Wednesday, 14 September 2011

Post titlePelajar SMK Pulau Gaya Guna Beras Bentuk Jalur Gemilang

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Berbekalkan semangat cintakan negara, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya dekat sini berjaya menghasilkan Jalur Gemilang terbesar di Sabah menggunakan beras.

Berukuran 11.1 meter panjang dan lima meter lebar, penghasilan Jalur Gemilang sempena program kemerdekaan peringkat sekolah itu mengambil masa lima hari dan menggunakan beras sumbangan Padiberas Nasional Berhad Sabah.

Pelancaran program itu dirasmikan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul di sekolah tersebut Selasa.

Dalam ucapannya, Almain memuji usaha sekolah tersebut sekalipun gagal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

"Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara ini serta dapat membantu usaha mempromosi dan mengukuhkan proses pembinaan negara yang berbilang kaum, agama dan budaya ini," katanya.

Almain berkata rakyat juga harus bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang hasil kemerdekaan negara.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment