Saturday, 21 July 2012

Macam Best

Macam Best


Masakan & Motivasi Program Terbaru Terbitan Fazley

Posted: 20 Jul 2012 11:23 PM PDT

Fazley turut merancang untuk menghasilkan buku masakannya sendiri.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob sedang merancang dengan pihak Astro untuk menerbitkan sebuah program masakannya sendiri selepas menjuarai program MasterChef Selebiriti musim pertama baru-baru ini.

Fazley, 33, berkata, beliau mahu program masakan itu nanti digabungkan dengan bidang motivasi bagi membolehkan pengisian rancangan itu nanti menarik dan dapat memberikan kelainan kepada penonton.

“Saya tidak mahu ia menjadi sebuah program masakan semata-mata kerana yakin dengan memasukkan elemen motivasi ke dalamnya ia akan menjadi lebih menarik.

“Bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan dengan Astro dan harap-harap ia akan menjadi kenyataan,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Asmara Ini" itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 selepas memenangi pertandingan berkenaan. Wang itu disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Soraya.

Dalam pada itu, Fazley berkata, dia juga merancang untuk menghasilkan sebuah buku resipi yang turut memuatkan tip motivasi bagi menjadikan naskhah itu lebih menarik.

Fazley mendedahkan, buku masakan itu turut memuatkan semua resipi yang dimasaknya sepanjang 13 minggu menyertai MasterChef Selebriti.

“Ia bukan sahaja mengandungi resipi tetapi turut menyelitkan tip dan motivasi untuk suami isteri yang berkait rapat dengan makanan dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Fazley memberitahu dia akan muncul dalam dua program masakan terbitan Astro iaitu Chef Suprise dan Hello Bro yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Fazley juga berkata, bersempena Ramadan, beliau akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya dan pengunjung berpeluang untuk menikmati menu yang dimasak semasa peringkat akhir MasterChef Selebriti di hotel berkenaan selama tiga bulan.

“Saya akan membuat penampilan khas di hotel berkenaan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan untuk memasak sendiri selain beramah mesra dengan peminat,” katanya.

Salah faham orang berkenaan niat puasa

Posted: 20 Jul 2012 11:15 PM PDT

Apabila telah dipastikan tibanya Ramadhan maka menjadi kewajipan bagi seorang muslim berniat di waktu malam untuk berpuasa keesokan harinya. Waktu akhir untuk berniat adalah sebelum fajar. Nabi SAW bersabda,

مَنْلَمْيُبَيِّتِالصِّيَامَمِنَاللَّيْلِفَلاَصِيَامَلَهُ

Maksudnya: "Barangsiapa yang tidak menanamkan niat untuk berpuasa dari malam harinya, maka tiadalah puasa baginya." (riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa-i dan Ibnu Majah)

Tanam niat tidak memerlukan cangkul atau benih. Kadang-kadang kita melihat ada sesetengah orang sangat susah untuk menanam niatnya sehinggakan di antara cara untuk dia menanam niatnya adalah dengan bertafakur. Selepas selesai solat tarawih dia bertafakur seketika dikepalai oleh imam dan membaca bersama-sama "nawaitu shauma ghadin….."

Mereka menjadikan bacaan ini sebagai cangkul untuk menanam niat dalam hati mereka. Lihatlah bagaimana petunjuk Nabi SAW. Baginda menyebut tabyit (tanam niat) sahaja. Tanam niat tidak perlu untuk kita mengambil waktu tertentu atau bertafakur seketika. Bahkan tidak dinukilkan daripada perkataan Nabi SAW yang menunjukkan baginda duduk diam sejenak untuk membaca niat.

Tidak pernah ditemui hadis-hadis dan perkataan Nabi SAW yang seperti itu. Jadi apabila tiada perkataan-perkataan atau riwayat seperti ini maka kita perlu berusaha untuk kembali kepada asal, kembali kepada Al Quran dan hadis-hadis Nabi SAW dan meniru bagaimana baginda mengajar kita berniat.

Mudah, niat merupakan satu lintasan di dalam hati. Kalau seseorang itu sudah bangun untuk makan sahur, memasak dan menyediakan makanan untuk sahur, kemudian selesai makan dia terdengar laungan azan dan mengatakan dia terlupa untuk berniat. Logikkah begini? Perkara seperti ini tidak masuk akal, apa tujuan seseorang itu bangun sahur jika bukan untuk berpuasa keesokan harinya? Perbuatan bangun sahur itu sendiri sudah menunjukkan bahawa seseorang itu telah berniat. Telah wujud dalam hatinya keinginan untuk berpuasa keesokan harinya dan disebabkan niat itulah dia bangun untuk bersahur.

