Thursday, 28 June 2012

Macam Best

Macam Best


Ella Nikah Juruterbang 7 Julai

Posted: 27 Jun 2012 09:10 PM PDT

Ella

 

PETALING JAYA: Ratu rock negara Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin bakal bergelar bernikah dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor pada 7 Julai depan.

Harian Metro pada Khamis melaporkan, sumber terdekat keluarga Ella yang enggan dikenali berkata, penyanyi berusia 46 tahun itu bakal bernikah dengan juruterbang berkenaan di rumah keluarganya di Klang dekat sini pada tarikh tersebut.

"Apa lagi yang hendak dikatakan, ia sama saja seperti majlis pernikahan orang lain. Dia (Ella) akan dinikahkan dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor," kata sumber itu ketika dihubungi.

Sebelum itu, Ella dikesan mengikuti kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Mac lalu hingga menimbulkan andaian dia sudah menemui calon suami dan bakal menamatkan zaman solonya.

Bagaimanapun, Ella enggan mengulas perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Berita pernikahan penyanyi ini mula tersebar selepas ia disiarkan oleh beberapa blog hiburan, baru-baru ini.

Incoming search terms:

  • macambest ella nikah juruterbang julai (1)

Gambar Julia Ziegler tunaikan umrah di Mekah

Posted: 27 Jun 2012 06:16 AM PDT

Jom tengok gambar Julia Ziegler semasa menunaikan umrah baru- baru ini. Sangat manis kan kalau begini.

Gambar Lisa Surihani kini sudah gemuk

Posted: 27 Jun 2012 05:19 AM PDT

Ramai juga yang terkejut dengan penampilan Lisa Surihani ni  selepas dia dah berkahwin. Nampak sangat Lisa makin berisi..

Incoming search terms:

  • lisa surihani sudah gemuk (1)
  • macambest gambar lisa surihani kini sudah gemuk (1)

Monday, 25 June 2012

Macam Best

Macam Best


Allah sentiasa bersama

Posted: 24 Jun 2012 09:52 PM PDT

11 orang yang mendapat doa malaikat

Posted: 24 Jun 2012 07:54 PM PDT

Saturday, 23 June 2012

Macam Best

Macam Best


calon isteri vs calon awek

Posted: 23 Jun 2012 02:32 AM PDT

Ambil tugas syaitan

Posted: 23 Jun 2012 02:22 AM PDT

Apabila orang menyakitimu

Posted: 23 Jun 2012 02:17 AM PDT

4 tanda kekasih anda ingin tinggalkan anda

Posted: 23 Jun 2012 01:50 AM PDT

Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.

Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…

4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi 'malapetaka' yang akan melanda hubungan cinta anda.

Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk 'mengejutkan' anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.

  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.


Cara-cara memujuk wanita

Posted: 23 Jun 2012 01:40 AM PDT

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

sumber: http://cintaimaginasi.blogspot.com/2011/10/cara-cara-memujuk-wanita.html

Thursday, 21 June 2012

Macam Best

Macam Best


Doa untuk bertemu jodoh bagi wanita

Posted: 20 Jun 2012 09:36 PM PDT

Bagi mana-mana wanita yang masih lagi bertemu jodoh, berusahalah bersama-sama. InsyaAllah. Doa pun merupakan salah satu jenis usaha juga. Di sini saya kongsikan satu doa khas untuk wanita, iaitu doa untuk bertemu jodoh.

doa-bertemu-jodoh-untuk-wanita

Wednesday, 20 June 2012

Macam Best

Macam Best


Izara Aishah dikatakan besar kepala kerana tawaran aksi ranjang

Posted: 19 Jun 2012 08:43 PM PDT

Izara Aishah tidak mahu membawa watak jahat atau aksi ranjang. – Foto SAM THAM.

 

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.

Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.

“Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.

“Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.

Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.

Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.

“Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai.

Izara menafikan sudah besar kepala tetapi keputusannya itu adalah prinsip dirinya.

 

“Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.

Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.

Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.

“Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak.

“Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan,” katanya.

Ustaz Zahazan puji taubat Awi Rafael

Posted: 19 Jun 2012 08:17 PM PDT

Awi Rafael

 

PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.

“Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.

“Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.

“Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ustaz Zahazan

 

Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.

“Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.

“Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing,” tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

“Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.

“Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal,” katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.

Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

Berkahwin ketika belajar

Posted: 19 Jun 2012 04:54 PM PDT

FASA BARU...melangkah alam perkahwinan bermakna mahasiswa melangkah fasa baru  penuh cabaran dan dugaan. - Gambar hiasan
FASA BARU…melangkah alam perkahwinan bermakna mahasiswa melangkah fasa baru penuh cabaran dan dugaan. – Gambar hiasan

APAKAH reaksi anda jika anak yang belum menggenggam segulung ijazah membuka mulut memberitahu ingin berkahwin?

Ramai menganggap mahasiswa berkahwin ketika belajar di menara gading hanya memperjudikan nasib dan masa depan.

  • FotoPELBAGAI CABARAN…dunia pengajian penuh dengan pelbagai dugaan, justeru mahasiswa perlu bersedia berdepan segala kemungkinan andai kata mengambil keputusan untuk berkahwin. – Gambar hiasan
  • FotoKONFLIK…pelbagai konflik akan berlaku, jadi pastikan diri bersedia memikul tanggungjawab sekali gus tidak menjejaskan pengajian. – Gambar hiasan
  • FotoBERSAMA…perkahwinan fitrah manusia, justeru tiada salahnya jika ingin berkahwin asalkan tahu matlamatnya. – Gambar hiasan
  • FotoCEKAL…Ng bersama isterinya tabah menjalani kehidupan berkahwin semasa belajar.
  • FotoSALING MENDORONG…perkahwinan menjadikan Ahmad Rafei dan isterinya lebih bermotivasi sekali gus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran.

Apatah lagi tanpa sokongan kewangan kukuh sementelaah usia masih mentah, perkahwinan dianggap landasan merealisasikan perasaan yang membara.

Berilah apa jua alasan, ironinya masyarakat tetap beranggapan perkahwinan semasa belajar bukan pilihan terbaik untuk memiliki kejayaan.

 
Persoalannya, sejauh manakah tepatnya tanggapan itu?

Bagaimana pula mereka yang berkahwin namun mampu cemerlang?

Timbalan Pendaftar Kanan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zainab Othman, berkata berkahwin atau tidak, ia bergantung kepada kemampuan individu itu menentukan corak pengajian.

Beliau berkata, penerimaan individu mengenai perkahwinan berbeza, justeru tiada jawapan konkrit sama ada ia boleh menghancur atau menjayakan pengajian seseorang.

"Perkahwinan fitrah manusia dan bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Cuma, apabila pelaksanaannya dilakukan sewaktu melanjutkan pengajian, ada pihak akan mempertikaikan.

"Dan, pertikaian itu berkait rapat faktor tertentu seperti ekonomi dan usia.
Pada dasarnya tidak menolak cuma melahirkan rasa kebimbangan.

"Perkahwinan bukan suka-suka kerana komitmennya terlalu tinggi. Cuba yang berkahwin itu tidak belajar, pasti tiada pertikaian," katanya.

Perkahwinan semasa belajar meskipun tidak menjadi kesalahan, ia masih mampu mengundang kesangsian kerana dianggap penyekat kejayaan mahasiswa.

Meskipun ada yang berjaya membuktikan sebaliknya, ramai beranggapan mereka hanyalah segelintir golongan bernasib baik.

Yang lain, terkandas di tengah jalan atau terpaksa membuat pilihan sukar sama ada meneruskan pengajian atau mengorbankan perkahwinan.

Beliau berkata, aspek perlu ditekankan ialah bagaimana mahasiswa itu pandai membahagikan masa serta membuat perancangan yang baik sepanjang pengajian.

"Ada yang tidak berkahwin namun hidupnya tetap kelam kabut, tidak terurus hingga me�ngakibatkan keputusan diterima mengecewakan.

"Yang berkahwin pula lebih cemerlang. Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku sekali gus membuktikan semuanya bergantung pada sikap dan kemahuan diri," katanya tidak menafikan perkahwinan menuntut mahasiswa berusaha berkali ganda berbanding mahasiswa bujang.

"Berkahwin semasa belajar bukan saja memikul tanggungjawab pengajian malah membabitkan permainan emosi, persefahaman pasangan, keluarga dan sebagainya.

"Jika tiada kekuatan diri dan emosi, semuanya boleh tunggang langgang. Sebab itu, kalau ingin berkahwin, pastikan benar-benar bersedia.

"Faktor inilah menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa kurang selesa jika anak meminta kebenaran berkahwin. Bukan tidak faham tapi takut mereka kecundang," katanya.

