Tuesday, 28 February 2012

Macam Best

Macam Best


Shaheizy Sam Dan Yana Samsudin mengeluarkan Lagu duet sendiri?

Posted: 27 Feb 2012 07:43 PM PST

Nampaknya Shahesizy sam dan Yana Samsudin terjun pula ke dalam bidang nyanyian apabila mereka telah menyanyikan lagu duet mereka sendiri.

Tidak dapat dipastikan samada lagu mereka ini adalah hasil dari kerjasama mereka dalam adnan sempit 2.

Bagaimanapun, lagu tersebut hanya boleh didengar di radio Nasional. Dan semua stesen radio tengah berusaha untuk membawa ke corong radio mereka pula.

walaubagaimanapun lagu mereka boleh peminat dengar dalam video di bawah ini.

www.youtube.com/watch?v=DgnckePE-aA

Incoming search terms:

  • shaheizy sam dan yana samsudin berduet (1)

Melakukan Seks Secara Paksa Di Depan Anak-anak

Posted: 27 Feb 2012 07:16 PM PST

KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kini mengesan seorang wanita yang sering dipaksa suaminya melakukan aksi seks termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Jurucakap JKM negeri berkata, pihaknya mahu mengumpul maklumat lengkap mengenai kejadian terbabit selain cuba memberi khidmat kaunseling dan perlindungan kepada mangsa berusia 30-an serta tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun.
Katanya, ketiga-tiga anak mangsa boleh dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menghalang mereka diperlakukan dengan kejam oleh bapa mereka.

 

"Mangsa yang juga isteri suspek juga boleh dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memberi perlindungan kepadanya daripada dianiaya suami walaupun tinggal sebumbung.
"Kami akan berjumpa mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian dan menyiasat kes ini sama ada dia serta anaknya benar diperlakukan sedemikian rupa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, pada masa sama, pihaknya perlu terlebih dulu mendapatkan laporan perubatan mangsa jika suaminya pernah melakukan hubungan seks di luar tabii ke atasnya.

 

 

Katanya, pihaknya juga akan berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan siasatan bagi tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, pihaknya bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa jika dia bercerai, sekali gus bergelar ibu tunggal.

 

Selain itu, katanya, pihaknya akan membantu daripada segi sokongan moral dan bantuan sokongan perniagaan kepadanya bagi menampung kos kehidupan pada masa depan.
"Di Perlis, terdapat lebih 5,000 ibu tunggal berdaftar dengan JPWN bagi mendapat bantuan yang dimaksudkan.
"Kami bukan menggalakkan mangsa untuk bercerai, cuma mahu orang ramai tahu perceraian itu bukan satu perkara yang bermaksud pengakhiran bagi kehidupan seseorang wanita," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan seorang penjawat awam mengharungi neraka dunia apabila sering dipaksa suaminya melakukan aksi seks termasuk aksi luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah mereka.
Lebih menjijikkan, suami bernafsu binatang itu juga sudah merakam aksi 'bersama' mereka sejak dari malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Mawi Dan Ekin Mendapat Anak Perempuan

Posted: 27 Feb 2012 07:11 PM PST

Mawi akhirnya sah menjadi seorang bapa  apabila isterinya ekin selamat melahirkan bayi perempuan pada selasa 28/2 / 2012.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan belum diberikan nama lagi.

Walaubagaimanapun, pasangan itu masih lagi enggan mendedeahkan wajah bayi yang baru dilahirkan itu.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

Incoming search terms:

Adam AF Kini Salah Seorang Pengamal Perubatan Islam Di Klinik Ashraf Muslim?

Posted: 27 Feb 2012 07:50 AM PST

Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin.

There are no posts related to Adam AF Kini Salah Seorang Pengamal Perubatan Islam Di Klinik Ashraf Muslim?.

sumber:rotikaya.com

No comments:

Post a Comment