Contoh lain, seseorang yang tidak bersolat tarawih menonton televisyen pada waktu malam drama Nur Ramadhan, kemudian beliau teringat beliau di bulan ramadhan dan dalam hatinya terlintas "esok nak puasa". Kemudian dia tidur sehingga orang azan subuh. Apabila sedar orang telah azan dia menyangka dia tidak sempat berniat.

Sebenarnya ketika dia menonton TV pada malam harinya dan telah terlintas dalam hatinya untuk berpuasa esok hari, dia telah pun menanam niat di dalam hati. Lintasan dalam hati tidak perlu dibina padanya struktur ayat-ayat tertentu dan tidak perlu juga dilafazkan. Jadi tidak perlu bimbang dengan apa-apa lafaz, sama ada lafaz niat itu betul atau tidak, tatabahasa ayat itu betul atau tidak dan sebagainya. Memadai dengan sekadar satu lintasan atau keinginan dalam hati.

Apabila kita menerima jemputan dan kita bersetuju untuk hadir bererti kita sebenarnya telah berniat untuk hadir. Seperti yang Nabi sebutkan, jika seseorang itu sudah ada kehendak yang tinggi, itu dikira sudah berniat. Sebab itu orang-orang yang sudah berkehendak melakukan sesuatu tetapi tidak mampu untuk melakukan amal kebaikan tersebut kerana halangan-halangan tertentu dan bukan kerana disengajakan, maka dia akan mendapat pahala sama seperti jika dia melakukannya, dengan syarat dia telah berusaha. Ini yang dimaksudkan dengan menanam niat.

Berkaitan dengan menanam niat pada bulan puasa, terdapat beberapa isu yang dibahaskan. Pertama adalah apa yang disebutkan tadi tentang lafaz niat. Kesimpulan daripadanya adalah, daripada Nabi SAW tidak ada perbuatan yang disebut sebagai lafaz niat.

Niat berpuasa sebulan

Kedua, dibahaskan juga tentang niat berpuasa sebulan pada malam pertama Ramadhan. Sesungguhnya amalan niat untuk berpuasa sebulan tidak pernah dinukil daripada Nabi SAW. Ada orang mengatakan apa salahnya jika ingin berniat sebulan. Sedangkan kita perlu kembali kepada hadis Nabi SAW,

مَنْلَمْيُبَيِّتِالصِّيَامَمِنَاللَّيْلِفَلاَصِيَامَلَهُ

Maksudnya: "Barangsiapa yang tidak menanamkan niatnya untuk berpuasa dari malam harinya, maka tiadalah puasa baginya."

Nabi SAW telah menetapkan niat perlu dilakukan pada malam hari sebelum berpuasa pada siang keesokan harinya. Tidak ada apa yang susah untuk berniat pada setiap malam. Bagi pelajar, setiap malam mereka melihat jadual kerana berniat untuk ke sekolah keesokan harinya. Bagi yang bekerja setiap malam mereka berniat untuk ke tempat kerja keesokan harinya. Tidak perlu mereka menyusun ayat dan melafazkan niat tersebut.

Kalau urusan jadual dunia mampu dirancang setiap hari, ini ibadah yang perlu kita utamakan dan lebih perlu untuk kita mencontohi Nabi SAW. Nabi menyebut niat perlu ditanam pada malam hari maka ia perlu dibuat pada malam harinya. Itu adalah keutamaan yang perlu kita berikan. Dari sudut kekuatan penghujahan, dalil dan sandaran kepada Nabi SAW maka hadis tentang berniat pada malam hari adalah yang lebih tepat.

Niat puasa sunat

Perlu kita ketahui bahawasanya berniat pada bulan Ramadhan Al Mubarak untuk berpuasa wajib adalah tidak sama dengan syarat berniat untuk puasa sunat. Adapun puasa sunat boleh dilakukan seperti Nabi SAW, yang mana apabila bangun pagi dan mendapati tiada makanan, dan apabila sampai sebelum tengahari didapati tiada juga makanan maka boleh berniat untuk berpuasa pada hari itu. Hal ini dilakukan oleh Nabi SAW sendiri.

Tetapi bagi puasa wajib yakni puasa Ramadhan khususnya tidak boleh dilakukan seperti itu kerana pada bulan Ramadhan kita memang diwajibkan berpuasa tidak kira sama ada terdapat makanan pada hari itu ataupun tidak.

sumber:http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/07/19/ramadan-niat-puasa/

Friday, 20 July 2012

Macam Best

Macam Best


Catman?

Posted: 20 Jul 2012 03:42 AM PDT

Selamat menyambut ramadhan

Posted: 20 Jul 2012 03:35 AM PDT

Download Filem Mael Lambong

Posted: 20 Jul 2012 03:32 AM PDT

Jom sama-sama kita tonton filem lakonan Zizan Razak yang bertajuk Mael Lambong.

link: MEDIAFIRE PART 1 LINK
MEDIAFIRE PART 2 LINK

Thursday, 19 July 2012

Macam Best

Macam Best


Terpedaya kerana kejelitaan.

Posted: 18 Jul 2012 11:59 PM PDT

 

MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.

"Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah itu.

 
Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka dunia.

Wednesday, 18 July 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Yatt Hamzah ketika lawatan berjumpa TG Nik Aziz

Posted: 18 Jul 2012 03:51 AM PDT

Sedikit gambar ketika Yatt Hamzah membuat lawatan berjumpa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

 

AC Mizal ajak Abby Abadi berdebat

Posted: 18 Jul 2012 01:35 AM PDT

Nampaknya, selebriti-selebriti kita diluar sana sudah lantang menyuarakan sesuatu perkara jika mereka tidak berpuas hati. Yang untung, anda fikirlah sendiri.

Terbaru, wujud isu terbaru mengenai Abby Abadi yang dikatakan mempersoalkan tanggungjawab polis. Baru-baru ini juga dalam sebuah video, Abby Abadi dilihat menyertai perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA.

Sebelum ini, beberapa keping foto Abby Abadi pergi menemui Tok Guru Nik Aziz telah tersebar dan ianya tidak mustahil bahawa Abby Abadi telah menyertai Tok Guru Nik Aziz. Dalam video berdurasi lebih 6 minit ini, Abby Abadi kelihatan memberikan ucapan secara terbuka di hadapan ahli perhimpunan dan ini menyebabkan AC Mizal yang juga rakan seperjuangannya dalam bidang lakonan, sedikit kecewa.

AC Mizal di laman Twitternya berkata, "Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"

sumber:ohbulan.com

Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin

Posted: 18 Jul 2012 01:20 AM PDT

Jom tengok gambar terbaru anak Mawi dan juga Ekin. Memang comel. Anak mereka ni bernama Cahaya Malika

ekin-cahaya1

mawi-cahaya

Pelajar boleh bawa handphone mulai 2013

Posted: 18 Jul 2012 01:05 AM PDT

Pelajar Sekarang Boleh Bawa Handphone Atau Telefon Bimbit Ke Sekolah Mulai tahun depan 2013. Ini merupakan berita baik bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Ini berikutan faktor aspek keselamatan dan mengambil kira pandangan yang positif. Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.

Inisiatif itu mengambil-kira pandangan pihak berkepentingan ibu-bapa dan guru, pelajar serta pentadbiran sekolah. Rasional penggunaan alat komunikasi di luar waktu kelas membabitkan faktor termasuk keperluan keselamatan murid dan persekitaran pembelajaran secara maya.

Peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996, tidak memerlukan pindaan di Parlimen. Hukuman bagi murid yang melanggar displin peraturan baru itu ditetapkan perlu menjalani aktiviti bersifat pendidikan termasuk khidmat masyarakat.

Ular tedung di depan buaian bayi

Posted: 17 Jul 2012 08:39 PM PDT

BERBISA...anggota JPAM memegang ular tedung selar jantan yang  ditangkap di sebuah rumah di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah.
BERBISA…anggota JPAM memegang ular tedung selar jantan yang ditangkap di sebuah rumah di Kampung Datuk Johan, Serting Tengah.

KUALA PILAH: "Isteri saya nampak ular tedung selar berwarna keemasan menegakkan kepalanya serta badan mengikut ayunan buaian bayi di ruang tamu rumah sebelum meminta bantuan jiran menghalau ular itu.

