Macam Best |
- Gambar Yatt Hamzah ketika lawatan berjumpa TG Nik Aziz
- AC Mizal ajak Abby Abadi berdebat
- Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin
- Pelajar boleh bawa handphone mulai 2013
- Ular tedung di depan buaian bayi
- Jamaludin tinggalkan KFC?
- Farid Kamil retak tempurung lutut
- Presiden Assad gunakan senjata kimia
- Ditampar pemandu gara-gara tidak puas hati
Gambar Yatt Hamzah ketika lawatan berjumpa TG Nik Aziz Posted: 18 Jul 2012 03:51 AM PDT Sedikit gambar ketika Yatt Hamzah membuat lawatan berjumpa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
|
AC Mizal ajak Abby Abadi berdebat Posted: 18 Jul 2012 01:35 AM PDT Nampaknya, selebriti-selebriti kita diluar sana sudah lantang menyuarakan sesuatu perkara jika mereka tidak berpuas hati. Yang untung, anda fikirlah sendiri. Terbaru, wujud isu terbaru mengenai Abby Abadi yang dikatakan mempersoalkan tanggungjawab polis. Baru-baru ini juga dalam sebuah video, Abby Abadi dilihat menyertai perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA. Sebelum ini, beberapa keping foto Abby Abadi pergi menemui Tok Guru Nik Aziz telah tersebar dan ianya tidak mustahil bahawa Abby Abadi telah menyertai Tok Guru Nik Aziz. Dalam video berdurasi lebih 6 minit ini, Abby Abadi kelihatan memberikan ucapan secara terbuka di hadapan ahli perhimpunan dan ini menyebabkan AC Mizal yang juga rakan seperjuangannya dalam bidang lakonan, sedikit kecewa. AC Mizal di laman Twitternya berkata, "Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!" sumber:ohbulan.com |
Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin Posted: 18 Jul 2012 01:20 AM PDT Jom tengok gambar terbaru anak Mawi dan juga Ekin. Memang comel. Anak mereka ni bernama Cahaya Malika |
Pelajar boleh bawa handphone mulai 2013 Posted: 18 Jul 2012 01:05 AM PDT Pelajar Sekarang Boleh Bawa Handphone Atau Telefon Bimbit Ke Sekolah Mulai tahun depan 2013. Ini merupakan berita baik bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Ini berikutan faktor aspek keselamatan dan mengambil kira pandangan yang positif. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan. Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya. Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen. Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat. |
Ular tedung di depan buaian bayi Posted: 17 Jul 2012 08:39 PM PDT BERBISA…anggota JPAM memegang ular tedung selar jantan yang ditangkap di sebuah rumah di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah. KUALA PILAH: "Isteri saya nampak ular tedung selar berwarna keemasan menegakkan kepalanya serta badan mengikut ayunan buaian bayi di ruang tamu rumah sebelum meminta bantuan jiran menghalau ular itu. "Seorang jiran warga Indonesia yang cuba menghalau ular itu dengan buluh, bagaimanapun terkejut dan berlari sebelum melompat keluar ikut tingkap sebab ular itu menyerang," kata Habibur Rahman Daud, 60. Menurut Habibur Rahman, ketika kejadian dia keluar ke kedai kopi sebelum menerima panggilan telefon daripada kakak iparnya menyuruh pulang segera kerana rumah dimasuki ular.
"Buaian itu memang saya sediakan untuk cucu yang pulang ke kampung. Mujur ketika kejadian tujuh anak dan tiga cucu tidak balik kampung," katanya. Katanya, dengan bersenjatakan sebatang buluh setiap seorang mereka masuk ke rumah itu, namun ular itu sudah tiada di ruang sebelum terdengar bunyi bising seperti barang terjatuh di dapur.
|
Posted: 17 Jul 2012 08:32 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 17 Julai – Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Bhd. (KFC Holdings), Jamaludin Md. Ali (gambar) dipercayai akan meletakkan jawatan dalam syarikat makanan segera itu. Sumber dalaman berkata, Jamaludin yang menerajui jawatan itu sejak 2006 dikatakan bakal menyertai Kulim (M) Bhd. mulai bulan depan. Kulim adalah pemilik KFC dan QSR Brands Bhd. (QSR) sebelum ia dimiliki oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (Massive Equity), sayap khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat itu. Peletakan jawatan Jamaludin juga dipercayai sudah diketahui oleh kakitangan KFC Holdings sejak awal minggu ini. Difahamkan perubahan dalam organisasi Kumpulan KFC itu disebabkan transaksi pembelian KFC Holdings dan QSR Brands oleh Massive Equity hampir dimuktamadkan. … |
Farid Kamil retak tempurung lutut Posted: 17 Jul 2012 08:17 PM PDT Farid Kamil PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam. “Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar. "Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan. “Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu. “Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa. ![]() Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak. “Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja. “Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya. Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans. |
Presiden Assad gunakan senjata kimia Posted: 17 Jul 2012 08:01 PM PDT ![]() Penunjuk perasaan anti-Assad membakar tayar bagi menyekat laluan di sebatang jalan di Jubar dekat Damsyik, kelmarin. – REUTERS LONDON 17 Julai – Duta Syria pertama yang berpaling tadah, Nawaf Fares mendakwa Presiden, Bashar al-Assad bersedia menggunakan senjata kimia ke atas kumpulan pemberontak. Malah, Fares ketika ditemuramah saluran berita BBC tidak menolak kemungkinan senjata tersebut telah digunakan ke atas pemberontak. Beliau memberi amaran Assad bersedia ‘memusnahkan’ semua rakyat Syria, semata-mata untuk mengekalkan kuasanya. Apabila ditanya wartawan BBC, Frank Gardner sama ada dakwaannya itu membawa maksud penggunaan senjata kimia, Fares berkata: ”Saya yakin jika kerajaan pimpinan Assad terus ditekan oleh rakyat, beliau akan menggunakan senjata tersebut.” ”Terdapat maklumat yang belum disahkan bahawa senjata kimia telah digunakan di Homs,” kata bekas Duta Syria ke Iraq itu. Syria mempunyai stok senjata kimia yang besar dan negara-negara jiran semakin bimbang apa akan berlaku ke atas senjata tersebut jika kerajaan ditumbangkan. Fares bagaimanapun yakin kerajaan Assad akan digulingkan tidak lama lagi. ”Kami mendoakan tempoh kejatuhan itu akan berlaku cepat supaya jumlah korban dapat dikurangkan,” katanya. Fares yang mengumumkan belot pada 11 Julai lalu, sebelum ini dilihat sebagai penyokong kuat kerajaan Assad dan pengumumannya itu menimbulkan kesangsian di kalangan aktivis. – AFP |
Ditampar pemandu gara-gara tidak puas hati Posted: 17 Jul 2012 08:18 AM PDT AMPANG: Seorang lelaki dan teman wanitanya ditampar serta dipukul seorang penunggang motosikal yang menuntut ganti rugi mendakwa dia menjadi punca kemalangan di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun memandu keretanya bersama teman wanita di jalan berkenaan apabila sebuah motosikal menghimpit keretanya menyebabkan kedua-dua kenderaan bergesel. "Belum sempat lelaki itu keluar dari keretanya untuk melihat kesan kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit menerkam dan membuka pintu kereta lalu menarik mangsa keluar dan menyerangnya.
Mangsa dan rakan wanitanya yang trauma ditenangkan orang ramai sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah. |
You are subscribed to email updates from Macam Best To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment