Tuesday, 19 June 2012

Macam Best

Macam Best


Rizal AF5 nikah eksekutif Firefly

Posted: 18 Jun 2012 10:20 PM PDT

Rizal dan Maria bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2013. Foto ihsan Rizal.

 

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai percintaan bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub, 25, dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan telah bertunang pada 26 Mac lalu.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.

“Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.

Maria (tengah) adalah cinta sejati Rizal.

 

“Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Rizal dan Maria, 30, bertunang dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.

Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.

Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.

Majlis pertunangan Rizal dan Maria diadakan secara sederhana pada Mac lalu. Foto ihsan daripada Rizal.

 

“Walaupun jarak masa majlis pernikahan kami masih jauh, saya sudah dapat merasai debarannya dan tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami.

“Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.

“Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar,” tuturnya.

Kaki Enot bengkak gara-gara berat badan?

Posted: 18 Jun 2012 09:42 PM PDT

PETALING JAYA: Faktor berat badan berlebihan sehingga mencecah 113 kilogram menyebabkan kaki kiri pelakon Enot menjadi bengkak selain menyebabkan dia sukar untuk berdiri lama.

Enot,34, berkata, kejadian itu berlaku pada

[wp-like-locker]

Jumaat lalu ketika dia bersama pelakon Didie Alias berada di Taiping, Perak bagi menjayakan sebuah acara hiburan.

"Saya bukannya terlibat dengan kemalangan tetapi kaki ini membengkak kerana saya berdiri terlalu lama. Kaki saya sukar untuk menampung keadaan badan saya yang besar ini menyebabkan ia menjadi bengkak," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Tambah Enot, berat badan itu bagaimanapun tidak pernah menggagu kerjayanya malah menganggap ia merupakan satu rezeki untuk dia dalam bidang lakonan.

Malah keadaan fizikalnya itu juga tidak membebankan diri untuk ke lokasi penggambaran dan melunaskan tanggungjawab walaupun kadang-kala cepat berasa penat.

“Alhamdulillahlah saya tidak pernah mengalami masalah dengan saiz badan saya untuk mendapatkan tawaran berlakon dan berbangga dengan keadaan diri saya selagi ia tidak menyusahkan orang lain,” ujarnya.

Gambar terbaru Enot dengan berat badannya telah menurun kepada 113 kilogram. Foto dipetik daripada Facebook milik Enot.

 

Bagaimanapun kata Enot, itu tidak bererti dia boleh mengabaikan kesihatan diri dan memberitahu sedang berusaha mengurangkan berat badannya itu.

“Saya menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, batu karang dan sakit kepala. Saya perlu menjaga pemakanan supaya penyakit-penyakit ini dapat dikawal.

“Sebelum ini berat badan pernah mencecah 126 kilogram dan kini turun menjadi 113 kilogram. Nak kata saya kawal pemakanan tu tidak la sangat tetapi saya lebih selektif dengan pemilihan makanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Enot memberitahu dia bakal kembali sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama dan program hiburan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti selain menumpukan perhatian kepada perniagaan kek yang diusahakannya.

[/wp-like-locker]

 

No comments:

Post a Comment