"Seorang jiran warga Indonesia yang cuba menghalau ular itu dengan buluh, bagaimanapun terkejut dan berlari sebelum melompat keluar ikut tingkap sebab ular itu menyerang," kata Habibur Rahman Daud, 60.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Habibur Rahman dan isterinya Shahariah Mohd Sharif, 58, serta beberapa penduduk Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, nyaris dipatuk seekor ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu.

Menurut Habibur Rahman, ketika kejadian dia keluar ke kedai kopi sebelum menerima panggilan telefon daripada kakak iparnya menyuruh pulang segera kerana rumah dimasuki ular.
"Isteri beritahu ketika berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen, dia nampak cuaca di luar mendung dan ingin mengangkat kain di jemuran.
"Dia keluar melihat langit mendung sebelum berpaling ke rumah dan tersentak melihat seekor ular tedung selar pada kedudukan menegak dan meliuk-liukkan badan dengan kepala kembang seperti bersedia untuk mematuk buaian yang berayun ditiup angin.

 

"Buaian itu memang saya sediakan untuk cucu yang pulang ke kampung. Mujur ketika kejadian tujuh anak dan tiga cucu tidak balik kampung," katanya.
Menurutnya, sejurus melihat ular itu, isterinya meminta bantuan jiran manakala dia sendiri mencari seorang penangkap ular dikenalinya.

Katanya, dengan bersenjatakan sebatang buluh setiap seorang mereka masuk ke rumah itu, namun ular itu sudah tiada di ruang sebelum terdengar bunyi bising seperti barang terjatuh di dapur.
"Kami memeriksa di dapur sebelum ternampak kepala ular di bawah sinki dan ia agresif apabila cuba dihalau dengan buluh.
"Saya dengan bantuan penduduk bertindak menutup semua tingkap dan pintu rumah lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan pihak berkenaan dapat menangkap ular itu," katanya.
Katanya, itu kejadian kedua ular masuk ke rumahnya di Lorong Bunga Raya, Kampung Datuk Johan, Serting Tengah, di sini, yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan tebu dalam tempoh empat tahun berpindah ke situ.
"Dua tahun lalu sebaik saja bangun untuk solat Subuh, saya dapati seekor ular tikus di hujung kepala, bagaimanapun ular itu dapat dibunuh," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM Kuala Pilah, Mohd Faizal Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.55 petang sebelum dapat menangkap ular tedung selar jantan sepanjang lebih empat meter dan seberat kira-kira enam kilogram itu dalam tempoh 15 minit.


Jamaludin tinggalkan KFC?

Posted: 17 Jul 2012 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Bhd. (KFC Holdings), Jamaludin Md. Ali (gambar) dipercayai akan meletakkan jawatan dalam syarikat makanan segera itu.

Sumber dalaman berkata, Jamaludin yang menerajui jawatan itu sejak 2006 dikatakan bakal menyertai Kulim (M) Bhd. mulai bulan depan.

Kulim adalah pemilik KFC dan QSR Brands Bhd.

(QSR) sebelum ia dimiliki oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (Massive Equity), sayap khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat itu.

Peletakan jawatan Jamaludin juga dipercayai sudah diketahui oleh kakitangan KFC Holdings sejak awal minggu ini.

Difahamkan perubahan dalam organisasi Kumpulan KFC itu disebabkan transaksi pembelian KFC Holdings dan QSR Brands oleh Massive Equity hampir dimuktamadkan.

Farid Kamil retak tempurung lutut

Posted: 17 Jul 2012 08:17 PM PDT

Farid Kamil

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam.

“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

"Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.

“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Gambar yang dikirimkan Farid menunjukkan proses merawat lututnya dilakukan oleh pihak hospital.

Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak.

“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.

“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.

Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans.

Presiden Assad gunakan senjata kimia

Posted: 17 Jul 2012 08:01 PM PDT

Penunjuk perasaan anti-Assad membakar tayar bagi menyekat laluan di sebatang jalan di Jubar dekat Damsyik, kelmarin. – REUTERS

LONDON 17 Julai – Duta Syria pertama yang berpaling tadah, Nawaf Fares mendakwa Presiden, Bashar al-Assad bersedia menggunakan senjata kimia ke atas kumpulan pemberontak.

Malah, Fares ketika ditemuramah saluran berita BBC tidak menolak kemungkinan senjata tersebut telah digunakan ke atas pemberontak.

