Thursday, 31 May 2012

Macam Best

Macam Best


Dirogol Abang angkat

Posted: 30 May 2012 04:34 PM PDT

SUBANG JAYA: Seorang pelajar Tingkatan Dua sarat mengandung lapan bulan dipercayai selepas dirogol abang angkatnya di kediaman keluarganya di Taman Tengah, Batu 14, Puchong Perdana.

Mangsa dikatakan dirogol lelaki berusia 25 tahun itu pada Ogos tahun lalu sebelum disahkan mengandung, namun tidak memaklumkan ahli keluarganya kerana bimbang dimarahi.

Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Batu 13, Puchong itu adalah anak angkat kepada keluarga mangsa dan sering berulang-alik serta tidur di rumah mangsa.

Mangsa dikatakan dirogol lelaki terbabit di kediamannya ketika keluarga mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari keluarga mangsa selepas pelajar itu sarat mengandung lapan bulan selepas melihat keadaan perutnya yang buncit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Yahaya Ramli, berkata selepas kejadian itu diketahui keluarganya, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya, petang kelmarin.

Katanya, siasatan polis mendapati, suspek sudah berkahwin dengan wanita lain dua bulan lalu dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.

"Mangsa dipercayai tidak memberitahu kejadian yang menimpanya sehingga mengandung lapan bulan kerana bimbang keluarganya akan memarahinya.
"Sepanjang lapan bulan mengandung, mangsa ke sekolah seperti biasa tanpa disedari sesiapa berikutan fizikalnya yang kecil," katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, polis memburu tujuh lelaki yang juga ahli kongsi gelap di Subang Jaya dipercayai terbabit dalam dua kes pembunuhan masing-masing pada 12 dan 13 Mei lalu.

Lelaki terbabit adalah M Kumar, 30, N Logeswaran, 25; R Srisangkar, 25; K Manoharan, 35; S Surendran, 27; R Surendren, 26 dan V Suresh, 25.

Semua suspek adalah anggota kumpulan kongsi gelap digelar Satu Hati dan Kumpulan 08 dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan dua lelaki tempatan di Kelana Jaya dan Taman Tasik Puchong Perdana.

Wednesday, 30 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar hantu dalam kereta akhbar sinar harian

Posted: 29 May 2012 03:21 PM PDT

gambar hantu dalam kereta akhbar sinar harian ?. ya, inilah seperti yang berjaya dirakamkan oleh kamera. Satu imej yang seperti menyerupai pontianak muncul pada bahagian belakang kereta akhbar sinar harian.

Seperti yang diketahui, gambar bukanlah superimpose, tapi gambar merupakan gambar yang asli.Sumber berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

Sunday, 27 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar 2 0rang artis pakai baju yang sama

Posted: 27 May 2012 02:53 AM PDT

Nak tengok gambar 2 orang artis kita yang memakai baju yang sama. Memang sebijik la baju tu sama..

Pakaian Maya Karin ni dipakai semasa filem festival Malaysia 24 manakala Jaclyn Victor semasa Konsert Mania Astro.

Gambar Ayam disemeblih tidak mati selama sembilan hari

Posted: 27 May 2012 02:47 AM PDT

Memang luar biasa, seekor ayam yang telah pun dsemeblih masih mampu berdiri gagah.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan."Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati."Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati."Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain," katanya.Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

"Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat."Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum," katanya.Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

Sumber: Gambar Ayam Disembelih Tak Mati Sembilan Hari | melvister.com

Senarai Peserta Masterchef Selebriti

Posted: 26 May 2012 08:51 PM PDT

Selepas masterchef tempoh hari, kini tiba pula giliran selebriti yang nak jadi master chef, jom tengok senarai peserta untuk masterchef selebriti musim pertama ini. Terdapat 15 orang peserta kesemuanya.

 

OST peluang kedua

Posted: 26 May 2012 09:17 AM PDT

OST peluang kedua. Tercari-cari ost peluang kedua.. filem apa peluang kedua ni???

 

nak tanya, siapa ada ost peluang kedua? kalau ada, roger2 la admin k.

hehhe..

Incoming search terms:

  • ost drama peluang kedua (1)
  • peluang kedua cast (1)

Gambar Mabuk Nora Danish-Penjelasan sebenar

Posted: 26 May 2012 09:00 AM PDT

Penjelasan sebenar gambar mabuk Nora Danish tersebar hanyalah fitnah semata-mata. Berikut adalah penjelasan kepada segala persoalan mengenai isu pelakon popular Nora Danish yang didakwa mabuk bersama rakan baru baru ini.

