok melayari alam pengajian, beliau berkata perhubungan terjalin lama selain alasan sudah bertemu teman sehati sejiwa menjadikan mereka bulat tekad berkahwin.

"Ikutkan logik, alasan diterima masih boleh ditangguhkan. Bagaimanapun selepas membuat pilihan, timbul pula persoalan adakah melakukannya selepas berfikir semasak – masaknya atau hanya mengikut gelora hati?

"Paling dibimbangi mereka hanya terbayangkan kesero�nokan berkahwin tanpa peduli tanggungjawab yang lain. Maklumlah sedang asyik dilambung perasaan.

"Pada saya, kahwinlah jika yakin boleh melakukannya selain jangan ketepikan peranan keluarga. Mereka boleh menjadi tempat bimbingan emosi serta kewangan.

"Pastikan jika berkahwin, jangan gadaikan pengajian semata-mata kerana perkahwinan," katanya.

Bagi pasangan suami isteri dari Tawau, Sabah, Ng King Kwong dan isterinya, Nur Iman Maryam Yusop, perkahwinan mereka penuh dengan cabaran.

Ng, 25, mahasiswa Sarjana Pendidikan Matematik dan isterinya yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi, berkata selain usia muda, soal agama juga menjadi dugaan hebatnya.

"Kami berdua ingin memeluk Islam dan melangsungkan perkahwinan. Biarpun mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin, kami harungi juga dengan janji membawa pelajaran bersama.

"Kami akui, cabaran selepas berkahwin lebih hebat. Di samping terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru, tanggungjawab juga semakin bertambah.

"Saya akui, ada kalanya timbul emosi negatif, namun cuba mencari jalan penyelesaian supaya perkahwinan ini tidak menjadi cemuhan," katanya.

Mengakui isterinya sangat memahami, beliau menyifatkan perkahwinan sebagai landasan untuk lebih berjaya.

"Prosesnya lebih mudah kerana kami dapat mengulang kaji bersama-sama di mana-mana jua. Kami saling memberi dorongan dan tunjuk ajar.

"Ini satu motivasi dan nikmat perkahwinan masih belajar. Kami sentiasa pastikan segala perancangan tidak keciciran," katanya.

Manakala pasangan Ahmad Rafei Ab Halim, 22, dan isterinya, Norhafiza Mahasan, 23, dari Terengganu, lebih bernasib baik kerana keluarga menyokong penuh keputusan mereka berkahwin semasa belajar.

Ahmad Rafei yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup manakala Norhafiza Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumahtangga, berkata keluarga memahami hasrat mereka selain memastikan tidak terjebak perkara tidak diingini.

"Apabila menyuarakan hasrat, keluarga tidak membantah sebaliknya yakin kami bersedia memikul tanggungjawab. Mereka memberi penuh sokongan dan kebebasan.

"Malah, perkahwinan ini satu nikmat apabila prestasi penga�jian lebih meningkat hingga mampu memperoleh Anugerah Dekan bersama.

"Semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada mahukan kejayaan atau kegagalan.
Perkahwinan hanya sekelumit penyebab," katanya.

Atuk kecewa cinta hampa

Posted: 19 Jun 2012 04:51 PM PDT

BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.
BUKTI…Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.

REMBAU: "Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan."

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

"Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

 
"Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Posted: 19 Jun 2012 08:13 AM PDT

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?

Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.

Kurang keyakinan diri

Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, "Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!". Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?

Jika anda kata, "Ya!", bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap "Tidak!", sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata "Ya!" dan yakin cakap diri anda cantik.

Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.

Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata "Ya!" walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. "Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?"

Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

 

Anda tidak cool

Owh…lelaki sangat tidak suka perempuan yang cepat marah, melenting dan merungut. Bagi lelaki ianya seperti anda ini seorang yang mengada-ngada dan gedik. Cerewet pun ye jugak.

Anda perlu bersikap matang dan lebih keperempuanan. Lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan rilek sepanjang masa. Jangan kelam kabut. Anda seorang perempuan dan perlu nampak cool apabila berhadapan dengan lelaki.

Buat apa anda nak marah-marah di hadapan lelaki? Nak menunjukkan yang anda lagi hebat daripada mereka? Nak menunjukkan yang anda lebih dominan? Oh! Itu sangat menggugat ego seorang lelaki. Memang sah-sah lelaki akan menjauhkan diri dari anda. Bagi mereka, anda ini seorang yang poyo!

Penampilan diri yang tidak menarik

Ok anda mungkin seorang yang yakin pada diri sendiri, dan cool dalam perwatakan. Tetapi sayangnya penampilan diri anda tidak menarik. Pakaian anda compang camping, selekeh, dan tidak terurus.

Lelaki tidak berminat untuk mendekati perempuan yang tidak menjaga penampilan. Sedangkan diri sendiri tidak terjaga, bagaimana pula perempuan akan dapat menguruskan suami mereka nanti? Mungkin itu yang ditanya dalam hati seorang lelaki.

Semua orang inginkan pasangan yang cantik dan menarik. Jika anda sendiri pun tidak suka pada lelaki yang tidak menjaga penampilan, begitu juga dengan mereka.

Jadi hiasi diri anda dan tunjukkan yang anda mempunyai penampilan yang ceria, menarik dan terurus. Terutama sekali dari aspek pakaian. Mekap tak mekap, lelaki tak amik kisah sangat. Yang penting, pakaian yang dipakai itu memikat hati mereka. Dan tidak semestinya kena pakai seksi-seksa untuk memikat ye…

 

sumber : http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/3-sebab-kenapa-lelaki-tidak-tertarik-pada-diri-anda/

No comments:

Post a Comment