Beliau memberi amaran Assad bersedia ‘memusnahkan’ semua rakyat Syria, semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Apabila ditanya wartawan BBC, Frank Gardner sama ada dakwaannya itu membawa maksud penggunaan senjata kimia, Fares berkata: ”Saya yakin jika kerajaan pimpinan Assad terus ditekan oleh rakyat, beliau akan menggunakan senjata tersebut.”

”Terdapat maklumat yang belum disahkan bahawa senjata kimia telah digunakan di Homs,” kata bekas Duta Syria ke Iraq itu.

Syria mempunyai stok senjata kimia yang besar dan negara-negara jiran semakin bimbang apa akan berlaku ke atas senjata tersebut jika kerajaan ditumbangkan.

Fares bagaimanapun yakin kerajaan Assad akan digulingkan tidak lama lagi.

”Kami mendoakan tempoh kejatuhan itu akan berlaku cepat supaya jumlah korban dapat dikurangkan,” katanya.

Fares yang mengumumkan belot pada 11 Julai lalu, sebelum ini dilihat sebagai penyokong kuat kerajaan Assad dan pengumumannya itu menimbulkan kesangsian di kalangan aktivis. – AFP

Ditampar pemandu gara-gara tidak puas hati

Posted: 17 Jul 2012 08:18 AM PDT

AMPANG: Seorang lelaki dan teman wanitanya ditampar serta dipukul seorang penunggang motosikal yang menuntut ganti rugi mendakwa dia menjadi punca kemalangan di Jalan Bunga Raya, Pandan Indah, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun memandu keretanya bersama teman wanita di jalan berkenaan apabila sebuah motosikal menghimpit keretanya menyebabkan kedua-dua kenderaan bergesel.
Menurut sumber, penunggang motosikal terbabit berhenti mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat membrek lalu terlanggar motosikal berkenaan.

"Belum sempat lelaki itu keluar dari keretanya untuk melihat kesan kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit menerkam dan membuka pintu kereta lalu menarik mangsa keluar dan menyerangnya.
"Mangsa ingin berbincang, tetapi penunggang terbabit menampar dan membelasahnya menyebabkan rakan wanitanya cuba meleraikan pergaduhan," katanya.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, tindakan wanita berkenaan membawa padah kerana dia turut dipukul suspek dan menuntut mangsa membayar ganti rugi kerosakan motosikalnya. "Berang mangsa enggan membayar ganti rugi, penunggang itu sekali lagi cuba menyerangnya namun membatalkannya apabila melihat orang ramai datang ke arah mereka. "Dia kemudian berlari ke arah motosikalnya sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.

 

Mangsa dan rakan wanitanya yang trauma ditenangkan orang ramai sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Tuesday, 17 July 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar bekas isteri Redza suami Irma Hasmie

Posted: 17 Jul 2012 01:47 AM PDT

Ni merupakan gambar-gambar perkahwinan suami Irma Hasmie dengan bekas isteri beliau.

Gambar Bekas Isteri Redza Suami Irma Hasmie

 

Jadi Penyibuk Di Dapur Rahsia Fazley Juara MasterChef Selebriti

Posted: 17 Jul 2012 01:39 AM PDT

Fazley merangkul gelaran juara program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama. Foto AZHAR MAHFOF.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.

“Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

“Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillahlah para juri menyukainya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia di sini pada malam Isnin.

Sebelum itu, Fazley muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia menewaskan Angah (Raja Lawak) menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Asmara Ini" itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Fazley bergambar kenangan bersama Farouk Hussien (paling kiri), Salmiah Hassan, Thanuja dan Soo Wincci.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di dapur.

Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.

“Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat.

“Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri,” katanya.

Bagaimanapun kata Fazley, dia harus berterima kasih kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.

Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Soraya.

Sementara itu, Fazley berkata, dia terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.

Fazley memberitahu, dia tidak kisah jika dikenali sebagai chef kerana ia sekali gus dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat dan peminat.

“Program ini benar-benar telah membuka satu dimensi buat diri saya sebagai seorang penyanyi, pakar motivasi dan tukang masak kerana ruang lingkup peminat juga semakin berkembang.

“Jika keluar ke mana-mana pasti ada peminat berbilang bangsa akan menegur bertanyakan tentang masakan dan motivasi. Ia sesuatu yang baru buat diri saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Fazley turut mengakui dia kini terpaksa melakukan dua kerja dalam masa sama iaitu diminta untuk menyelitkan demo masakan ketika memberikan ceramah motivasi.