 

[wp-like-locker]

Penjelasan Gambar Nora Danish Mabuk

Gambar yang tersebar mengenai seorang pelakon yang mabuk dan separuh bogel itu sememangnya Nora Danish. Mengenai gambar Nora Danish mabuk ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon ini kelihatan masih bersosial walaupun sudah mengerjakan Umrah.

Sebenarya gambar tersebut adalah gambar Nora Danish bersama bekas keluarga iparnya. Gambar ini diambil sebelum beliau mengerjakan umrah dan dakwaan gambar Nora Danish diambil di kelab malam dalam keadaan mabuk ternyata salah. Jadi tiada dakwaan yang benar mengatakan Nora Danish mengamalkan kehidupan bersosial selepas mengerjakan umrah.

Berkenaan gambar seksi separuh bogel beliau sehingga menampakkan seluar dalam pun tidak benar belaka. Nora Danish sebenarnya memakai seluar pendek semasa gambar itu diambil.

[/wp-like-locker]

 

Incoming search terms:

  • Foto pelakon popular mabuk tersebar (8)
  • penjelasan nora danish (8)
  • pelakon di dakwa mabuk (6)
  • pelakon mabuk (4)
  • gambar mabuk nora danish (4)
  • pelakon dituduh mabuk (3)
  • gambar pelakon popular mabuk (3)
  • gambar nora danish mabuk (3)
  • gambar nora mabuk (2)
  • isu gambar seksi nora danish (2)

Gambar Terbaru Aishwarya Rai yang semakin gemuk

Posted: 26 May 2012 08:28 AM PDT

Jika dulu bukan main slim lagi Aishwarya Rai ni. Siap pernah jadi juara ratu cantik lagi. Tapi, cuba tengok sekarang ni, apa dah jadi dengan aishwarya . Korang nilailah sendiri.. heheh

[wp-like-locker][/wp-like-locker]

Friday, 25 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Adira Dengan Kekasih Baru Tersebar

Posted: 25 May 2012 03:35 AM PDT

Gambar terkini Adira AF sudah ada kekasih baru? Setelah baru sahaja berpisah dengan Hafiz AF, gambar kemesraan Adira bersama seorang jejaka yang bernama AGcoco telah dimuat naik oleh Adira sendiri kat laman facebook. Tidak dapat dipastikan siapa AGcoco ni namun gambar mereka ni agak mesra.

Sumber: Gambar Adira Dengan Kekasih Baru Tersebar | melvister.com

Thursday, 24 May 2012

Macam Best

Macam Best


Penjelasan Dira Abu Zahar Isu Pengunduran Melodi

Posted: 24 May 2012 02:53 AM PDT

erikut adalah penjelasan Dira Abu Zahar mengenai isu pengunduran dirinya dalam rancangan Melodi TV3. Setelah dilanda pelbagai kontroversi, akhirnya Dira tarik diri dari Melodi. Luahan isi hati ini juga telah diluahkan melalui laman blog Dira Abu Zahar sendiri.

Petikan Dari Blog Dira Abu Zahar

Alhamdulillah.. semua sudah selesai dengan tenang. Ini merupakan kenyataan rasmi dari ketukan papan kekunci saya sendiri. Blog ini juga tidak pernah kawal oleh mana – mana admin (seperti manager mahupun PA). Apa yg terketuk di sini adalah hasil dari bicara hati yang kadang – kadang memberontak mahu melepaskan sesuatu tapi bisa takut dengan cabulan mulut berbicara, aku diamkan dan akhirnya menjadi ketukan papan kekunci sahaja lah.

Dengan ini, aku percaya dengan kuasa media yang maha hebat, aku percaya segelintir besar peminat industri ( tidak semestinya peminat aku ehh.. ) sudah pun sedia maklum dengan pengunduran diri aku ini dari memandu sebuah rancangan gosip paling popular di Malaysia ini iaitu MELODI ( haaa, tak payah struggle masuk top5 ABPBH.. hahaha.. ). Iya, faham.. perlbagai speku ada timbul dan ada yang dah timbul lama sebelum sebarang kenyataan rasmi lagi (sebab tu aku cakap, kuasa media yang maha hebat). Bagus, ini menunjukkan kebanyakkan diantara kita menggunakan kapasiti otak lebih daripada average penggunaan iaitu 20%.

