Sunday, 10 June 2012

Macam Best

Macam Best


Zack Kumpulan New Boyz dikenakan hukuman Gantung

Posted: 09 Jun 2012 07:42 AM PDT


SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.
Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

-metro-

Incoming search terms:

  • zaq newboys di kenakan hukuman gantung (1)

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai

Posted: 09 Jun 2012 04:52 AM PDT

Pasangan sensasi Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Radzak akhirnya sah bakal bercerai.

Selepas ‘berperang’ bertahun-tahun sejak mereka mendirikan rumah tangga secara rahsia di Songkla, Thailand pada bulan Februari 2008, pasangan sensasi Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Radzak akhirnya sah bakal bercerai.

Rita yang telah menerima pesanan mesej ringkas (SMS) mengenai bakal diceraikan daripada suaminya itu semalam telah memberitahu berita buruk itu kepada sebuah akhbar. Dia kemudian memberi kenyataan lanjut kepada pihak media sewaktu ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-36 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

“Dia hantar sms yang mengatakan sedang membuat permohonan cerai dan sejujurnya saya reda. Saya juga telah tawar hati dengannya,” ujar pelakon tersebut.

Walaupun rela dicerai, tapi jangan main-main dengan Rita. Tak kisah berpisah kasih dengan lelaki yang telah menjadi suaminya selama empat tahun lalu itu, dia bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dua anak lelaki hasil perkongsian hidup mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1. Tegas Rita hanya maut yang memisahkan mereka.

“Saya sudah sedia untuk dilepaskan sejak dia keluar rumah pada bulan Januari lalu dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada kami bertiga selama empat bulan. Saya sudah terbiasa membesarkan anak saya sendiri.

“Tapi jika dia dan keluarga mahu mengambil anak-anak, saya akan pastikan berlawan habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan mereka berdua. Saya tidak boleh hidup tanpa anak-anak saya. Hanya maut yang dapat memisahkan kami,” tegas Rita.

Tambahnya dia kini akan kembali aktif berlakon untuk kelangsungan hidup mereka bertiga pada masa hadapan.

Katanya: “Saya perlu aktif berlakon semula untuk membesarkan anak-anak saya.”
Sementara itu, Aidil yang juga merupakan pemain bola kebangsaan telah mengesahkan bakal menceraikan pelakon kelahiran Perlis tersebut.

Kisah peribadi dan rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah kering kontroversi sejak mereka digosipkan bercinta. Selain faktor usia antara mereka iaitu Rita 36, dan Aidil 25, mereka berkahwin lari di Songkla dan keluarga Aidil hanya mengetahui anaknya telah berkahwin selepas 10 bulan menjadi suami, kehidupan mereka sentiasa bergolak.

Nampaknya penceraian barangkali adalah jalan terbaik untuk kehidupan mereka selain ia juga mampu menutup pintu aib yang selama ini didedahkan media kerana pasangan tersebut sendiri yang secara terbuka berkongsi permasalahan mereka.

No comments:

Post a Comment