Gambar honeymoon Redza dan Irma Hasmie

Posted: 17 Jul 2012 01:31 AM PDT

Jom tengok sedikit koleksi gambar honeymoon Redza dan Irma Hasmie. walaupun biasa-biasa sahaja tapi memang nampak kebahagiaan pada wajah mereka berdua.

Irma Hasmie Dan Redza Syah Honeymoon

 

Wednesday, 11 July 2012

Macam Best

Macam Best


Orang yang layak jadi imam solat jenazah

Posted: 10 Jul 2012 09:08 AM PDT

Orang yang layak mengimamkanvsolzt jenazah ialah orang yang paling dekat dengan si mati. Sebagai contoh seorang isteri meninggal dunia, orang yang layak mengimamkan solat jenzah ialah suami dia.
Dan jika seorang ayah yg meninggal dunia, yang layak mengimamkan ialah anak lelaki dia.

Taoi yang sedihnya sekarang ialah orang yang mengimamkan ialah kalau bukan imam masjid, bilal. Boleh dikatakan di semua tempat perkara  ini berlaku.

Tuesday, 3 July 2012

Macam Best

Macam Best


Neelofa tiada masalah berkawan dengan Anzalna

Posted: 02 Jul 2012 08:42 PM PDT

Neelofa (kiri) dan Anzalna ketika meninggalkan bilik sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, petang Isnin. – Foto RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkawan dan bertegur sapa dengan Anzalna pada masa akan datang kerana menganggap persengketaan antara mereka sudah berakhir.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 23, itu berkata, dia tidak menyimpan sebarang dendam kepada Anzalna, 24, kerana aktres itu sudah melaksanakan tanggungjawabnya memohon maaf ekoran kenyataan fitnah yang dikeluarkan di akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.

"Tiada masalah untuk kami berkawan selepas ini. Sebelum timbul kes ini pun saya pernah bertegur sapa jika terserempak di majlis atau acara tertentu.

"Saya sudah terfikir untuk memaafkan dia selepas dia gagal menjawab notis tuntutan yang dikeluarkan pada tempoh hari. Apabila dia bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu, saya tiada masalah untuk berdamai," katanya.

Neelofa berkata demikian selepas sidang media permohonan maaf daripada Anzalna kepadanya di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, di sini, petang Isnin.

Neelofa

Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman Zahrin Ishak dan peguam kedua-dua aktres terbabit.

Neelofa berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berpuas hati dengan permohonan maaf daripada Anzalna kerana ia mengikut ketetapan yang dimintanya dalam surat perjanjian yang dikeluarkan.

"Saya sudah memaafkan dia kerana dia bersetuju memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat akuan itu. Kes ini pun sudah selesai pada hari ini.

"Cuma dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di khalayak atau media dan tidak memanjangkan lagi hal," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk mereka berlakon bersama pada masa akan datang, Neelofa berkata dia tidak keberatan untuk bekerjasama jika tawaran yang diterima menepati cita rasanya.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dan berlakon bersama jika ada tawaran yang bersesuaian selepas ini. Jika ia melibatkan kerja, saya akan profesional dan meneruskan kerjasama itu," katanya.

Anzalna

Sementara itu pada majlis tersebut, butir-butir mengenai syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan tidak didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.

Kedua-dua aktres itu bagaimanapun tidak bersemuka atau bersalaman selepas sidang media berkenaan.

Anzalna dilihat pantas meninggalkan majlis tanpa sempat ditemu ramah dengan alasan dia sedang bergegas ke lokasi penggambaran drama di Shah Alam, dekat sini.

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbar berkenaan.

Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.

Menerusi laporan mStar Online pada Sabtu lalu, Neelofa berkata, dia menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

Video Khairul Fahmi Apek berlakon jadi pak guard Nepal

Posted: 02 Jul 2012 09:07 AM PDT

Nak tengok video khairul fahmi penjaga gol no 1 Malaysia berlakon? yeah, Apek telah melakonkan watak seorang warga Nepal yang bekerja sebagai security guard. Apa-apapun, best jugak lakonan Apek ni.

Incoming search terms:

  • apek berlakon (2)
  • apek goalkeeper malaysia berlakon (1)
  • apek jadi nepal (1)

Gambar artis-artis Malaysia tanpa mekap

Posted: 02 Jul 2012 08:46 AM PDT

Jom tengok beberapa kepng gambar artis-artis Malaysia tanpa mekap. Memang sangat berbeza wajah mereka dari yang bermekap dengan yang tidak.