Jadi dengan ini memudahkan kerja aku lagi. Yakni, tak perlu bicara lebih sebab dah berlebih – lebih pun yang telah dibicarakan. Jujur aku katakan, hati ini telah lama terdetik untuk mengundur. Sebab aku tahu tempat aku bukan di situ. Aku bukan yang boleh memancu kenderaan jenis itu. Aku tidak pernah terfikir untuk mengawal kenderaan itu.

Selama aku berada dalam industri ini, tidak kira besar atau kecil skalanya, segala yang aku buat aku mengikut kemampuan dan kegembiraan aku untuk melakukannya. Dari produksi yang menyediakan segala-galanya untuk aku sehingga ke produksi yang kene beli makanan sendiri, aku tahu aku gembira melakukanya sebab aku lakukan atas kemampuan aku dan kegembiraan hati aku untuk melakukannya.

Memang kadang – kadang, tidak semua yang kita nampak itu indah seperti yang ditayangkan. Aku akui, tidak mudah untuk mengendalikan program itu. Terlalu besar dan berat tanggungjawab yang dicampakkan ke bahu ini. Juga ianya bukan padang aku untuk aku berlegar bermain – main di siutu. Padang aku di tempat lain, walau kecil dan buruk, itu padang aku dan aku gembira dengan padang aku.

Jadi dengan ini, aku memohon untuk membawa diri dengan cara dan pilihan gaya aku sendiri yang aku tahu dimana kemampuan dan kegembiraan yang akan aku kecapi dengan apa sahaja pilihan yang akan aku buat dimasa akan datang.

Mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar dan terlebih dan terkurang (seperti yang di katakan aku sangat gedik dan poyo dan macam orang bangang dan macam ntah hapa – hapa dan macam itu dan macam ini… )

Pesan aku,jaga diri leklok ehh..
Apa pun, AKU SAYANG KORANG SANGAT -SANGAT!!

Sumber : Blog Dira Abu Zahar

Tuesday, 22 May 2012

Macam Best

Macam Best


Adi Putra membatalkan hasrat menceraikan Isteri

Posted: 21 May 2012 03:32 PM PDT

Baru-baru ni heboh bila pelakon Adi Putra membawa kes ke mahkamah untuk menceraikan isteri, bagaimanapun, yang terbaru Adi Putra telah pun menarik balik  kes tersebut.

Adi sebenarnya baru sahaja pulang dari tanah suci mekah dari 8 mei yang lalu bersama isterinya.

 

Apa-apapun kita doakan moga mereka bahagia dan tidak meneruskan niat untuk perceraian.

Monday, 21 May 2012

Macam Best

Macam Best


Berdamailah dengan takdir

Posted: 20 May 2012 03:27 PM PDT

Sepayah mana pun masalah yang kita lalui, percayalah semua itu telah ditakdirkan Allah dan semua perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Bercakap mengenai hikmah, kalau bukan sekrang kita temui hikmah itu mngkin kita temui dikemudian hari. Siapa tahu kan.

Apa-apapun, berdamailah dengan takdir, nescaya hati akan tenang.

Antara Matrikulasi, Diploma Dan Asasi

Posted: 14 May 2012 12:03 AM PDT

 

Salam, hari ini keputusan UPU dah keluar kan, ada yang happy, ada yang sedih ada yang tak rasa apa-apapun kan. Biasalah tu. Satu trend sekarang yang akan berlaku bila dapat keputusan ni ialah pelajar akan pening untuk membuat keputusan samada memilih Matrikulasi, Diploma ataupun Asasi.

Matrikulasi Vs Diploma Vs Asasi

 

Secara ringkasanya, kalau korang yang jenis boleh belajar banyak benda dalam satu masa, maka Matrikulasi dan asasi la jawabnya.  Tapi jika korang jenis yang tak suka dengan jadual pack, maka diploma la jawabnya.

Semua pun tahu kan, asasi dan Matrikulasi merupakan cara yang paling cepat untuk menyambung ijazah. Lagi-lagi matrikulasi dan asasi memberi elaun kepada penuntutnnya. Kalau korang pilih diploma, nak tak nak PTPTN la jawabnya..

 

So, Pilihan di tangan korang, ada apa-apa soalan bolehlah ajukan di ruangan komen di bawah ini..

 

 

Incoming search terms:

  • matrikulasi vs diploma (13)
  • antara diploma dan matrikulasi (5)
  • diploma matrikulasi (4)
  • antara matrikulasi dan diploma (4)
  • antara asasi dan matrik (3)
  • matrik vs diploma (3)
  • antara matrikulasi dan asasi (2)
  • matrikulasi diploma (2)
  • matrikulasi versus asasi (2)
  • matrikulasi vs asasi (2)

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF

Posted: 13 May 2012 10:22 AM PDT

Gambar Majlis pertuangnan Akma AF, ni dia sedikit gambar semasa Majlis pertunangan Akma AF dan pasangannya Farih Hamshi. Farih yang berumur 28 tahun merupakan ahli perniagaan.

Majlis berlangusng dengan teratur di rumah Akma di  Petaling Jaya pada mei lepas.

 

 

Incoming search terms:

  • pertunangan akma af (6)
  • majlis tunang akma af (2)
  • gambar pemakaian selendang untuk majlis tunang (1)
  • gambar pertunangan akma af (1)

Sunday, 20 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar perkahwinan Mark Zuckerberg

Posted: 19 May 2012 09:20 PM PDT

Jom tengok gambar perkahwinan Mark Zuckerberg dengan isterinya Prisilla Chan. Tahniah diucapkan kepad pengasa Facebook ni, moga perkahwinan kekal ke akhir usia..

Kereta Yuna Dipecah masuk

Posted: 19 May 2012 08:58 PM PDT

Kereta Yuna dipecah masuk dua orang lelaki yang tidak dikenali. Kerugian dianggarkan  hampir RM5000.00 ini termasuk kehilangan gitar kesayangannya.


Menurut sumber, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.

sumber: melvister.com

Friday, 18 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Terbaru Abby Abadi setelah balik dari umrah

Posted: 18 May 2012 03:09 AM PDT

Ni merupakan gambar terbaru Abby Abadi sejak beliau balik dari menunaikan umrah tempoh hari, jom tengok sedikit gambar ni.

 

 

Tuesday, 15 May 2012

Macam Best

Macam Best


Gambar Siti Nordiana Bertudung (Terkini )

Posted: 14 May 2012 05:48 AM PDT

nak tengok gambar penyanyi siti nordiana yang kini bertudung. berikut merupakan gambar siti nordiana yang terbaru.

\

Monday, 14 May 2012

Macam Best

Macam Best


Tanam Anak Perempuan Hidup-hidup

Posted: 13 May 2012 10:38 PM PDT

KELUARGA Radhika yang miskin.
KELUARGA Radhika yang miskin.

NEW DELHI: Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup.

Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.

Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika.

Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.

 
Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.

Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.

Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: "Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?"

Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: "Anda lihat sendiri bukti kubur digali."

Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.

"Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis," katanya.

Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat.

Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin.

Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. – BBC

Gambar Bas UMNO kemalangan maut

Posted: 13 May 2012 05:46 AM PDT

Gambar Bas Umno Kemalangan Maut. Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi. Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan bas UMNO itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.

Saturday, 12 May 2012

Macam Best

Macam Best


Live Streaming Ceramah Perdana Pasca Bersih

Posted: 11 May 2012 06:40 AM PDT

Nak tengok secara live ceramah Perdana Pasca Bersih? Jom masuk ke pautan dibawah ini;

 

 

LIVE STREAMING

 

 

 

Penjelasan Video Ira dera Bayi

Posted: 11 May 2012 04:08 AM PDT

Di sini disertakan  penjelasan individu yang merakan kejadian dera bayi yang dilakukan oleh Ira.

Individu tersebut merupakan Ibu kepada Ira, dan dia bukannya saja-saja merakam video tersebut. Tetapi beliau merakan untuk dijadikan bukti kes polis. Ini kerana sebelum kejadian itu, sudah berapa kali Ibu Ira menghalang perbuatan tersebut tetapi beliau pula yang menjadi mangsa Ira.

Ira mempunyai masalah mental, sebab itulah Ira berkelakuan sedemikian.

 

Menurut jabatan kebajikan masyarakat, bayi di dalam video tersebut dalam keadaan selamat dan masih lagi di bawah penjagaan jabatan kebajikan masyarakat.