Ditanya apakah faktor menyebabkan mahasiswa mengambil keputusan menamatkan zaman bujang ketika rakan lain berseronok melayari alam pengajian, beliau berkata perhubungan terjalin lama selain alasan sudah bertemu teman sehati sejiwa menjadikan mereka bulat tekad berkahwin.

"Ikutkan logik, alasan diterima masih boleh ditangguhkan. Bagaimanapun selepas membuat pilihan, timbul pula persoalan adakah melakukannya selepas berfikir semasak – masaknya atau hanya mengikut gelora hati?

"Paling dibimbangi mereka hanya terbayangkan kesero�nokan berkahwin tanpa peduli tanggungjawab yang lain. Maklumlah sedang asyik dilambung perasaan.

"Pada saya, kahwinlah jika yakin boleh melakukannya selain jangan ketepikan peranan keluarga. Mereka boleh menjadi tempat bimbingan emosi serta kewangan.

"Pastikan jika berkahwin, jangan gadaikan pengajian semata-mata kerana perkahwinan," katanya.

Bagi pasangan suami isteri dari Tawau, Sabah, Ng King Kwong dan isterinya, Nur Iman Maryam Yusop, perkahwinan mereka penuh dengan cabaran.

Ng, 25, mahasiswa Sarjana Pendidikan Matematik dan isterinya yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi, berkata selain usia muda, soal agama juga menjadi dugaan hebatnya.

"Kami berdua ingin memeluk Islam dan melangsungkan perkahwinan. Biarpun mendapat tentangan keluarga untuk berkahwin, kami harungi juga dengan janji membawa pelajaran bersama.

"Kami akui, cabaran selepas berkahwin lebih hebat. Di samping terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru, tanggungjawab juga semakin bertambah.

"Saya akui, ada kalanya timbul emosi negatif, namun cuba mencari jalan penyelesaian supaya perkahwinan ini tidak menjadi cemuhan," katanya.

Mengakui isterinya sangat memahami, beliau menyifatkan perkahwinan sebagai landasan untuk lebih berjaya.

"Prosesnya lebih mudah kerana kami dapat mengulang kaji bersama-sama di mana-mana jua. Kami saling memberi dorongan dan tunjuk ajar.

"Ini satu motivasi dan nikmat perkahwinan masih belajar. Kami sentiasa pastikan segala perancangan tidak keciciran," katanya.

Manakala pasangan Ahmad Rafei Ab Halim, 22, dan isterinya, Norhafiza Mahasan, 23, dari Terengganu, lebih bernasib baik kerana keluarga menyokong penuh keputusan mereka berkahwin semasa belajar.

Ahmad Rafei yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup manakala Norhafiza Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumahtangga, berkata keluarga memahami hasrat mereka selain memastikan tidak terjebak perkara tidak diingini.

"Apabila menyuarakan hasrat, keluarga tidak membantah sebaliknya yakin kami bersedia memikul tanggungjawab. Mereka memberi penuh sokongan dan kebebasan.

"Malah, perkahwinan ini satu nikmat apabila prestasi penga�jian lebih meningkat hingga mampu memperoleh Anugerah Dekan bersama.

"Semuanya terpulang pada diri sendiri sama ada mahukan kejayaan atau kegagalan.
Perkahwinan hanya sekelumit penyebab," katanya.

Atuk kecewa cinta hampa

Posted: 19 Jun 2012 04:51 PM PDT

BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.
BUKTI…Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.

REMBAU: "Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan."

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

"Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

 
"Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Posted: 19 Jun 2012 08:13 AM PDT

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?

Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.

Kurang keyakinan diri

Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, "Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!". Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?

Jika anda kata, "Ya!", bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap "Tidak!", sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata "Ya!" dan yakin cakap diri anda cantik.

Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.

Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata "Ya!" walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. "Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?"

Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

 

Anda tidak cool

Owh…lelaki sangat tidak suka perempuan yang cepat marah, melenting dan merungut. Bagi lelaki ianya seperti anda ini seorang yang mengada-ngada dan gedik. Cerewet pun ye jugak.

Anda perlu bersikap matang dan lebih keperempuanan. Lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan rilek sepanjang masa. Jangan kelam kabut. Anda seorang perempuan dan perlu nampak cool apabila berhadapan dengan lelaki.

Buat apa anda nak marah-marah di hadapan lelaki? Nak menunjukkan yang anda lagi hebat daripada mereka? Nak menunjukkan yang anda lebih dominan? Oh! Itu sangat menggugat ego seorang lelaki. Memang sah-sah lelaki akan menjauhkan diri dari anda. Bagi mereka, anda ini seorang yang poyo!

