KEGAGALAN Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan mentadbir
urus Tanah Perkuburan Islam Nunuyan Darat, Jalan Aman, Sandakan yang berusia
ratusan sehingga terbiar dan menjadi tempat pembiakan ular dan membahayakan waris
menziarahi pusara keluarga tersayang.
Salah seorang warga Sandakan, Ahmad Sabri yang menziarahi pusara arwah ibunya memberitahu, beliau amat kesal dan kecewa kerana JHEAINS di Sandakan langsung tidak mahu mentadbir urus kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Islam yang tertua di Sandakan kerana sudah wujud sejak 1948 lagi.
Tegas Ahmad, JHEAINS sewajarnya melantik dua atau tiga orang penjaga kubur dengan elaun RM500 sebulan dan melengkapkan mereka dengan kemudahan seperti chainsaw ataupun mesin pemotong rumput ataupun juga racun rumpai agar kebersihan Tanah Perkuburan Islam terjaga.
No comments:
Post a Comment