Penampilan diri yang tidak menarik

Ok anda mungkin seorang yang yakin pada diri sendiri, dan cool dalam perwatakan. Tetapi sayangnya penampilan diri anda tidak menarik. Pakaian anda compang camping, selekeh, dan tidak terurus.

Lelaki tidak berminat untuk mendekati perempuan yang tidak menjaga penampilan. Sedangkan diri sendiri tidak terjaga, bagaimana pula perempuan akan dapat menguruskan suami mereka nanti? Mungkin itu yang ditanya dalam hati seorang lelaki.

Semua orang inginkan pasangan yang cantik dan menarik. Jika anda sendiri pun tidak suka pada lelaki yang tidak menjaga penampilan, begitu juga dengan mereka.

Jadi hiasi diri anda dan tunjukkan yang anda mempunyai penampilan yang ceria, menarik dan terurus. Terutama sekali dari aspek pakaian. Mekap tak mekap, lelaki tak amik kisah sangat. Yang penting, pakaian yang dipakai itu memikat hati mereka. Dan tidak semestinya kena pakai seksi-seksa untuk memikat ye…

 

sumber : http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/3-sebab-kenapa-lelaki-tidak-tertarik-pada-diri-anda/

Tuesday, 19 June 2012

Macam Best

Macam Best


Rizal AF5 nikah eksekutif Firefly

Posted: 18 Jun 2012 10:20 PM PDT

Rizal dan Maria bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2013. Foto ihsan Rizal.

 

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai percintaan bintang Akademi Fantasia ke 5 (AF5), Rizal Ayub, 25, dengan wanita senegeri dengannya iaitu Sarawak terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan telah bertunang pada 26 Mac lalu.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun itu sebaliknya enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.

“Saya tak mahu kecoh-kecoh kerana ini baru majlis pertunangan. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.

Maria (tengah) adalah cinta sejati Rizal.

 

“Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Rizal dan Maria, 30, bertunang dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dalam satu majlis tertutup di kediaman pihak perempuan di Kuching, Sarawak.

Pada majlis tersebut, keluarga Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai sebagai tanda bertunang. Majlis pernikahan pula dijadualkan pada 26 Januari 2013.

Kedua-dua pasangan itu pula merancang mengadakan majlis persandingan pada 27 Januari 2013 di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.

Majlis pertunangan Rizal dan Maria diadakan secara sederhana pada Mac lalu. Foto ihsan daripada Rizal.

 

“Walaupun jarak masa majlis pernikahan kami masih jauh, saya sudah dapat merasai debarannya dan tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami.

“Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.

“Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar,” tuturnya.

Kaki Enot bengkak gara-gara berat badan?

Posted: 18 Jun 2012 09:42 PM PDT

PETALING JAYA: Faktor berat badan berlebihan sehingga mencecah 113 kilogram menyebabkan kaki kiri pelakon Enot menjadi bengkak selain menyebabkan dia sukar untuk berdiri lama.

Enot,34, berkata, kejadian itu berlaku pada

[wp-like-locker]

Jumaat lalu ketika dia bersama pelakon Didie Alias berada di Taiping, Perak bagi menjayakan sebuah acara hiburan.

"Saya bukannya terlibat dengan kemalangan tetapi kaki ini membengkak kerana saya berdiri terlalu lama. Kaki saya sukar untuk menampung keadaan badan saya yang besar ini menyebabkan ia menjadi bengkak," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Tambah Enot, berat badan itu bagaimanapun tidak pernah menggagu kerjayanya malah menganggap ia merupakan satu rezeki untuk dia dalam bidang lakonan.

Malah keadaan fizikalnya itu juga tidak membebankan diri untuk ke lokasi penggambaran dan melunaskan tanggungjawab walaupun kadang-kala cepat berasa penat.

“Alhamdulillahlah saya tidak pernah mengalami masalah dengan saiz badan saya untuk mendapatkan tawaran berlakon dan berbangga dengan keadaan diri saya selagi ia tidak menyusahkan orang lain,” ujarnya.

Gambar terbaru Enot dengan berat badannya telah menurun kepada 113 kilogram. Foto dipetik daripada Facebook milik Enot.

 

Bagaimanapun kata Enot, itu tidak bererti dia boleh mengabaikan kesihatan diri dan memberitahu sedang berusaha mengurangkan berat badannya itu.

“Saya menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, batu karang dan sakit kepala. Saya perlu menjaga pemakanan supaya penyakit-penyakit ini dapat dikawal.

“Sebelum ini berat badan pernah mencecah 126 kilogram dan kini turun menjadi 113 kilogram. Nak kata saya kawal pemakanan tu tidak la sangat tetapi saya lebih selektif dengan pemilihan makanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Enot memberitahu dia bakal kembali sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama dan program hiburan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti selain menumpukan perhatian kepada perniagaan kek yang diusahakannya.

[/wp-like-locker]

 

Monday, 18 June 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Farah Asyikin yang kini bertudung

Posted: 17 Jun 2012 11:29 PM PDT

Giliran Farah Asyikin pula untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kini Farah Asyikin mulai memakai tudung. Sejuk mata memandang. jom tengok gambar farah asyikin bertudung.

Giliran Farah Asyikin Pula Berhijab

8 Cara buat ex korang menyesal

Posted: 17 Jun 2012 11:01 PM PDT

8 cara nak menyakitkan hati orang yang myakitkan hati kita dan buat dia menyesal.
1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  ”Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya.” Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ “p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya.”3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap “Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!”. Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang “Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?”. 4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.

5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.
6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia “Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya.” Mesti dia bengang.
7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap “Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan.”
8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

7 Sikap wanita yang membuatkan lelaki meluat

Posted: 17 Jun 2012 10:54 PM PDT

Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi.

Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah..

1)Materialistik

Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.

2)Queen Control

Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.

3)Terlalu Pasif

Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya.

4)Suka Mengeluh Dan Membebel

Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan.

5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri

Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,”saya tambah gemuk tak?” atau ”kulit saya nampak gelap kan?” selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel.

6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan

Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.

7)Bercerita Tentang Lelaki Lain

Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.

sumber: blogbisu.blogspot.com

Suami Rita Rudaini tidak muncul di mahkamah?

Posted: 17 Jun 2012 10:10 PM PDT

Rita Rudaini. Foto KIMBERLY YEO

 

SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila Aidil Zafuan Abd. Radzak tidak hadir ke mahkamah rendah syariah di sini, Isnin bagi sebutan kes nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukakan suaminya itu.

Rita yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah pada 3 Jun lalu berkata, dia mendapat kekuatan untuk naik turun mahkamah apabila kes sering tertangguh kerana yakin Allah memberi kekuatan kepadanya dan keluarga

“Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Dan tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah yang sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga,” katanya.

Tambah pelakon itu, dia juga hairan kenapa Aidil tidak muncul di mahkamah pada Isnin tanpa sebarang alasan.

Terdahulu Mahkamah dimaklumkan oleh Peguam Syarie plaintif (Aidil), Ahmad Nazib Johari, memohon untuk menangguhkan kes pada pukul 12 tengah hari Isnin.

Bagaimanapun Peguam Syarie defendan, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain, tidak menerima sebarang surat memaklumkan penangguhan tersebut dan seterusnya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan nusyuz yang dituntut Aidil.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menetapkan 9 Julai depan bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan bantahan berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata dirinya lebih tenang selepas mengerjakan umrah bersama 30 orang ahli keluarganya yang lain, termasuklah anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4.

“Ini pertama kali saya membawa anak sama-sama mengerjakan umrah dan Alhamdulillah fikiran saya sangat tenang dan tidak memikirkan langsung tentang masalah ini (kes cerai).

“Malah, ketika hadir untuk sebutan kes hari ini, saya sangat tenang, tidak seperti sebelum ini. Saya berdoa supaya diri ini lebih kuat untuk mengharungi segala dugaan hidup agar dapat bahagia di samping anak-anak,” ujarnya.

Pada 16 Mei lalu, Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

terima seadanya

Posted: 17 Jun 2012 05:54 AM PDT

Kreatif

Posted: 17 Jun 2012 05:51 AM PDT

Kreatif

Sunday, 17 June 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Fara Fauzana memakai tudung

Posted: 16 Jun 2012 10:02 PM PDT

Jom layan gambar Fara Fauzana pakai tudung ni.

 

Incoming search terms:

  • macam best fara fauzana pakai tudung (1)

Saturday, 16 June 2012

Macam Best

Macam Best


Pelawak Muda makin biadap – Ebby Yus

Posted: 15 Jun 2012 07:29 PM PDT

Ebby Yus

 

KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.

Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

"Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

"Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.

"Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang ‘memanjakan’ mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.

Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.

 

"Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

"Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini," luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

"Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komediasebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan," kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).